Siapa Tuan Afnan Rosli dan apa dia TedxKenyalang ? Saya pasti ada yang sudah tahu jawapannya.
Namun saya juga khuatir sekiranya ada yang belum tahu lagi. Untuk lebih adil, saya terangkan secara ringkas.
Nama Tuan Afnan Rosli cukup dikenali kerana Seminar Metamorphosis.
Populariti beliau berkembang sangat pantas sehingga mendapat lebih 100 ribu follower dalam yang singkat sahaja.
Kelas-kelas online dan offline laku keras sehingga boleh sold out dalam beberapa minit. Pasti ramai yang garu kepala melihat sambutan yang luarbiasa.
Bagaimanapun namanya tercalar setelah beberapa program yang diajarkan dalam kelas offline Metamorphosis didakwa menyerupai ajaran New Age Movement.
Perkara ini disangkal oleh Tuan Afnan sendiri sewaktu live di Facebook terakhirnya. Beliau mengaku tidak terniat langsung ke arah tersebut.
Apa yang beliau mahu ialah berkongsi ilmu bagaimana untuk bahagia dan hidup tenang dengan kawalan minda dan emosi.
Itulah ujian kepada beliau dan cabaran kepada pengikutnya.
Isu tersebut telah mendapat perhatian Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator Malaysia (TAMRIN ) dan akhirnya diberi jawapan rasmi oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Pembaca boleh rujuk di link ini.
Saya berhenti kupas isu Tuan Afnan Rosli. Sekarang saya nak terangkan TedxKenyalang pula.
Saya kutip definisi asal TEDx dan penjelasan seperti di bawah.
TEDx is a program of local, self-organised events that bring people together to share a TED-like experience. Our event is called TEDxKenyalang, where x = independently organised TED event. At our TEDxKenyalang events, live speakers come together to spark deep discussion and connect. The TED Conference provides general guidance for the TEDx program, but individual TEDx events, including ours, are self-organised.
Tedx Kenyalang adalah program talk berbahasa Inggeris yang mengetengahkan beberapa individu yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Mereka ada yang dari Sarawak, Semenanjung dan dari negara lain pun tidak terkecuali. Figura ini mempunyai nilai ilmu dan buah fikiran yang luarbiasa dari kebiasaan.
Perkongsian mereka secara live di atas pentas TexKenyalang selama lebih kurang 20 minit memang mengujakan. Para pengunjung pasti teruja, terinspirasi dan terilham dengan pelbagai idea bagaimana mereka boleh mencapai impian dalam hidup ini.
Pada tahun 2017, saya sendiri telah hadir program tersebut atas jemputan peribadi Kurator Tedx Kenyalang iaitu Tuan Zaiwin Kassim.
Untuk rekod TEDxKenyalang sudah dimulakan di Sarawak pada tahun 2016 lagi.Pada tahun ini membawa konsep “Shine For Others” yang akan berlangsung seperti info di bawah.
Tarikh : 17 November 2019
Hari : Ahad
Masa : 8 pagi- 5 petang
Tempat : Waterfront Hotel
Tiket: RM75
Tiket kemasukan program TedxKenyalang 2019 boleh diperolehi sebelum 16 November 2019 melalui laman web rasmi TedxKenyalang Tickets.
Tentu ada perkara yang bermain dalam fikiran, apa manfaat kalau datang ke program talk sebegini?
Biasalah soal duit dan masa ada yang berkira-kira termasuk saya.hehehehe
Bagi saya cukup mudah. Pelaburan masa dan duit untuk membeli tiket masuk program talk TedxKenyalang akan menjadi over deliver.
Perkongsian ilmu dan pemikiran orang yang telah berjaya ini sangat mahal.
Kejayaan mereka sudah dibuktikan. Sekiranya ingin berjaya maka tempatkan diri bersama lingkungan orang berjaya juga.
Getaran positif orang berjaya tidak kira para speaker atau para peserta program talk motivasi hanya dapat dirasakan apabila berada di tempat kejadian.
Bayangkan kalau tiada program Tedx mana mungkin dapat mendengar talk mereka secara langsung. Ya mungkin boleh melalui Youtube namun feeling lebih terasa bila secara langsung.
Misalnya Speaker TedxKenyalang tahun 2018 ialah tokoh billionaire Sarawak terkenal, Dato’ Dr Ir Karim Abdullah.
Perkongsian beliau boleh ditonton Youtube:
Pada tahun lepas, terdapat 12 speaker hadir berkongsikan idea, ilmu dan pandangan mereka.
Pastinya dari pelbagai individu dari pelbagai bidang yang dirangkum sekali dalam progam TedxKenyalang ini.
Bagaimana pula dengan tahun 2019 ?
Sama-sama kita tunggu kemunculan mereka termasuk Tuan Afnan Rosli yang akan berada di pentas TedxKenyalang 2019.
- Kemas kini 15/6/23
Macam pernah baca ttg Tuan Afnan Rosli. Bagus bila dpt join program begini.. menguatkan semangat kita utk berjaya.. insyaAllah..
hahaha..
Tuan Afnan sudah jadi trending sekarang ini
Ada dengar nama Tuan Afnan berlegar2 dekat timeline 2,3 minggu lepas. Fenomena betul ya.
ya memang..
beliau merupakan influencer yang cepat naik.
cuma sekarang FB beliau sudah dinyahaktif..tak tahu sampai bila
sik pernah dengar pasal Afnan Rosli dan TedXKenyalang tok…bagus juak kitak nyebut tentang tok..boleh la belajar sikit2
paduhal kita berada di alam lain..
sikpa pastok adalah info sedikit dengan apa yang kmk share sitok hehehe
baru tau pasal tedx ni… tq kongsi
sama-sama..
ya menang kurang popular juga
Mesti event tersebut dinanti semua orang
ya…
untuk peminat program talk motivasi
peluang meraih ilmu hebat ni!
ya betul tu