Pagi-pagi saya duduk di kedai kopi sambil layan lagu rock lama.Sempat pesan mee jawa dan kopi Al Jannah untuk sarapan pagi.Cuma tak sempat nak ambik gambar gara-gara rakus menuruti nafsu.
Memang layan juga biarpun bersarapan tanpa teman.Hidup orang single sangat ringkas namun bukan yang terbaik dan sempurna dalam kehidupan ini.
Kebetulan suasana pagi yang tenteram dan aman damai.Sesekali terdengar suara dua orang awek berbual sesama sendiri.Mereka juga pelanggan.Sekilas pandang saya perhatikan mereka adalah penguatkuasa jabatan kerajaan.Cantik dan kemas dengan pakaian seragam.
Saya tidak pedulikan mereka kerana saya sedar saya lelaki kurang hensem buat dua awek yang begitu cantik.Lagipun bukan keperluan untuk saya mengenali mereka dengan lebih mesra.Kalau saya ada jual tudung lain cerita la.
Saya tinggalkan kisah mereka.
Lagu rock lama yang dimainkan di kedai tersebut mengusik jiwa.Teringat kisah lama.Kisah zaman muda.Zaman saya masih hensem dan bergaya.Masih nakal tetapi kekal dengan batasan akhlak dan agama.
Sekarang zaman dihantui media sosial.Perubahan gaya hidup dan cara sosial amat drastik sekali.Semua orang termasuk saya la…main gajet.Tua atau muda.Lelaki atau wanita.Duda atau janda.Bujang atau dara.Orang bekerja atau berniaga.Sila sambung sendiri la..
Gajet bermaharajarela.Keperluan kepada gajet memenuhi segenap ruang lingkup kehidupan manusia.Gajet ini menjadi pintu untuk bersosial di media sosial.Tak kira sama ada di Facebook, Whatsapp, Instagram dan sebagainya.
Kalau dulu lain sangat suasananya.Layan lagu rock lama melalui corong radio atau pemain kaset merupakan pengalaman yang penuh sentimental value.Bersembang dengan kawan dan lepak di hujung jalan, tepi rumah atau tepi jendela.Semua itu tinggal kenangan.
Kalau adapun sekarang ini tentunya tidak semeriah dulu-dulu.Lainlah untuk insan yang tengah bercinta.Mabuk asmara diulit intan siang dan malam.Lagi ngam dan cun kalau layan lagu rock lama.
Jangan hairan lagu rock lama masih popular waima untuk generasi baru atau lama.Dengan melodi yang mendayu-dayu disertai lirik yang penuh bermakna menusuk kalbu.Malah lantunan suara orang miskin seperti saya boleh juga menyentap jiwa pendengar bila berkaraoke.
Itupun kalau…. kerana saya bukan kaki karaoke..hehehe
Baiklah kita layan sahaja lagu rock lama dalam Youtube di bawah :
[Edisi kemaskini 24/11/2019]
Jauh pusing nak cerita dengar lagu rock kapak 😁. Btw, perkataan single kenapa nak merah?
hahahaha…ada backlink kat situ..
amboih … pagi2 layan blues ya
sya masih lagi layan lagu rock2 lama tahun 80an,90, n awal 2000…
layan radio sinar.fm mmg best sampaikan si aiyan yg baru 8 tahun tu pun blh nyanyi lagu2 lama tuh hahhaha….
hahahaha..
lagu lama memang best..
lagu baru belum tentu bertahan dalam jiwa pendengar seperti lagu lama
Lagu2 rock zaman ni mmg ada sengat.. feeling klu mendengarnya tak boleh lawan lagu2 zaman sekarang.
Khir Khalid recently posted…Motivasi Pendidik Mendepani Cabaran Era Globalisasi
kalau tuan bagi komen..saya respect la
memang minat muzik otai hahaha
antara lagu lamak pebret kmk.. di alam fana cinta, hentian ini, bunga angkasa.. hahah layan ooo mun karoke xD
hebat juak kitak paduhal..
mesti sora kitak best nak..
hahahaha
ada sekali tu, tiba2 dtg mood nk dgr lagu2 rock lama…. jam tu jg sempat search kt YT wpun tgh drive hahahahah
anies recently posted…Terima kasih daun keladi blogger Shahida Dzulkifli!
memang lagu lama terbaik…
evergreen sampai bila-bila