Petros atau Petroleum Sarawak Berhad adalah entiti yang diberi lesen oleh kerajaan Sarawak untuk beroperasi dan mengusahakan hasil minyak dan gas.Petros menjadi perintis untuk Sarawak menikmati hasil bumi sendiri.
Sebelum ini terambil tidak sengnaja sejak sekian lama sehingga kekayaan tidak diekploitasi sepenuhnya.
Ada yang suara sinis menyatakan Sarawak negeri yang kaya tetapi rakyat kekal miskin.
Timbul persoalan,
Dimana silapnya ?
Kini persoalan tersebut hampir terjawab apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melancarkan secara rasmi Petros pada 6 Mac 2018.
Mr Saau Kakok,CEO Petros yang baru dilantik pula ialah seorang anak Sarawak keturunan Bidayuh.Beliau dilihat orang yang paling layak kerana berpengalaman 40 tahun dalam bidang pengurusan minyak dan gas pada peringkat antarabangsa.
Sarawak akan menguruskan sendiri sumber semula jadi terutamanya minyak dan gas melalui Petros.Hasilnya nanti untuk rakyat Sarawak lebih lebih lagi Ketua Menteri sekarang ini sangat komited untuk memajukan Sarawak melalui Ekonomi Digital.
Melaluinya juga kos sara hidup boleh diatasi dengan memberi peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi.
Potensi perniagaan terbuka luas dan seterus memberi kemakmuran yang berterusan kepada rakyat Sarawak.
Secara tidak langsung isu rumah mahal,kos makananan mahal dan perkhidmatan pengangkutan yang lembab setakat ini diatasi peringkat demi peringkat.
Kekayaan negeri akan terjana secara efektif melalui pendapatan hasil minyak, gas dan sumber galian lain.Penguasaan sumber asli bumi sendiri dan penerokaan potensi digital bakal memberi platform realistik untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.
Impak terkait daripada kejayaan ini akan membawa kepada pembangunan yang tuntas untuk mentadbir negeri yang terbesar di Malaysia.
Rakyat Sarawak wajar berbangga dengan penubuhan Petros.Selain itu mereka perlu mempersiapkan diri dengan ilmu,kemahiran dan pengetahuan sejajar dengan pengenalan Ekonomi Digital yang rancak dibangunkan di negeri ini.
Dalam masa yang sama rakyat Sarawak wajib mengekalkan budaya hidup harmoni biarpun berlainan bangsa,bahasa,agama dan keturunan.
Sekali lagi rakyat Sarawak sangat beruntung kerana kaya dengan hasil bumi.Malah sangat bertoleransi dalam mencapai impian untuk hidup maju dalam negara Malaysia tercinta.
Info rasmi >>>Petros.my – Trailing Petroleum Sarawak Berhad
**Artikel ini hasil sumbangan Mohd Hanafi.Beliau merupakan anak jati Sarawak yang telah berkecimpung dalam penulisan dunia digital dan media sosial sejak 2009 lagi.
negeri kaya tapi rakyat kekal miskin tu saya sangat2 setuju
nikkhazami recently posted…Honor 9 Lite – Berbaloi Pada Harga RM749
mungkin belum rezeki..
hahahaha.
itu jawapan yang dah malas nak fikir
Semoga Sarawak terus membangun dengan andanya Petros..tak pernah sampai Sarawak, satu hari nanti in shaa Allah..
aamiin..
tak tahu sangat apa yang best di Sarawak.
yang pasti makanannya kot..
kalau begitu ..
diamlah di bandar hahahaa
sama-sama la ya.
bagus
semoga anak2 sarawak mengambil peluang nih
In shaa Allah.
thanks for moral support
Sarawak antara negeri membangun. Bila pula ada chance jenguk Kuching. Tahun 1 – Tahun 3 kamek sekolah SK Batu Lintang. Ada rezki kamek singgah kelak.
paduhal..
kitak boleh juak kelakar Sarawak..
in shaa Allah.
jom la berambeh sitok hehehehe
Semoga rakyat Sarawak mendapat kebaikan daripada Petros ini
Hamidah Ahmad recently posted…Bisnes Online Yang Mudah Dan Lumayan
itulah harapan kami sebagai rakyat Sarawak..
semoga dapat membuka banyak peluang kepada rakyat sarawak khususnya kan.. .sarawak kaya dengan hasil bumi..
semoga begitulah hendaknya..
aamiin
mgkn nnt sarawak bleh setara kekayaannya dgn jirannya, brunei?
in shaa Allah..
namun Sarawak besar sangat negerinya..
kos pentadbiran juga tinggi.
wah akhir dapat jugak uruskan sendiri hasil minyak ya
alhamdullilah..
moga menjadi rahmat untuk rakyat Sarawak