Perut kempis atau six pack merupakan idaman lelaki sejati. Terutama kepada lelaki yang sudah berusia. Usah terkejut saya juga termasuk dalam golongan yang ada impian tersebut.
Perut kempis berbeza dengan perut bumcit. Perut kempis menggambarkan tahap kesihatan dan kualiti hidup seseorang.
Sebaliknya perut buncit tanda kurang sihat, makanan tidak terjaga dan faktor genetik.
Jangan pulak terlalu bersetuju. Ada juga lelaki buncit yang sihat walfiat dan seksinya sukar dinafikan.
Jangan lupa saya masih lagi buncit dan jika dikecam nanti saya pulak kecik hati …hahahaha
Orang sihat sentiasa aktif. Mereka bertenaga. Mereka produktif untuk melakukan aktiviti harian baik masa bekerja, bersosial dan beriadah.
Oh ya!
Saya kebelakangan ini mengalami peningkatan berat badan. Lebih ketara pada bahagian ABS aka perut. Senang cerita saya sudah join kelab buncit Malaysia.
Ini tak boleh jadi. Saya bertekad.
Usaha mengempiskan perut sudah mula digerak sejak beberapa bulan yang lepas.
Saya kembali berjogging. Selain berjogging saya juga melakukan push up yang agak agresif. Sehari boleh mencecah 100 kali.
Kesan ketara, badan saya semakin naik. Perubahan ini amat positif sebenarnya.
Saya mengambil keputusan untuk lebih serius untuk menjaga kesihatan.
Saya kata pada diri sendiri, saya nak perut kempis dan dompet tebal.
Bab pemakanan saya jaga betul-betul. Kos pemakanan juga bertambah dari kebiasaan. Tidak boleh elak kerana sihat itu adalah kekayaan di atas segala kekayaan.
Saya banyak makan buah. Selain itu saya kerap makan sayuran segar.
Tumpuan juga kepada pemakanan tinggi protein. Pengambilan karbohidrat direndahkan.
Makanan segera, terlalu manis dan terlalu masin sudah dijauhkan perlahan-lahan.
Saya mula berjinak-jinak dengan gym. Bukan jinak-jinak burung merpati tau !
Gym sesuai untuk menjadikan penampilan lelaki atau wanita menjadi lebih baik dan menarik.
Tubuh yang sedap mata memandang dan enak untuk dipeluk-peluk hahahaha
Sudah masuk dua minggu saya bermain di gym( ketika artikel ini ditulis).
Pelbagai peralatan yang saya sudah cuba. Saya akui masih dalam proses belajar dan mendalami teknik yang betul.
Pernah saya terbaca gurauan di media sosial.
Ini sketsa yang dibualkan oleh anak muda yang baharu masuk gym kepada abang sado. Dia terkejut melihat begitu banyak mesin yang ada di gym.
Anak muda : Mesin mana paling baik untuk jadi sado supaya cepat dapat awek?
Abang Sado: Mesin ATM.
Anak muda & Abang Sado : Ketawa bersama.
Sketsa di atas memang gurauan semata-mata. Namun ada kebenarannya.
Bukan bermaksud saya kata semua awek gilakan duit. Ada yang tulus dan jujur dalam hubungan.
Ok, saya tinggalkan gurauan tersebut.
Selain perut lebih kempis, saya perlu juga tebalkan dompet. Dua perkara ini perlu beriringan.Seia dan sekata.
Harus ingat pemakanan untuk mengempis perut tidak boleh ala kadar. Setiap hidangan memerlukan karbo, protein, serat dan sebagainya. Semua ada portion tertentu berdasarkan umur, aktiviti dan jantina.
Saya faham.
Saya juga akur dompet tebal adalah hasil mengaplikasi ilmu dalam 55 Tips Rezeki Mengalir Tanpa Henti.
Impian saya untuk menjadi lelaki perut kempis punyai dompet tebal.
Sama-sama kita doakan.
Aamiin.
saya jujur dalam perhubungan tapi dalam masa sama saya pandang duit jugak.
Nasib baik saya dah kawin. Kurang sikit risiko awak jumpa perempuan mata duitan tu.
Hhahahah
hahaha…pandai la awak buat lawak
Wah, nanti Mr Hanafi badan jadi cam Aaron Aziz atau Fattah Amin la nie. hihi. setuju sihat dan dompet tebal. terbaik mr hanafi. huhu
Galaksi Viral recently posted…CARTA ALBUM PALING LARIS TAHUN 1999
hahahaha…mereka tu artis
penampilan yang cantik dan hebat adalah aset buat mereka.
saya jadi lebih sihat dan cergas sudah lebih dari mencukupi..
in shaa Allah
saya sampai sekarang masih obes,bila nak kurus pun tak tahu
tak pe bro..
pelan-pelan untuk proses kurangkan berat badan
dompet tebal.. itulah yg menjadi pilihan kaum hawa..
malam makan buah2 jee bro.. inshaAllah cepat kempis perutnya..
terima kasih atas saranan bro..
normal la semua orang kua dompet tebal
kadar metabolisma mas masih tinggi..
so makan banyak pun tidak akan gemuk
perut kempis, dompet tebal.. ini pakej bagus betul ni
kan…ini memamg tidak dinafikan untuk semua orang