Inilah cara makan buah kurma yang betul

Cara makan buah kurma yang betul akan memberi lebih khasiat dan sudah semestinya lebih berkat. Tentu ramai yang setuju dengan kenyataan tersebut.

Ramadan sudah kembali dan ia juga sinonim dengan buah kurma. Sebab itu buah kurma jadi juadah pembuka puasa yang paling popular di seluruh dunia.

Tidak keterlaluan dikatakan berbuka puasa tanpa kurma ibarat lagu tanpa irama.

Dalam bulan Ramadan, buah ini lebih mudah ditemui di pasaran. Hakikatnya buah kurma boleh didapati sepanjang waktu.

Jujurnya, saya pengemar buah kurma. Selain rasa yang sedap, saya suka buah kurma kerana mempunyai nilai kesihatan yang besar kepada manusia.

Jangan lupa halia hitam juga ada khasiat tersendiri dan amat  wajar dijadikan suplimen harian.

WAJIB BACA :   Seminar Penulisan Melangkaui Kebiasaan bersama Shahren Yusri

Tapi sebelum itu, elok juga belajar cara makan buah kurma yang betul. Dulu-dulu saya  tidak kisah, Yang saya tahu makan dengan memasukkan dalam mulut sebagaimana makanan yang lainya.

Cara makan buah kurma yang betul

kurma

Saya kongsikan tiga cara yang saya rasa mudah, praktikal dan boleh diamalkan sampai bila-bila.

Pertama sekali, basuh kurma sebelum dimakan. Tak kisah kurma murah atau kurma premium.

Ada yang kata basuh dengan air garam. Nak lebih mudah, basuh dengan air suam pun boleh. Setidak-tidaknya basuh dengan air bersih.

air bersih

Dikatakan terdapat pasir pada permukaan kulit buah kurma

Pernah dulu ketika makan buah kurma yang gred rendah, memang terasa kesat ketika mengunyah.

WAJIB BACA :   Isteri diuji apabila suami tiada apa-apa

Lagipun selepas dibasuh, rasa buah kurma tidak terjejas.

Cara yang kedua ini berdasarkan sunnah .

Wajar makan kurma dengan angka yang ganjil.

Satu biji atau tiga biji ataupun lima biji dan seterusnya ketika menikmati kurma ini.

Cara yang ketiga untuk makan kurma ketika perut betul-betul lapar.

Amat bertepatan sekali kalau makan kurma untuk berbuka puasa.

Kurma ada Fruktosa yang merupakan sejenis gula semula jadi pada buah.

Gula ini segera memberi tenaga kepada tubuh badan yang seharian berpuasa atau dalam kelaparan.

Penutup

Demikianlah cara makan buah kurma yang betul.

Semoga ianya bermanfaat dan jika pembaca ada tambahan pendapat lain, jomlah kongsikan dalam ruangan komen.

WAJIB BACA :   Mengapa Sugar Daddy pilihan Sugar Baby ?

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge