Cara scammer buat kerja memang licik. Mereka ada pelbagai teknik bersifat tipu daya untuk menjerat mangsa. Yang sedihnya, mangsa bukan calang-calang orang.
Kebanyakan mereka golongan pesara, profesional dan banyak duit.
Kalau mangsa tak de duit, buang masa jer scammer nak tipu mereka.
Betul tak ?
Tau tak bagaimana cara scammer buat kerja penipuan ini ?
Cara scammer buat kerja
Berdasarkan pembacaan, modus operandi geng scammer hampir sama.
Mereka memperdayakan mangsa yang lurus bendul, hati suci dan orang jujur.
Kesian orang baik menjadi ‘makanan’ orang jahat.
Salah siapa ?
Salahkan diri sendiri kerana kurang info dan firasat hati mereka kurang cekap detect perkara yang kurang betul.
Scammer akan menawarkan perkara yang mudah dan senang.
Contoh giveaway.
Masuk sahaja confirm menang.
Apabila mangsa sudah menang, proses menebus hadiah adalah umpan paling bergaya untuk membuat penipuan.
Pada waktu inilah scammer akan menjaja nama LHDN, Kastam dan sebagainya.
Kini kes terbaharu mereka menjaja nama Shopee dan Lazada untuk memerangkap mangsa.
Hadiah giveaway yang sepatutnya kita dapat akan ditahan sebelum scammer meminta duit kita secara halus.
Antara alasan yang diberikan ialah kos penghantaran.
Realitinya hadiah memang tidak ada tetapi kita sebagai mangsa akan menghadiahkan duit untuk mereka.
Ada yang selamba jer hulur RM50 untuk urusan penipuan tersebut.
Selepas dapat RM50 dari mangsa, mereka akan meminta jumlah wang yang lebih besar lagi.
Kejayaan scammer banyak bergantung kepada keadaan mangsa.
Jika mangsa belum sedar, mereka akan menipu habis-habisan sehingga wang selicin-selicinnya kena kikis.
Mereka menipu dengan cara halus dan tanpa berputus asa.
Mangsa hanya akan sedar tertipu setelah menyerahkan duit kepada scammer.
Sayangnya sudah terlambat.
Nasi sudah jadi bubur.
Mahu atau tidak, mangsa hanya menangis di bucu katil sambil menyesali apa yang sudah berlaku.
Kalau begitu keadaannya jom baca Koleksi video motivasi diri 2021
Dapat juga tenangkan jiwa dan damaikan minda dengan nasihat motivasi saya tu hehehe
Saran saya, jangan percaya perkara yang sangat mudah dan soo good.
Jika serius nak dapat duit adalah lebih molek sertai affiliate
Itu bukan scammer tapi betul-betul punya.
- kemas kini 19/8/22
Saya pun sering kali dapat whatsapp yang menginformasikan dapat giveaway. Alhamdulillah belum pernah pun terjerat para scammer ini dan mudah-mudahan tidak pernah terjadi sama sekali
mudahan kita semua terlindung daripada scammer
Scammer adalah satu sindiket yang berleluasa masa kini seiring kemajuan teknologi..
Selagi ada mangsa selagi itulah scammer bekerja..
sangat betul.
selalulah berhati-hati dengan perkara yang soo good
Ya jangan percaya dengan tawaran cepat dapat duir
tau tak…
selalu lah berhati-hati
Maknanya scammer pun kena berilmu dan kena hard work juga kan?
itu sudah semestinya uncle.
kerja keras dan ada ilmu boleh berjaya.
walaupun dapat dari sumber tidak baik
scammer makin hari makin ramai. Dan usaha kita banteras mereka yang menipu ini
Geng Borak recently posted…Cara Mohon Dan Semakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
ya tuan..
sama-sama kita create awareness untuk masyarakat luar sana
scammer rumah sewa juga banyak. Taktik bagi sewa rumah murah dan mesti bayar booking. Kesian kat orang yang betul betul desperate nak rumah bayar booking dulu dan sudahnya tertipu..
Dan mostly guna keldai akaun. Taktik yang sama cuma akaun yang berbeza…
mangsa yang mudah dipedaya ialah mereka yang terdesak ..
sebab itu sentiasa ada usul periksa dan jangan mudah terpedaya
semoga kita dilindungi daripada scammer yang mengambil kesempatan ni..
aamiin dan jika berhati-hati in sha Allah tidak akan terpedaya
Scammer dah jadi satu profession dah. Bermacam taktik dorang ni kan. Naya kalau terkena dengan tipu daya dorang. Paling kesian kalau yang terkena tu berpendapatan cukup makan.
betul sangat.
mengapa la mereka tergamak untuk buat demikian
Di Indonesia pun, perkara scammer ini tak habis2 dah. Ada yang lewat giveaway macam di atas, ada yang meretas IG/Hp No./ FB lalu berpura2 pinjam duit seolah2 itu dari teman kita yang sudah diretas media sosialnya.. ada juga dengan menelpon seakan kita menang undian, padahal ntah kapan ikutan 🤣
banyak lagi lah cara2 mereka. Tapi saya ga pernah tertarik memang. Kalo sudah ada embel-embel, transfer dulu baru hadiah dikirim, confirm dah itu penipu
kalau ada perasaan was-was memang dapat elak dari scam.
masalahnya ramai dari kita terlalu bagus dan mudah sangat percaya perkara yang mudah