Kenapa kita Selalu Teringatkan Seseorang

Kenapa kita Selalu Teringatkan Seseorang

Sejak akhir-akhir ini saya selalu cuba mencari jawapan kenapa kita selalu teringatkan sesorang.Banyak teori yang bermain dalam minda.Kadang-kadang logik.Ada ketikanya  tak masuk akal.

Untuk mencari jawapan, saya tanya Uncle Google.Orang zaman sekarang kalau tak tanya Uncle Google tak sah.Amalan untuk bertanya dengan orang yang lebih arif  atau alim ilmunya sudah semakin kurang.Dah ke laut bak kata orang sekarang.

Ternyata jawapan yang saya cari tidak setepat dengan apa yang saya nak.Nampaknya bukan mudah untuk mencari sebab jika kita memikirkan seseorang apakah orang itu memikirkan kita juga.Mungkin misteri yang belum terbongkar.

Apa yang saya temui adalah seperti berikut:

Pengaruh minda bawah sedar

Sejak azali lagi manusia sudah dibekalkan minda.Terdapat dua bahagian minda yang utama iaitu minda sedar dan minda separuh sedar.

Minda separuh sedar sangat berkuasa.Pengaruhnya dalam kehidupan begitu kuat dan padu.Sikap,akhlak dan ciri-ciri peribadi banyak terakam bawah minda separuh sedar seseorang.

Apa kaitannya minda bawah sedar dengan memikirkan seseorang terus menerus?

Ya.Memang ada.Minda kita dengan minda orang lain boleh berhubung.Konsep ini dinamakan  telepati.Maafkan saya kerana banyak menggunakan istilah yang pelik dan jarang.

Apabila kita teringatkan sesorang maka seorang itu boleh juga mengingatkan kita.Hubungan minda begini lebih hebat dan jelas sekiranya ada pertalian keluarga seperti suami-isteri,ibubapa dan anak mereka.

Pernah suatu ketika dahulu anak sulung saya masuk asrama.Awal-awal isteri pertama saya pesan, jangan dikenangkan sangat kerana risau anak saya akan alami homesick.

Saya akur walaupun dalam diam hati dan perasaan saya terlalu berat untuk berpisah dengan anak bujang saya tu.Sebab soal emosi sukar untuk dibohongi.

Kita teruskan untuk sebab yang kedua pula.

Kesan emosi yang kuat dengan seseorang

Saya pasti ramai yang mengalaminya terutama anak muda yang tengah bercinta.Orang tua pun tak terkecuali selagi ada emosi dan perasaan kasih sayang.Disarankan orang tua (saya pun dah tua) salurkan ia pada tempat yang sepatutnya.

Fikirkan sejenak…

Dunia hari ini  sangat dahsyat kerana banyak saluran untuk berhubung dengan sesorang.Kita boleh berhubung dengan panggilan telefon,Whatsapp,Facebook,Wechat dan Instagram.

Melalui hubungan begini akan hasilnya ikatan emosi yang kuat.Jauh dimata dan dekat dihati.Lanjutan dari hubungan tersebut akan menyebabkan kita asyik teringat dia atau dia akan teringat kita ataupun saling mengingat.

Hubungan bukan muhrim agak bahaya  kerana mengundang elemen maksiat hati,fikiran dan mata.Lebih dahsyat lagi kalau termasuk dalam zina fikiran.

Sekadar pendapat..

Saranan saya jika dah cukup duit dan bersedia langsungkan sahaja ikatan pernikahan yang sah.Tak perlu tunggu lama-lama kerana ada pihak ketiga sedang menunggu untuk menjerumuskan kita ke lembah yang hina.Minta dijauhkan.

Apa yang perlu kita buat jika asyik teringat dengan dia.Saya akan buat dua perkara dibawah.

Doakan kesejahteraan

Ketika mana kita merindukan seseorang yang jauh alangkah eloknya kalau kita titipkan doa.Apa-apa doa yang baik dan manfaat untuknya.Ada juga faedah.

Dia akan dapat kebaikan dan kita pula dapat pahala kerana doa adalah satu ibadah yang mudah.Malah dalam Islam sudah termaktub,berbuat kebaikan biar sekecil zarah sekali pun pasti ada balasan dari Allah SWT.

Jangan pula lupa untuk sedekahkan sesuatu yang berlebih berharga dari wang ringgit dan harta benda iaitu bacaan Al Quran yakni Al Fatihah.

Setuju tak?

Sedekahkan Al Fatihah

Al Fatihah adalah ummul kitab.Jangan ingat sedekah Al Fatihah untuk orang yang sudah meninggal sahaja.Orang yang masih hidup pun boleh.

Orang membaca dapat pahala dan orang yang disedekahkan Al Fatihah pun dapat keajaiban dan rahmat.

In shaa Allah.

Daripada kita asyik teringatkan dia alangkah moleknya sedekah al Fatihah.Biar mujikzat  Al Fatihah itu sendiri meresap dalam kita dan jiwa dia.

Pasangan yang tengah bercinta akan dipermudahkan jodoh mereka.Tidak mustahil juga si isteri boleh merestui suami mereka untuk kahwin satu lagi.

Yang itu saya gurau je.Jangan la ambik hati.

Adakah lagi tak?

Sejujurnya saya belum lagi berpuas hati.

Saya bermonolog dan terus menulis untuk membongkar kenapa kita selalu teringat dengan seseorang.

Untuk mendapat jawapan secara peribadi saya terpaksa membayangkan diri saya suka dan ada hati dengan sesorang,

Kerana perasaan suka dan sayang.

Sejujurnya bukan mudah tetapi saya cuba bagaimana rasanya jatuh cinta lagi.

Eh..eh..ada orang kecam saya tak?

Saya bayangkan saya suka dengan seorang gadis cantik.Putih dan cerah kulit.Senyuman memikat.Tutur kata sopan santun dan paling penting sekali sangat mementingkan solat.

Ketika pertama kali berjumpa dengannya, saya sudah merasakan bahawa kami ada keserasian.

Masa terus berlaku.Kami cuma berhubung melalui alam maya.Terlalu sukar untuk berjumpa di alam nyata.

Akibatnya saya asyik terkenang-kenangkan dia.

Alhamdullillah saya dah dapat satu jawapan.Saya selalu memikirkannya kerana saya suka kepadanya.

Saya mahu dia selalu disamping saya.Kalau boleh sentiasa berada didepan mata dan hati.

Saya tidak mahu jauh di mata dan jauh di hati.

Sekarang dah jelas salah satu sebab kita teringat dengan seseorang kerana perasan suka dan sayang.Kita berhenti dahulu.

Ada idea kita sambung lagi.Jika dah tiada idea kita tutupkan sahaja cerita ini.

Penutupnya

Sejujurnya saya belum lagi dapat jawapan yang tepat.Saya berharap pembaca tidak kecewa.Apa yang boleh saya simpulkan ialah kita boleh teringatkan orang tetapi orang belum tentu ingatkan kita.

Jika begitu kejadiannya lebih baik ingatkan Allah SWT.Itu yang terbaik dan tuntutan dalam hidup ini.

Sekian.

Salam hormat

mrhanafi

p/s: Akhir kata terima kasih tak terhingga buat pembaca semua dan jangan lupa pilih satu atau semua dibawah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

 

(Visited 600 times, 9 visits today)

50 thoughts on “Kenapa kita Selalu Teringatkan Seseorang”

    1. memang betul..

      saya dengan arwah kawan ..

      sehingga sekarang masih teringat.

      saya ingat arwah dan sedekah al fatihah..

      saya juga sedekahkan al fatihah buat arwah ayahanda Naimah

  1. Bait-bait lagu mat kacak nie…

    Bila terasa rindu..
    Kusebut namamu…
    Dengan harapan…
    Kaukan muncul dalam tidur…

    Bila terasa rindu kubayang wajahmu..
    Dalam angan dan baru daku terasa bagai disembuh…

    P/S: Lirik bro jauh lagi ngancam dari lirik diatas…mat dafi nie live kelaut…tapi saya yakin mrhanafi live stage citer pasal blogging confirm cair punya lah!

  2. Bila dah baca story ni tiba2 teringat kat ibu abah kat semenanjung… Huhu… Jauhnya dorang… Tu la dulu taknak duduk bawah ketiak parents… Sekarang dah kawin kene duduk jauh… Huhu…

  3. GV suka topik ini. Rindu suatu nikmat tapi kadang juga satu penyeksaan. huhu. GV baru tahu kita boleh sedekat al-fatihah pada org hidup. good info Mr Hanafi. hihi. Dan GV juga tak sabar nak baca kalu ada topik berkaitan telepati.

    1. memang boleh bro..

      boleh tanya ustaz untuk pengesahan.

      ilmu telepati saya perlu amalkan dulu dan dah ada kesan boleh saya kongsikan..

      saya risau kalau ada yang salah guna dan saya terpalit dengan dosa hehehe

  4. SA kan hilang kazen yang rapat last year…sampai sekarang memang teringat..mmg rasa macam dia sentiasa ada je..kalau tgok gambar kat PC mmg banyak gambar dia..itu la satu2 nya adik sepupu yg rapat sgt ngan SA dan adik badik lain…sob..sob..Alfatihah

  5. Betul. Minda separa sedar kita memang hebat. Sekiranya kita mempraktikan keupaayaan minda kita, kita mampu melakukan apa saja..

    Dan biasanya minda kita dipengaruhi oleh perasaan-perasaan yang tercipta. Terutamanya perasaan negatif dan sentimental membuatkan kita lebih mengingati sesuatu ataupun seseorang.

    Semoga Tuan Hanafi bertemu dengan gadis pilihan hati
    Dedaun Comel recently posted…3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap PerkaraMy Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge