3 Sebab Blogger Tak Suka Blogwalking

Dulu-dulu suka blogwalking.Sekarang blogger kurang suka blogwalking kerana sebab-sebab tertentu.Berikut ialah sebab dari mrhanafi sendri.Bukan orang lain.Mungkin ada sebab yang berbeza.Lain orang lain cara.Kita mungkin berbeza.Apa yang sama ialah kita adalah blogger.Kita ada blog.Kita adalah golongan penulis alaf baru yang menggunakan teknologi maya dalam dunia penulisan.

blogger tak suka blogwalking

Blogwalking adalah aktiviti menggunjungi blog orang lain untuk membaca dan meninggalkan komen.Semasa membuat komen di blog orang lain maka kita sudah sediakan backlink.Ada admin blog menggunakan sistem komen moderator dan ada juga yang tidak mengenakan apa-apa sekatan.Hak blogger masing-masing.

Berikut adalah 3 sebab blogger tidak suka blogwalking:

1.Leka dengan media sosial

Apabila selalu berada di media sosial popular seperti Facebook dan Whatsapp sudah tentu tiada masa untuk blogwalking.Blog terabai dan kini menjadi pengguna media seperti kebanyakan dari mereka.Status eksklusif sebagai blogger dilenyapkan oleh diri sendiri.

2.Tak nampak keuntungan segera.

Tidak dinafikan soal untung dan rugi perlu difikirkan.Dulu ketika rajin blogwalking mrhanafi menyediakan bajet RM60 untuk sebulan bagi mendapatkan 3GB data.Kini sekadar RM30 untuk dapatkan 1.5GB data.Ada penjimatan separuh harga.Aktiviti blogwalking juga dijimatkan.

3.Blog jarang dikemaskini

Mrhanafi pun sama.Ada masanya berhari-hari blog tidak dikemaskini.Blogger lain jangan cakap lagi la.Jika begini keadaannya kita nak blogwalking ke blog mereka pun rasa kurang bersemangat.Lama kelamaan blogwalking terus pupus.Masing-masing bawa haluan sendiri.

{sekilas pandang}

Mrhanafi akan mengubah sikap tak suka menjadi suka blogwalking.Biar perlahan-lahan.Kurangkan aktiviti di media sosial.Lagipun kebanyakan pengguna media sosial tak suka pun baca blog.

Ada itu memang ada.Mereka tidak seperti blogger.Tak semua.Blogger pasti suka blog.Mereka kurang rajin tahap maksima pun masih sanggup blogwalking satu blog satu minggu sudah memadai.

Baiklah.Tak nak membebel panjang.Nanti macam perempuan pula.Jadi terima kasih banyak kerana sudi membaca penulisan ini.

p/s : Mrhanafi merupakan admin rasmi bagi Hero Borneo Team.Kini agak sibuk membuat promosi bagi mendapatkan keyakinan terhadap team tersebut.Kami boleh dihubungi melalui talian Whatsapp 011-34646975 atau layari laman Anda Berimpian Kami laksanakan.

(Visited 15 times, 1 visits today)

26 thoughts on “3 Sebab Blogger Tak Suka Blogwalking”

  1. Kalau ada masa memang sy suka blogwalking ni…banyak ilmu baru boleh dapat. tapi kdg masa terhad nak berblogwalking jadi sunyi je…mudah-mudahan lepas ni ada perubahan sikit.

  2. Lepas ni nak rajin blogwalking..
    Kena jadikan rutin kan…
    Suka baca blog orang tapi selalu lupa tinggalkan komen pulak

  3. Saya jarang blogwalking, tapi kalau saya ada masa terluang memang saya suka sangat baca apa yang ditulis orang lain.

    Seronok dapat baca perkongsian daripada orang lain.
    Keep it up tuan!

  4. SA suka blogwalking sebb mmg itu cara SA menghargai pembaca..tp bila SA rajin dtg blog kawan2.. SA mcm x dpt apa bila kunjubgan tak berbalas..sebab tu la slowly traffic merudum dan traffic kawan2 naik…ada ketisak adilan berlaku di situ..wajar kah?

  5. Aku rindu zaman blog tahun 2010 dulu dulu.. Ramai blogwalking terjah blog ke blog.. Tapi sekarang ni makin kurang, betul kata hanafi.. Sebab utama depa leka dengan media sosial.. Ye la, mereka suka news terkini dan viral terutamanya fanpage femes macam siakap keli dan sebagainya.

    Blog ni cuma buat untuk kekal momentum dalam google seo je.. >_<

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge