Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam

Etnik Uyghur tinggal di bahagian Turkestan Timur atau wilayah Xinjiang,China.Bahasa pertuturan etnik Uyghur adalah Uyghur.Penulisan mereka masih mengekalkan huruf Arab manakala Bahasa rasmi pula,Mandarin supaya mereka mudah berinteraksi dengan etnik yang lain di China.

etnik uyghur

kredit : focus.my

Sejarah etnik Uyghur cukup menyayat hati tatkala mereka cuba untuk menegakkan agama Islam.Mereka golongan minoriti namun ada pejuang mujahid yang amat saya kagumi.

Kisah etnik Uyhur sangat panjang dan sehingga kini mereka masih berjuang menegak kalimah Allah dibumi yang berkah.

Turkerstan Timur kaya dengan emas hitam dan menjadi tumpuan pemerintah China sehingga digelar Xinjiang pada masa kini.

Saya berharap selepas membaca artikel ini,pembaca terbit rasa bersyukur kerana kita lahir sebagai orang Islam di Malaysia.

Sekiranya ada pembaca yang bukan Islam dan tertarik dengan Islam,saya sarankan untuk baca 20 Kisah Mualaf Yang Gegar Dunia.

Jangan ragu-ragu.Agama Islam adalah agama pendamaian.Agama yang meletakkan kebenaran yang pasti.

Kita sambung semula.

Agama Islam mula bertapak di Turkestan Timur pada tahun 95 Hijrah. Orang yang membawa Islam ketika itu ialah Qutaibah bin Muslim al Bahili.

Pemerintahan Turkestan Timur pada masa itu,Sultan al Khaqan Stuq berjaya diislamkan.Beliau seorang raja yang komited dengan Islam.Ada juga menyatakan raja tersebut ialah  Raja Karahanidin.

Usaha gigih dijalankan.Ayat-ayat al Quran diterjemah ke dalam bahasa tempatan.300 buah rumah ibadat nenek moyang ditukar kepada masjid.Ulama-ulama dari Arab dijemput datang ke Turkestan Timur.Mereka mengajar Islam kepada penduduk tempatan.

Kesannya agama Islam berkembang pesat.Alhamdulillah.

Namun apakan daya perkembangan Islam di Turkestan Timur telah dicemburui oleh pemerintah China iaitu Empayar Manchu.

Ini yang sedihnya.

Semasa pemerintahan Yarkent atau kerajaan Seyyid, berlaku percerobohan Empayar Manchu ke atas Turkestan Timur.Peristiwa pahit itu berlaku pada tahun 1759M.Perjajahan berlangsung sehingga 1862M.

Pada tahun 1864M,etnik Uyghur bangkit menentang sehingga memaksa golongan Manchu keluar dari bumi Turkestan Timur.

Kerajaan Islam iaitu Negara Yetteshehar berjaya ditubuhkan dengan sistem khalifah.Sayangnya bertahan 16 tahun sahaja.

Wilayah Turkestan Timur kembali dijajah oleh pemerintah China.

Usaha menuntut kemerdekaan tidak pernah padam.Sekali lagi etnik Uyghur cuba menentang penceroboh sehingga tertubuhnya Republik Timur Turkistan (ETR).

Ada dua percubaan untuk menuntut kemerdekaan dari penjajahan pada tahun 1933 dan 1944.Namun tidak berjaya.

Ini kerana negara Soviet Union [Rusia] telah masuk campur.Mereka menggunakan kuasa tentera aliran komunis untuk menghadapi etnik Uyghur.

Sekali lagi bumi Turkestan Timur dijajah oleh pemerintah aliran Komunis.

Wahai pembaca semua.

Inilah maklumat yang menyebabkan saya terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca.Segala maklumat berkaitan etnik Uyghur memang sukar diperolehi kerana pemerintahan penjajah menyekat sumber dan saluran komunikasi dengan dunia luar.

Berikut ialah cara penjajahan komunis dalam menindas etnik Uyghur di Turkestan Timur.

  • Syiar Islam dilupuskan dalam pentadbiran dan kehidupan.
  • Makanan halal dilarang
  • Pasangan suami isteri dipisahkan
  • Muslimat bekerja hanya diberi 3 hari cuti bersalin
  • pembelajaran agama Islam dilarang seketat yang mungkin.
  • Al Quran dan buku agama dibakar
  • Menampal poster untuk hina Islam
  • Tangkap para ulama untuk kerja berat
  • Muslimat dilarang bertudung
  • Mewajibkan hubungan bebas
  • Menggalakkan perkahwinan lelaki muslim dengan wanita berfahaman komunis dan sebaliknya
  • 28 ribu masjid dan 18 buah sekolah agama ditutup
  • Rampas harta guru agama dan halau mereka ke gurun pasir
  • Ganjaran lumayan jika memberi maklumat kegiatan pendakwah
  • Pintu sempadan ditutup
  • Guru,pelajar dan kakitangan akademik dilarang berpuasa pada bulan Ramadan
  • Kaum lelaki dilarang menyimpan janggut atau menggunakan simbol bulan dan bintang
  • Bahasa Turki dilarang di universiti
  • Diberi kesukaran untuk membuat passport pergi Haji
  • Dianjurkan pertandingan ratu cantik Uyghur

ratu uyghur

kredit : Google image

[lelaki bujang boleh usha gadis Uyghur yang cantik banget]

Tekanan demi tekanan diberikan kepada etnik Uyghur supaya mereka tidak mengamalkan ajaran Islam.Ramai yang mati syahid demi mempertahan agama.

Tidak cukup dengan tindakan tersebut, etnik Uyghur terus dinafikan hak kemanusiaan,amalan beragama dan menjalani kehidupan yang sukar.

Sekali lagi kita lihat bagaimana menderitanya etnik Uyghur dengan diperlakukan seperti berikut:

  • Orang kampung dibom dan orang lelaki ditembak mati
  • Golongan alim dan ulama dikawal pergerakan dan aktiviti
  • Fahaman komunis diajar kepada anak-anak Islam Uyghur
  • Tokoh agama dilarang mengajar ajaran Islam dan aktiviti mereka dipantau oleh tentera
  • Masjid dan sekolah agama dihilangkan fungsinya
  • Penduduk etnik Uyghur dilarang sama sekali berhijrah
  • Memaksa anak -anak Islam etnik Uyghur belajar bahasa Mandarin
  • Meminggirkan etnik Uyghur dalam pendidikan tetapi melebihkan etnik Han
  • Kekayaan hasil bumi seperti minyak dirampas dan etnik Uyghur dilarang untuk menuntut hak
  • Wilayah autonomi Turkestan Timur cumalah slogan semata-mata kerana etnik Uyghur langsung tidak diberi peluang mentadbir tempat sendiri.
  • Membawa masuk 200 juta etnik Han ke Turkestan Timur supaya etnik Uyghur terancam dan tertindas
  • Remaja Uyshur sama ada lelaki atau wanita yang kahwin etnik Han dibiayai kerajaan Komunis
  • Petani Uyghur dikenakan cukai yang tinggi tiap kali menuai hasil tanaman
  • Etnik Uyghur diklafikasi sebagai kasta ketiga
  • Sentiasa dicuba dengan provokasi supaya mereka bangkit menentang pemerintah biarpun dah lumpuh serba serbi.

Kesimpulannya.

Etnik Uyghur terus ditindas kerana mengamalkan Islam.Begitulah nilai keimanan mereka.Nyawa,airmata dan kehidupan dunia dipertaruhkan.

Nama Turkestan Timur cuba dilenyap dengan mengganti nama Xinjiang secara rasmi pada 18 November 1884.

Etnik Uyghur mungkin semakin pupus akibat proses amilasi oleh etnik Han yang saban tahun semakin membanjiri bumi Turkestan Timur.

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.Namun saya bersangka baik bahawa akan lahir tokoh hebat untuk menyelamat akidah dan agama Islam di sana.

Marilah kita berdoa dan tingkatkan mutu solat kita dengan lebih khusyuk.Sebab dengan solat khusyuk besar kemungkinan doa kita dimakhbulkan.Kita mahu melihat saudara seagama di Turkestan Timur mengamalkan Islam yang sempurna.

Aamiin Ya Rabil Alamin

Sekian.Jumpa lagi.Salam hormat.Terima kasih.

-mrhanafi-

p/s : Amat digalakkan untu sertai komuniti pembaca blog mrhanafi di Group Whatsapp atau like Fanpage Facebook mrhanafi dot com.

p/s/s : Selain itu boleh juga memberi komen atau kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

p/s/s/s :Moga usaha kecil tersebut sebagai bukti kita kepada Allah SWT dalam membantu sebarkan agama Islam yang sempurna,benar dan terbaik ini.

*Sumber rujukan:

1.Buku Allah is Calling tulisan Zainuddin Hashim

2.laman web  focus.my

3.laman wikipedia.com

(Visited 86 times, 1 visits today)

22 thoughts on “Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam”

  1. Ada rezeki lebih mana tau boleh bantu.. tambah cawangan, eh… semoga Allah melindungi keimanan mereka sebaiknya dari ancaman puak2 yg menindas… aamiin.

    1. hahaha..

      Niat tuan untuk membantu Etnik Uyghur sangat saya kagumi terutama gadis yang jelita [ gurau ]

      apa-apapun doakan kejayaan mereka mempertahankan Islam di Turkestan Tinur.

    1. Gadis gadis Uyghur boleh diagih-agih kepada lelaki beriman di Malaysia…

      bro nak juga ke ?

      supaya iman terpelihara ..anak nanti pun cantik cantk

      hehehehe

  2. mereka barangkali boleh melenyapkan segalanya yg berkaitan dgn Uyghur ini tapi mereka tak mampu melenyapkan iman di hati mereka… tak kan Islam hilang di dunia….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge