WhatsApp tergendala, pengguna sedunia kecoh seketika

Pada 25 Oktober 2022, pengguna media sosial seluruh dunia dikejutkan dengan perkhidmatan Whatsapp tergendala.

Ia berlaku sekitar jam 3 petang dan pulih sepenuhnya lepas 4.30 petang.

Meta selaku pengendali Whatsapp, tidak menyebut sebab perkhidmatan tergendala.

WhatsApp tergendala

WhatsApp tergendala

Mereka hanya memaklumkan dengan kenyataan mohon maaf.

Setakat ini pengguna Whatsapp sudah mencapai dua billion aktif.

Masalah atau perkhidmatan Whatsapp tergendala pernah berlaku pada 5 Oktober 2021 yang lalu.

Ini meliputi Facebook, Instagram dan Oculus selama enam jam.

Mereka memaklumkan ada masalah konfigurasi teknikal pada router.

Apapun ada hikmah juga Whatsapp ada masalah.

Pengguna tidak boleh marah kerana pekhidmatam ini percuma sahaja.

WAJIB BACA :   Cerita lelaki kelaparan, pendedahan berani yang menyentuh hati

Sekurang-kurangnya pengguna boleh rehat sebentar.

Mereka boleh beralih ke Facebook, Youtube, Twitter dan Telegram.

Paling tidak pun lepak di Tiktok,Wechat dan blog.

Sejujurnya mrhanafi dapat juga merasa tenang dan aman dalam tempoh Whatsapp tergendala.

Notifikasi group Whatsapp sunyi, mesej personal tiada dan segalanya terjauh dari gangguan.

Cuma sayangnya tempoh tergendala tidak lama dan ia harus juga disyukuri.

Apa-apapun tiada sesuatu yang kekal tip top sepanjang masa.

Apatah lagi manusia dan benda hidup yang lainnya.

Dunia hanya sementara dan akhirat itu kekal abadi.

Baca juga artikel ini :

Tips membeli telefon pintar baharu

22 thoughts on “WhatsApp tergendala, pengguna sedunia kecoh seketika”

  1. betul tu kecoh satu dunia whatsapp tergendala & sy pun salah sorang yg happy masa tergendala tu sbb tenang sekejap drpd group2 kerja hehehe

    Reply
  2. biasanya ammi tak kisah pun sangat ada ke takde whatsapp tapi di hari kejadian tu kitorang kat office tengah deal dengan client kat Terengganu utk finalize document. Jenuh daripada boleh whatsapp terus jadi call.

    Reply
  3. saya lumayan panik sat tuh. Krn sedang kerja dan discuss menggunakan wa grub. awalnya tak sadar kalo wa error, tapi kemudian baru lihat kenapalah semua message jam pasir semua, tak ada centang 2 🤣.

    terpaksa beralih ke telegram sementara

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge