3 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dalam Diam

Samaada anda wanita atau lelaki wajib tahu Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dalam Diam.Cerita menarik.Mrhanafi suka nak membicarakan hal ini.Bukan kerana mrhanafi orang lelaki semata-mata tetapi sebagai insan yang ingin memberi manfaat kepada masyarakat khususnya wanita atau gadis-gadis yang cantik itu.

lelaki jatuh cinta

Jatuh cinta tak boleh dipaksa.Tak boleh dimain-main.Apatah lagi nak mempermainkan hati wanita.Lelaki dilahirkan sebagai insan yang hebat.Ada ciri-ciri macho dan jantan.Itu lumrah kerana lelaki dibekalkan akal untuk menjadi seorang pemimpin kepada wanita.Fizikal hebat.Mental mantap dan emosi kental.

Ciri-ciri unik yang ada pada lelaki ini tidak ada pada wanita.Sama juga kepada wanita.Ada perkara yang tidak miliki lelaki ada dipunyai wanita.Perbezaan tetap ada.Namun perbezaan tidak akan menghalang lelaki dan wanita untuk hidup bersama sebagai suami dan isteri.Lumrah dari zaman Adam dan Hawa.

Eh..Panjang pulak mukadimahnya.Kita terus kepada 3 tanda lelaki jatuh cinta dalam diam.Awas kepada sang isteri jika sang suami ada tanda-tanda ini.Biasanya perasaan  cinta sang suami pada isteri tidak berubah.Tidak semua.Mungkin segelintir sahaja yang buat hal kerana faktor-faktor sama ada dari suami itu sendiri atau isteri.

1.Ambil berat

Dunia orang yang bercinta ini sangat indah.Si lelaki akan mengambil berat tentang wanita yang diidamnya.Makan minum akan ditanya.Sihat atau tidak.Tidur pukul berapa dan macam-macam yang sewaktu dengannya.

Sikap ambik beratnya itu akan berkekalan sekiranya mereka dijodohkan atas pelamin anganku musnah.Ada jenis lelaki yang pendiam dan tidak menunjukkan mereka jatuh cinta pada gadis idaman mereka.

Sungguhpun begitu tingkahlaku yang berunsur ambil berat tidak mungkin dilakonkan.Pasti seseorang yang dicintainya itu dapat merasa denyutan rindu dan bahang asmara ( bahaya jika iman tak kuat).

2.Cemburu yang dinafikan

Siapa yang tidak cemburu seandaianya hati penuh dengan bunga-bunga cinta.Namun cemburu mereka tidak ditunjukkan secara nyata.Mereka cemburu secara berkias.Pendek kata mereka cemburu tetapi dinafikan.

Jauh dalam lubuk hati mereka bagaikan lahar gunung berapi nak meledak.Tanda begini yang menunjukkan lelaki itu diam-diam jatuh cinta.Silap hari bulan mereka tidak mampu juga untuk menafikakn cemburu tersebut.

3.Bekerja keras

Nilai diri yang tertinggi pada seorang lelaki ialah akhlak terpuji selain tabiat bekerja keras.Lelaki yang dah jatuh cinta pada gadis idaman  akan bekerja keras mencari duit untuk membina kewangan yang kukuh.Mereka sanggup bekerja lebih 18 jam sehari demi cinta.

Lekaki tersebut akan bekerja keras untuk masa depan bersama gadis idamannya.Ditakdirkan cinta tak menjadi atau cinta tertolak kerana muka kurang hensem.Tak pe kerana leaki tersebut ada duit maka ada gadis idaman yang kedua jadi pilihan.

[Nota penutup]

Selepas berhempas pulas menulis artikel berat,kali ini mrhanafi cuba menulis artikel santai pula.

Semoga ianya bermanfaat dan mudahan info tersebut  berguna untuk insan bergelar wanita.

p/s :Nak kahwin cepat boleh pelajari ilmu jana pendapatan pasif.

(Visited 1,072 times, 2 visits today)

6 thoughts on “3 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dalam Diam”

  1. Wah, Terimakasih ilmunya. Jadi bisa Taulah macam mana lelaki jatuh cinta dalam diam tuh. Paling menakutkan tuh, pas diam diam cemburu..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge