Belajar Menulis Luahan Hati Sendiri

Admin nekad belajar menulis.Tak tahu kenapa.Yang admin tahu,menulis seolah-olah menjadi tabiat untuk mentafsir erti kehidupan.

Gerobok minda ini  berkata, “ Hidup seperti satu cerita.Dengan menulis terakam mesej berguna untuk pembaca”

Tatkala admin menjamu selera di sebuah kedai mamak ternampak satu keluarga.

Ada ibu,bapa dan anak kecil serta yang lain-lainnya.

Tiba-tiba tersentuh rasa nurani.

Mereka makan rojak ayam.

Admin makan roti canai kosong.

Itupun alhamdulillah.

Dapat juga untuk mengalas perut yang tengah melantun lagu keroncong.

Mereka riang gembira.Namun ada sesuatu yang admin cukup tertarik.

Jeng..jeng..jeng..

Gambar ditapis

Ada.

Seorang anak gadis muda yang sopan santun bersama mereka.

Cantik,putih dan mulus kulitnya.

Sebelum menjamah makanan dia kelihatan membaca doa makan.

Wow!

Dalam hati inilah ciri-ciri calon isteri yang terbaik.

Masya Allah.

Kalau Allah jodohkan untuk admin.

Syukur alhamdulillah.

Sempurnalah sudah jodoh admin.

Lidah admin kelu tidak terkata.

Admin menunduk kepala dan terus menghabiskan suapan terakhir roti canai kosong.

Tamat latihan belajar menulis. 

28 thoughts on “Belajar Menulis Luahan Hati Sendiri

  1. Bestnya belajar menulis. Admin menulis mmg bagus pun. Kita yang baca ni boleh bayangkan apa yang diceritakan melalui tulisan. Tahniah mr hanafi

Leave a Comment

CommentLuv badge