Ada apa dengan Google helpful content update ?

Ini perkembangan terbaharu Google. Ia berkaitan kemas kini konten yang berguna untuk pembaca atau Google helpful content update

Jujurnya bukan perkara baru.

Konten adalah raja.

Bukan setakat ‘cash is king’.

Nak dapat cash boleh jer —– > buat netcommerce

Sebagai pengguna dan pencari maklumat, memang benar kita mahu sesuatu yang bermanfaat dan bernilai.

Inilah dasar dan asas Google untuk meletakkan artikel supaya berada di halaman utama mereka.

Kata jiran mrhanafi.

“First page ranking is outstanding”

Google mahu para pencipta konten menghasilkan karya yang memfokus kepada pembaca.

Google helpful content update

Google helpful content update

Ingat – pencipta konten nama baharu kepada blogger.

WAJIB BACA :   Pendapatan Youtuber Malaysia lumayan berbanding Blogger

Biar pembaca rasa suka dan berbaloi membaca blog kalian.

Menulis perlu ikhlas, jujur dan ada kesan emosi.

Google tidak mahu konten yang berpaksi kepada SEO ( search engine optimization) semata-mata.

Setting teknikal konten bagus tapi nilai informasi yang lemah akan mengecewakan pembaca.

Itu “Common sense” la kan…

Siapa yang mahu membaca konten yang tidak ada kualiti dan tiada maklumat yang diingini.

Buang masa namanya.

Google juga mahu konten yang asli.

Bukan dari kegiatan plagiat dan teknik ‘copy and paste’.

Jika ditemui, maka konten ini tidak akan naik pada halaman yang tercantik mereka.

Mungkin tercorot.

Malah lebih teruk langsung tidak terindex.

Bahasa mudah faham.

WAJIB BACA :   Kerja Sambilan Di Rumah

Hilang dari radar.

Tak faham lagi.

Konten tersebut akan wujud dalam blog tetapi tiada di Google.

Pelik tapi benar.

Hairan bin ajaib.

Sebenarnya tidak.

Itulah cara dan permainan Google agar konten yang berada halaman utama mereka memang relevan, berguna dan bermanfaat melebihi para pesaing.

Kesimpulan

Wahai pencipta konten yang hebat dan kreatif sekalian.

Mari kita hasilkan konten yang dimahukan pembaca dan bukan dimahukan oleh SEO sahaja.

Untuk menghasilkan konten begini perlukan rujukan, penyelidikan dan penulisan yang bagus.

Yang pasti masa yang panjang diperlukan.

Yang benar usaha gigih jadi sandaran.

Insha Allah, kalian akan jadi pencipta konten yang disukai dan dicari ramai.

WAJIB BACA :   Cerita Sebalik Kejayaan Dalam Cabaran Komen 2018 Anjuran Denaihati

Bawah ini buktinya apa yang mrhanafi heboh tadi.

Comments 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge