Pendapatan Youtuber yang lumayan hangat diperkatakan di Malaysia.Ramai yang terbeliak biji mata dan pasang niat untuk menjadi Youtuber berbanding profesion sebagai blogger.
Baru-baru ini saya spend time and energy hampir separuh hari untuk mengkaji bagaimana Youtuber menghasilkan konten untuk Youtube dan cara mereka menjana pendapatan.
Bukan mudah dan bukan juga susah.Pokoknya ada konten yang memberi manfaat kepada follower dan penonton video tersebut.
Syarat minimum ialah akaun Youtube mesti ada 1000 subcriber dan 4 ribu jam tontonan dalam masa setahun selepas dinilai oleh pihak Google.Selepas itu barulah layak mendapat iklan dan mula menjana wang.
Table of Contents
Pendapatan Youtuber
Eh ! Bagaimana pula dengan blogger ?
Adakah mereka boleh menjana pendapatan yang lumayan seperti Youtuber ?
Jika tanya saya, tentulah saya jawap belum masanya.Berdasarkan pengalaman sendiri saya belum lagi memperolehi pendapatan lumayan dari blog.
Alhamdulillah walaupun rezeki berbentuk duit belum lumayan ,saya tetap dapat rezeki hati yang gembira dan lapang dada.
Adakah saya susah hati dan menyesal ?
Yang ini saya boleh jawap dengan yakin.Mestilah tidak.Saya suka menulis dan berkongsi kebaikan untuk para pembaca.Saya gembira melakukan apa yang saya suka.
Pelik tetapi benar.
Ada atau tidak pendapatan lumayan seperti Youtuber saya tetap menulis dan menulis sebagai blogger.Sebab menulis itu satu hiburan selepas seharian penat bekerja.
Pernah rakan sekerja melontar pendapat mereka.
“Rugi la menulis artikel untuk blog yang tidak menghasilkan duit”
Pada mulanya memang ada rasa begitu.Bayangkan begitu banyak masa untuk menulis, mencari idea, menyelidik katakunci SEO dan menyusun fakta untuk digabung jalin menjadi sebuah artikel.
Lama-kelamaan perasaan itu hilang dengan sendirinya.
Kekadang ada rasa ‘cemburu positif’ apabila mendengar cerita Youtuber menjana pendapatan lumayan setiap bulan.Namun hati bisa dipujuk bahawa rezeki masing-masing, buat apa mahu runsing.
Kita tinggalkan kisah begitu.Saya kongsikan tiga ilmu yang sangat bagus ini untuk kita mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Ilmu ini saya perolehi dari Motivator Magnet Rezeki yakni Pak Nasrullah.Sekarang cukup popular di Indonesia.
Kita jaga tiga perkara ini.In shaa Allah rezeki akan lancar dan mencurah-curah tidak kira kita Blogger atau Youtuber.
Tanamkan dalam hati bahawa rezeki, duit dan hidup senang bukan dari Google atau Facebok .Semua ini datang dari Allah SWT.Pekerjaan atau bisnes cumalah asbab rezeki sahaja.
Yang utama dan yang penting adalah perkara berikut:
Pertama : Positive Thinking
Fikir yang baik-baik akan dapat yang baik-baik.Selalu husnuzon kepada Allah.
Misalnya blogger pun boleh menjana pendapatan lumayan setiap bulan.
Gambang ini kalau kita yakin sama Allah.Cumanya amalan wajib jangan tinggal dan amalan sunat perbanyakkan.Mudah-mudahan jadi insan yang bertakwa dan beriman.
Orang bertakwa mudah menjadi rezeki yang tidak disangka-sangka.
In shaa Allah.Aamiin
Kedua : Positive feeling
Berkait rapat dengan emosi.Orang tenang hatinya mudah mendapat rezeki.
Sebab apa ?
Sebab hati yang tenang memancar energi positif yang tinggi.Energi ini akan menarik rezeki berupa wang yang banyak, kekayaan dan kemewahan.Semua ini bersifat energy yang tinggi.
Orang Islam sangat beruntung kerana mudah untuk dapat ketenangan jiwa dan emosi.Syaratnya ingat Allah banyak-banyak dan selalu berzikir.
Buatlah dalam solat atau luar solat.
Ketiga : Positive motivation
Jadikan diri sendiri bermotivasi untuk membuat kebaikan.Cari dan kejar peluang untuk memulia dan membahagiakan orang lain.
Beri motivasi kepada orang lain untuk bahagia dan gembira.
Itu sahaja sudah cukup untuk memberi curahan rezeki kepada pelakunya.
Lagi ramai bahagia maka lagi besarlah rezeki yang kita terima.
Contoh mudah.
Siapa yang mempunyai subscribe paling ramai atau viewer paling tinggi di Youtube berpotensi besar mendapat pendapatan yang lumayan.
Mereka suka.Mereka gembira.Pemilik akuan dapat rezeki yang lumayan.
Penutup
Ya, saya bisa juga menjadi Youtuber walaupn kekal sebagai blogger.Bahkan tidak sukar menggabungkan kedua platform ini semata-mata untuk berkongsi manfaat kepada orang lain.
Blogger rasanya lebih beruntung berbanding Youtuber kerana dalam blog boleh masukkan video dari Youtube.
Apapaun saya tetap pilih menjadi blogger dan mungkin juga menjadi Youtuber setelah yakin dapat berkongsi sesuatu yang lebih menarik buat follower semua.
Jom share ramai-ramai dan boleh juga subcribe chanel Youtube saya di SINI.
Betul tu, sekarang semua blogger beralih arah kepada Youtuber..cuma Saya aje tak pandai bab video-video ni, takat upload aje bolehlah hehehehe
Sis Lin recently posted…PROMOSI ‘EAT ALL YOU CAN’ DI QING PALACE PULAI SPRINGS RESORT KEMBALI LAGI!
boleh belajar sikit-sikit..
saya suka ambil video suatu ketika dulu..
pada masa itu Youtube belum popular ..
YouTube saya tak sampai 200 subscriber pun
usaha lagi sehingga cecah 1K subcriber..
InsyaAllah, done subscribe
terima kasih bro..
saya pun dah balas subcribe…
Saya ada YouTube channel dan ingin jadi YouTuber tapi tak pandai edit video.. Saya sedang belajar untuk edit video. Sementara itu saya menulis di blog..
perlahan-lahan.
jadikan hobi dulu.
jika rasa blogger lebih best…why fokus on blog
Berbagi ilmu dan manfaat bagi orang lain melalui YouTube, saya kira itu memiliki nilai amalan jariyah sampai kapanpun. Amin…
Dwi Wahyudi recently posted…5 Tempat Wisata Bersejarah di Palembang
ya..
memang betul mas.
saya setuju dan suka dengan konsep amal jariah
pasanglah adsense, pasti dapat pulangan dari berblog…tapi dah ada ka owhh? sebab browser chrome kamek sik keluar iklan adsense, pakei browser lain baruk nampak..
sunah sakura recently posted…Uniknya Rasa Klasik Itali di Tosca, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru!
sejujurnya kmk suka blog yang sik ada pasang iklan..
lebih ikhlas jak rupanya.
cuma kadang-kadanng nak test juak berapa nak income mun pasang adsense tok..
tok masuk hari keduanya dan result…amazing juak hehehe
alhamdulillah
good…alhamdulillah, blog yang banyak info kedak tok insya’Allah Google bermurah hati berik upah…hihi
sunah sakura recently posted…Suku-suku Separuh, Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019 Berjalan Lancar di Johor
yelah tu..
adalah sikit pake mengubat hati yang kepingin dapat side income
dah ramai you tuber yg jadi jutawan.. mcm dah jadi trend skrg ni kan..
rezeki masing2.. klu nak beralih arah pun kena fikir & kaji baik2..hehe..
blogger ni dpt menulis dan memberi input pada semua, sama jg you tuber.. terpulang pada niat masing2.. moga semuanya memberi manfaat pada semua…:)
atieyusof recently posted…Kursus di Hotel Ibis Styles, Kota Kinabalu Part 1
buatlah sesuatu dengan passion..
kerana dengan passion boleh cipta kejayaan yang berterusan