Tuan H akhirnya sampai ke destinasi di pinggiran kota.Di kota ini tersergam sebuah rumah yang begitu banyak menyimpan kenangan terindah dan sebaliknya.
Perasaan girang menari-nari di penjuru hati .Tempat yang dituju sudah ada di depan mata.Biarpun menjadi tetamu yang mungkin dianggap asing.
Seusai memberi salam, Tuan H masuk rumah sambil disambut penuh riang oleh anak kecil.Sosok tubuh Tuan H dipeluk erat tanda kerinduan yang terlalu dalam.Hening dan sayu.
Si bongsu berusia lapan tahun namun sudah terserlah kecantikan bak primadona yang tak terdendang.

Hati kecil Tuan H berbisik, “ Wah cantiknya anak ayah “
Suasana gembira dan riang mula terasa.Maklumlah sepurnama tidak bersua muka.Hanya telefon yang menjadi penghubung bicara.
Tuan H juga disambut oleh jejaka yang baru menginjak usia remaja.Semakin membesar sebagai johan.Hensem seperti ayahnya juga.Benarlah kata orang dulu-dulu kalau kuah tumpahnya memang ke nasi.
Di ruang tamu pula, kelihatan anak dara sunti asyik bermain gajet.Zaman sekarang katakan.Orangnya kecil molek dan keayuan sudah ketara.Inilah anak Tuan H yang kedua.Orang terakhir menyapa tetamu pada pagi itu
Tuan H berbual-bual seketika bersama anak-anaknya.Hati Tuan H tersentuh padu.Ketika kasih sayang ayah diperlukan, ketika itu diragut ujian dunia bernama perpisahan.
Tuan H rasa bersalah.Akur dengan kesalahan kerana tidak mampu menyelamat keadaan dan gagal membina keluarga bahagia.
Mungkin ini dinamakan roda kehidupan.Boleh jadi susah masa kini dan pasti senang kemudian hari.
Tuan H menjadi tetamu di rumah yang dahulu pernah didiami lebih sedekad.Rasa ralit mengelupur dalam jiwa.Gembira bercampur hiba.Lidah kelu gagal mengungkap butir bicara.Sukar mencoret kata-kata melalui tinta.
Tuan H sedar.Inilah realiti kehidupan.Bertamu cuma seketika untuk menikmati saat-saat berbaki bersama insan permata hati.Tuan H nekad tidak akan lupakan anak-anak.Mereka tidak bersalah untuk menanggung kesan kekhilafan orang tua.
Tuan H kumpul kekuatan emosi.Belajar untuk berlapang dada.Belajar untuk bersangka baik atas segala ujian yang menimpa.Belajar untuk memulakan kehidupan baharu.
Bak kata pujangga lama, yang lepas jangan dikenang.Yang pergi biarlah pergi.Apa yang terjadi sudah suratan Ilahi.
Perjalanan hidup Tuan H diteruskan dalam mencari keberadaan ‘tulang rusuk kiri.’Biarlah apa-apapun berlaku.Tuan H meletak harapan setinggi gunung dan berusaha sedalam lautan.Tuan H tetap yakin akan bertemu apa yang dicari.
” Bila dan di mana biarlah menjadi misteri seperti mana ajal manusia itu sendiri’, getus hati Tuan H sebelum menghabiskan coretannya.
In shaa Allah.. saya yakin bahawa Tuan H pasti akan mencapai apa yg dihajatkan. Semoga Allah perkenankan doa di bulan mulia ini serta dimakbulkan segala hasrat dan impian… aamiin.
sebaik-baiknya begitu..
terima kasih tuan
APA YG BERLAKU TAKDIRNYA YG XTERDUGA UJIAN-NYA PENUH BERHIKMAH
ya…betul tu.
setiap kejadian ada hikmahnya
Aamiin insyaallah…semoga doa awk satu hari di makbul kn Allah…semoga di permudhkn
aamiin terima kasih awak
Tiap ujian, dan pengalaman hidup adalah pelajaran buat kita. Mengajar kita banyak perkara. Semoga Allah permudahkan segalanya.
ya betul…
ujian itu membawa mesej yang sungguh bermakna sekali dalam hidup kita
in shaa Allah…
semuanya dalam keadaan yang sepatutnya
Allah adalah sebaik-baik perancang… kita nie hanya mampu berusaha merencanakan, tetapi Allah yang menentukannya… segala yang berlaku ada hikmahnya… redha, tabah dan bersyukur dengan nikmat yang telah di kurniakan…
IzNy recently posted…Kuliah : Amalan hebat yang boleh dilakukan dalam masa satu minit
betu tu.
saya bersetuju,
bertabahlah selalu.