Pilih antara dua atau pilih kedua-duanya

Cerita petang tadi.

Saya habis kerja pukul 3 petang.

Hujan rintis-rintis. Hujan gerimis membasahi bumi.

Cuaca cukup sejuk. Ditambah lagi bilik pejabat ada penghawa dingin.

Memang layan seperti berada di negara empat musim.

Mata mengantuk. Semangat menghilang. Nasib baik jiwa masih kental untuk berjuang menawan perasaan sendiri.

Pada masa itulah saya dalam dilema.

Apa patut saya buat sebaik sahaja habis kerja ?

Tarik selimut dan tidur nyenyak atau angkat besi dan senaman workout

Jika saya pilih pertama, nikmat juga. Sedap tidur musim hujan begini.

Jika saya pilih kedua ada faedahnya. Berpeluh dan badan lebih cergas.

Apa kata saya pilih keduanya.

WAJIB BACA :   Cara Menyelesaikan Hutang Keliling Pinggang

Tidur dulu dan kemudian angkat besi.

Sayangnya pilihan kedua-duanya bukan yang terbaik pada masa tersebut.

Dengan rela hati saya pilih pilihan kedua.

Cerita tamat di situ.

Dalam kehidupan seharian, kita akan dihadapkan dengan pilihan. Pilih antara dua atau pilih keduanya.

Tersilap pilih akan rasa menyesal.

Pilihan yang tepat akan membawa keuntungan.

Sebab itu sebelum membuat pilihan yang sukar atau samar-samar adalah lebih elok berfikir secara kritis.

Kaji sisi baik dan buruk. Yang baik akan membawa kesan positif dan manakala yang buruk memberi implikasi negatif.

Di sinilah timbang tara main peranan utama. Keupayaan untuk berfikir secara drastik dan matang akan dipengaruhi oleh isi hati masing-masing.

WAJIB BACA :   Pengalaman Pertama Mencuba Whey Protein Jenama Vital Whey

Hati yang baik akan berfikir cara baik.

Sama dengan kes sepasang kekasih yang terjun sungai Sarawak hari ini berdekatan Kubah Ria.

Dikhabarkan teman wanita bergeser pendapat. Lantas terjun sungai.

Teman lelaki pula terpaksa terjun juga untuk menyelamatkan teman wanita.

Tetapi sayang teman lelaki terus tidak dapat ditemui manakala teman wanitanya sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berdekatan.

Cerita begini tidak boleh ditokok tambah sesuka hati.

Cuma mesej yang ingin kita teladani ialah jangan ambil keputusan mudah dan melulu.

Bincang elok-elok.Fikir baik-baik.

Percayalah tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian.

Hanya hati yang tenang dan lapang boleh memberi daya fikir yang jauh lebih baik.

WAJIB BACA :   Bermain Dengan Driver Bukan Disengnajakan Untuk Suka-suka

Ingat pilihan terletak pada tangan sendiri atau sendiri mahu ingat pilihan itu bukan untuk diri sendiri semata-mata.

Semoga ada manfaatnya.

2 thoughts on “Pilih antara dua atau pilih kedua-duanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge