Saya baharu mencuba petua hilangkan demam panas orang dewasa.Rupanya mudah dan senang.Yang penting jangan ambik mudah tentang demam walaupun gejala ini sudah biasa kita alami sejak dari zaman bayi lagi.
Tetapi sebelum itu saya nak kongsikan bagaimana keadaan saya dilanda demam panas tempohari.
Saya kena demam panas pada hari Jumaat.Sebelah petangnya saya sudah rasa tanda demam panas.Ada rasa pening-pening kepala dan badan rasa tidak selesa.Suhu demam panas dewasa berbahaya jika mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi.
Pada malam harinya, kepala semakin pening.Rasa terhuyung hayang.Badan sudah rasa semakin panas.Perasaan malas sudah menguasai diri.Malas dalam semua perkara termasuk tulis blog.
Seperti biasa saya tidak bertekad untuk mengambil apa-apa ubatan.Apa yang saya lakukan bertahan dan cuba tidur seawal mungkin kerana menjangkakan akan terganggu tidur.
Jangkaan saya tepat.Saya tidak dapat tidur dengan nyenyak.Setiap jam saya terjaga sehinggalah hari siang.Bayangkan dengan keadaan tidak cukup tidur manakala demam panas semakin menjadi-jadi.
Segala rutin harian dihentikan serta-merta.Saya menjadi orang pasif dan berada dalam mode rest 100 %.
Apabila saya sudah tidak mampu menahan rasa pening dan keadaan badan semakin lesu, saya ubah pendirian yang saya pegang selama ini.
Saya terpaksa mengambil ubatan sintetik walaupun kebiasaannya saya mampu melawan demam dengan hanya minum air mineral.
Saya cuba berikthiar untuk mengambil paracemol untuk meredakan demam.Saya kata dalam hati bahawa saya mesti berusaha untuk atasi demam panas agar tidak melarat.
Kalau sudah semakin teruk siapa pulak yang akan menjaga saya ketika itu.Inilah kelemahan jika hidup berseorangan.
Nasib baik juga kedai dekat dan saya beli satu papan paracemol berjenama Panadol Soluble.Satu papan Panadol Soluble mengandungi empat biji.
Letakkan satu biji Panadol Soluble dalam gelas berisi air kosong.Biarkan selama beberapa minit sehingga Panadol tadi cair 100 peratus.Lepas itu minum seperti biasa.Rasanya sedap pulak sebab ini pertama kali ambil bahan tersebut.
Sejam kemudian, badan mula berpeluh.Kepala sudah ringan dan rasa sakit pening ‘berhenti’ seketika.Bagaimanapun keadaan ini tidak lama.
Beberapa jam kemudian, rasa sakit kembali dan pada ini tidak seteruk pada kali pertama.
Untuk sebelah malamnya saya mengambil lagi satu tablet Panadol Saluble sebagai persediaan untuk tidur malam.
Ternyata boleh tidur dengan lena berbanding malam sebelumnya.
Alhamdulillah.Strategi berkesan.
Pada hari Ahad, saya sudah kembali pulih dari demam panas walaupun bukan 100 peratus.Boleh bersarapan seperti biasa dan boleh menjalani rutin harian walaupun bukan sepenuhnya.
Ternyata Paracemol cuma membantu meredakan demam panas dengan cepat.
In shaa Allah.
Tapi awas.
Jangan jadikan pengambilan paracemol sebagai tabiat untuk suka-suka atau kebiasaan yang saja-saja ataupun berterusan untuk jangkamasa yang panjang.
Kesannya mudarat kepada organ ginjal.
Selain ambil paracemol, saya juga minum air kosong dengan banyak.Badan panas dan terhidrat.
Rehat yang mencukupi terutama minda.Kurangkan berfikir benda-benda yang terlalu berat sedangkan belum tentu ada jawapan ketika anda demam.Dikhuatiri semakin berfikir semakin stress pula jadinya.
Dapatkan kasih sayang.Nampak macam remeh namun amat membantu ketika sakit seperti demam atau sebagainya.Bagi mereka yang ada pasangan hidup kira masih beruntung.Untuk mereka yang ada anak-anak boleh dapatkan kasih sayang mereka.Inilah terapi minda.
Kerapkan mandi merupakan petua hilangkan panas dalam badan.Agak sukar juga untuk mereka yang tidak berhati waja.Mana tidaknya, selepas mandi kita akan rasa sejuk menggigil seperti orang kena Parkinson.
Kesimpulan
Petua hilangkan demam panas orang dewasa ialah ambil paracemol dalam kuantiti yang betul.Tidak kira apa jenama.Namun jangan pula dianggap ubat demam dewasa.
Jika selepas tiga hari demam tidak susut, jangan berlengah lagi untuk berjumpa doktor.Pergi ke klinik kerajaan atau swasta.
Yang penting biar doktor yang memberi nasihat dan saranan kepada kita agar pulih dari demam panas.
Sekian.Semoga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi singah untuk membaca.
Banyakkan berehat tuan. Paracetamol pun nak makan kena berpada-pada. Tambah-tambah kalau demam panas sangat.
tulah..
mahu berhati-hati dengan ubatan begini.
terima kasih atas ingatan
moga cepat sihat ya
aamiin..
saya dah pulih nie sekitar 90 peratus.
alhamdulillah
dan jgn lupa banyakkan minum air kosong… syafakallah..
ya..
air kosong sangat membantu ketika seseorang kurang sihat
Alhamdulillah.Moga terus sihat.
aaminn..
terima kasih atas doa sahabat semua
Musim selsema dan batuk sekarang ni sebab cuaca pun tak menentu kan.
Semoga kembali sembuh ya. Aaminn..
aamiin
dan ia adalah perkara normal untuk semua orang
Semoga sudah sembuh yah Cik.
Kirain cuman di Indonesia ada merk Panadol 🙂
ubat jenis Panadol senang senang jumpa kat mana-mana
Tuan admin dah sembuh ke? Alhamdulillah… itu lah harapan saya and tuan admin sudah kembali post entry baru…
alhamdulillah…
saya sudah kembali sihat.
ada dalam 2 hari shutdown hehehe
MOGA SUDAH SEMAKIN PULIH…AMBILPRACETEMOLKALA SAKIT SAJA
ya betul tu..
jangan jadikan satu tabiat
Moga diberikan kesihatan yang baik dan berterusan buat Mr Hanafi.
aamiin..
dan terima kasih sahabat-sahabat blogger kerana sudi beri prihatian
Lain kali kalau demam lagi, cuba banyak minum air jambu. Kalau tak larat blend, beli je air jambu peelfresh. Nanti cepat kebah.
wow…baharu saya tahu.
boleh try dan jika ada pembaca lain nak cuba…boleh juga.
terima kasoh bagi petua
Sure. Semoga cepat sembuh.
ya..
in shaa Allah
terima kasih
Perkongsian yang baik. Semoga cepat sembuh didoakan.
SeorangSyed recently posted…DAPUR BUJANG : RESIPI LAKSA LEMAK TERSEDAP DI DUNIA
aamiin dan terima kasih brp.
Paracetamol memang obat penurun panas paling aman tapi tetap harus berhati-hati dan sesuai dosisnya ya. Selain minum obat harus banyak minum air putih. Semoga terus sehat ya..
air putih memmang wajib minum dengan banyak..
jika tidak susah jadinya
thank you for the tips and get well soon.
my pleasure ..
in shaa Allah
Kalau anak2 kena demam panas ,akak cukup takut..takut kena sawan..kesannya sgt menakutkan..
untuk atasikan kawal suhu badan anak..
jangan ‘overheat’ kerana ia boleh memudaaratkan
Betul jugak tu, pengambilan panadol perlu dikawal sebab tak baik untuk ginjal.
Saya sendiri telan panadol kalau demam. Lepas tu kena banyak minum airlah untuk kurangkan suhu panas badan.
Awang recently posted…PROMOSI FREE 1 Bulan dari TIME
ya…
paracetemol aakan berada di dalam badan kita selama 3-4 jam..
pastu perlu dikeluarkkan
ambil pcm dgn kuantiti yg betul dan mengikut masa yg ditentukan. banyakkan minum air dan berehat. syafakallah mr H
betul tu.
ambillah dalam kuantiti yang betul untuk dapat kesan yang lebih mujarab
Semoga cepat sembuh. Zumal pun rasa nak demam lagi walaupun awal bulan dah demam 5 hari
kalau dah demam..
belum tentu demam lagi bro..
perasaan sahaja tu