Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Makan Di Luar Selama Seminggu

Urus duit RM50 adalah cabaran bagi admin. Cabaran untuk berbelanja datang dari pelbagai dimensi dan kategori. Admin telah mencuba urus duit dengan jumlah yang amat terhad.

Nak tahu berjaya atau tidak, teruskan sahaja bacaan hingga ke noktah terakhir.

Admin memperuntukkan bajet RM50 untuk belanja selama seminggu.

Duit ini hanya digunakan untuk membeli makanan sahaja. Bukan untuk tengok wayang atau bawa awek cantik jalan-jalan makan angin.

Buat masa ini admin tak memasak sendiri. In shaa Allah pada masa akan datang admin akan masak sendiri kerana lebih sedap dan lebih sihat. hehehe

Sekali sekala ‘dine in’ dan sering kali  ‘take away ‘untuk diratah dengan ganasnya dalam bilik sewa murah.

Fuh!

Kelakar..

Admin telah mencuba dalam masa seminggu. Isnin sehingga Ahad.

Kita tengok bagaimana admin urus duit RM50 dengan pengakuan jujur dan telus.

Ayuh.

Ini cara admin urus duit RM50

1.Isnin = RM8.55

Admin berpuasa sunat Isnin. Alhamdulillah berjaya hasrat tersebut.

Menu admin untuk makan sahur berupa roti bun dan air tin. Kosnya sekitar dalam RM3.25

Ketika berbuka pula admin makan nasi ayam dengan air suam. Boleh bajet  dalam RM5.30.

WAJIB BACA :   Penyebab libido menurun pada pria

Maaf tak nak show off gambar. Handphone admin tidak menghasilkan kualiti gambar bermutu tinggi.

Kata orang sekarang, handphone cap ayam.

2.Selasa = RM8.85

Hari ini admin makan tiga kali sehari. Dari sarapan pagi sehinggalah makan malam.

Nasib baik terjumpa menu tengahari lauk campur. Jadi boleh take away dan makan dalam bilik. Air bersih pula admin beli yang jenis layan diri. Beli 2 liter untuk 20 sen.

Belanja dalam RM4 sahaja.

Sebelah malamnya pula admin menjamah roti bun dalam tiga bji. Harga dalam RM2.25. Rasa macam belum kenyang tetapi cuba diatasi dengan meneguk air sehingga rasa sendat dekat perut.

Kasihannya!

3.Rabu = RM6.20

Menu sarapan admin nasi lemak dan kuih. Semuanya dalam RM2 sahaja. Admin skip makan tengahari dan terus menunggu untuk makan malam.

Makan malam dengan mee kolok dan air suam cuma RM4.20. Rasanya sedap dan alhamdulillah mengenyangkan.

4.Khamis = RM8.70

Sekali lagi admin berpeluang untuk berpuasa sunat Khamis. Dengan bersahurkan roti keping yang disapu mentega memang menyelerakan tekak awal pagi.

Cuma susah nak nilaikan berapa harga yang admin makan. Untuk senang cerita admin bagi anggaran dalam RM1.50.

Setibanya waktu berbuka admin memilih untuk makan nasi ayam berharga RM5.00 dan air kopi panas berharga RM2.20.

WAJIB BACA :   Buat apa makan di luar kalau masak sendiri lagi sedap

Tengok harga air manis. Hampir separuh harga dari makanan.

Orang bijak tentunya minum  air suam sahaja kalau makan dekat luar. Nak lebih bijak lagi siap bekal air bersih dari rumah.

Jangan pulak ketawa. Memang pernah admin perhatikan pelanggan ketika admin kerja restoren suatu ketika dulu.

Kesihatan terjaga dan dompet terselamat dari ketirisan wang tunai.

5.Jumaat = RM7.70

Bajet masa puasa dengan hari biasa beza RM1 sahaja. Sebab itu jangan berpuasa dengan niat untuk bajet. Puasa wajib diniatkan kerana Allah SWT.

Admin akan cerita sedikit bagaimana berbelanja jumlah tersebut walaupun makan tiga kali sehari.

Sarapan pagi admin cuma membedal roti keping yang disapu mentega. Tengahari pula admin makan roti canai dengn air kopi O. Harganya amat berpatutan sekitar RM2.

Sebelah malamnya pula admin makan besar. Admin makan nasi goreng ayam dan air suam. Jumlah keseluruhannya dalam RM4.20.

Jimat tak ?

6.Sabtu = RM6.00

Admin beli dua jenis kuih untuk sarapan pagi berharga RM2. Memang cukup mengenyangkan.

Tengahari pula admin take away nasi goreng yang simple tetapi sedap giler. Harga pula dalam RM3.

Sebelah malam admin mencuba kuih cakui sebagai menu makan malam. Kebetulan ada pasar malam. Bukan selalu pun.

WAJIB BACA :   Nikmatnya ada rasa gembira

Admin sembat dalam  4 batang yang jumlahnya RM1.

Wow. Masih murah.

7.Ahad = RM4.00

Seusai solat Subuh di surau berdekatan, admin singgah di gerai apam balik. Pagi-pagi dah ada apam balik memang best juga. Harga dalam RM1.

Itulah menu sarapan sambil meneguk air kosong.

Tengahari dan malam admin cuma makan roti keping yang disapu mentega. Sedap juga kalau terpaksa.

Tekak admin dapat menerima seadanya. Kos dalam RM3 untuk dua kali hidangan.

Sekarang..

Betul-betul tiada baki.

Yang ada dompet kulit admin.

Mungkin dalam dompet itu masih berkeping-keping lagi wang kertas yang admin rahsiakan jumlahnya.

Siapa yang pedulikan ?

Kesimpulan

Daripada perincian bajet admin tersebut, pembaca sudah boleh faham bahawa kos hidup sekarang agak mahal untuk mereka yang terpaksa makan di luar.

Memang sukar mengawal bajet duit RM50 untuk seminggu.

Namun  terlalu berjimat bukan cara bijak sehingga mengabaikan makanan sihat dan berkhasiat.

Akhir kata  pembaca boleh ambil iktibar bagaimana admin urus duit RM50 dalam 7 hari dengan jayanya.

Kalau berani cubalah.

Baca juga –> Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik

  • Kemas kini 17/5/22

27 thoughts on “Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Makan Di Luar Selama Seminggu”

  1. Susahnya nak belanja macamni. Tiap kali keluar nak makan sedap-sedap. Ya Allah, lepas baca ni baru rasa aku ni memang tak bersyukur..thanks mrhanafi kongsikan belanjawan. Kalau tak baca ni memang taktau diri ni teruk 🙁

    Reply
  2. Alahai…posting paling sedih kali ini. Bagi saya lah. Haha. Anyway..RM50 seminggu tak cukup walau ada anak sorang. Sebab tu ramai ramai stay at home mom jadi blogger. Try to make money at home. Ps: Kahwin cepat dapat rasa air tangan wife. Jimat lagi.

    Reply
  3. Bagus lah kalau bisa irit RM50 untuk makan seminggu apalagi untuk anak kost sangat disarankan untuk lebih berhemat..

    Reply
  4. betul.. kos hidup semakin meningkat. teringat beberapa tahun lepas, RM100 boleh beli penuh satu troli dengan macam-macam barangan. memang berbeza dengan sekarang

    Reply
  5. boleh untuk perkara asas je..

    tetapi agak sukar untuk bawa ke 7 hari

    saya bagi contoh mudah :

    1.Beras 5Kg = RM17
    2.Telur ayam = RM10
    3.Minyak masak =RM2.50
    4.Kicap = RM6
    5.Sos= RM7
    6.Ayam sekor =RM10
    7.Sayur kobis= RM5

    Reply
  6. Saya rasa, kalau ikut ‘kemampuan’ untuk makan sebagaimana yang disenaraikan di atas, Insya-Allah boleh masak sendiri dengan RM50 untuk seminggu. Tolak ayam dan telur (jangan beli), masak ikan singgang boleh bertahan 3 hari. Buat air asam atau budu untuk naikkan selera (silap hari bulan tak cukup beras 5 kilo tu). Masak nasi kurangkan air, nasi boleh tahan lama untuk beberapa hari. Apapun, jadual yang tuan sediakan di atas memang menyihatkan (diet).
    Al-Manna Ameer recently posted…Al-Salwa AmeerMy Profile

    Reply
    • itu kalau kes masak sendiri tuan..

      dan masak sendiri amat digalakkan dalam mengawal bajet.

      cuma dalam senario ini untuk mereka yang suka makan kat luar…

      kasihan mereka dan termasuk saya hahahaha

      Reply
  7. sebenarnya kalau masak sendiri boleh lagi jimat dan dapat makan sedap2 juga
    housemate Hans rajin masak
    hans pun lagi suka makan luar bila dekat KL nih
    sebab tak selesa sangat dengan dapur rumah sewa
    hahaha
    kadang2 je masak

    Reply
    • untung sangat kalau dapat memasak sendiri bro..

      makan kat luar belanja besar..

      kalau macama baik baik bro kawin cepat..jimat kos hehehe

      Reply
  8. kalu utk mkn bg sy kt kl ni masih boleh lg RM50 = smggu…cuma jgn ambil utk campur dgn hal lain myk duit myk, tol etc… kalu x pasti lari bajet…

    Reply
  9. Rm50 kalau diruruwkqn dgn betul jadi besar nilainya. Tapi mama ni kalau time sengkek lagi la keinginan nak bershopping online Tu membuak2.. adoi

    Reply
    • itulah namanya dugaan dunia..

      masa paling sengkek adalah masa paling best nak bersedekah..

      ujian ketahanan mental apabila dah bersedekah habis segalanya hehehe

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge