Penagih najis dadah diumpamakan bangkai bernyawa.Cukup bahaya kepada diri sendiri,keluarga dan orang lain.Mudarat kepada orang lain sehingga rasa perikemanusiaan itu lenyap sama sekali.
Kisah ini sangat terkesan dalam hati saya.Pada mulanya saya terjumpa dalam Group Whatsapp.Saya cuma share kepada group keluarga.
Semoga penulis asal kisah ini mendapat pahala dan begitu juga kepada sesiapa sahaja yang berkongsikan kisah tersebut.
Jom baca kisah sebak seorang penagih najis dadah yang saya sedut dari group Whatsapp.
Saya tahu Whatsapp sahaja.Sebab Wechat saya tak install lagi.
Inilah kisahnya.
Seperti diceritakan oleh seorang doktor.
Beberapa tahun lalu ada seorang pelajar cemerlang, SPM dapat 10A, dapat jurusan perubatan sebelum “sesuatu” berlaku yang akhirnya membawa dia ke tali gantung..
Allahuakbar.
Semoga jadi pedoman untuk kita semua.
Penagih Najis Dadah Pembunuh
Kisah ini tentang seorang remaja yang tersalah memilih jalan dalam kehidupan, walaupun pernah mendapat 10A dalam SPM.
Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian lapan tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua-dua belah tangannya.
Kira-kira tidak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.
Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya.
Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh 3 orang penghuni rumah iaitu isteri, anak berusia 3 tahun dan orang gaji.
Padah Penagih Najis Dadah
Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya.
Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.
Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tidak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya.
Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya. Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi.
Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.
KISAH HIDUP SUSPEK YANG SANGAT TRAGIS
Bila masuk ke ward, social history lebih terperinci didapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM.
Malah ditawarkan jurusan perubatan.
Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya.
Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.
Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya.
Ada no telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian dengannya.
Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.
Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah.
Begitulah dadah memusnahkan segalanya.
BAHAYA NAJIS DADAH
Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam 2 hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah.
Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.
Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar dan personel) dari kes rogol, sumbang mahram, sodomy malah dadah terhasil dari broken family.
Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang.
Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.
Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat.
Siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia.
Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.
SUSPEK TU TAK SIAPA DUDUK DEKAT SEHINGGA…
Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya.
Saya masih ingat soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari ‘high’, baru sedar dia membunuh tiga nyawa.
“Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”
“Sebab kamu manusia, manusia buat silap. Kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”
Ketika itu saya sebak.
Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah & masalah keluarga. ..
Kesimpulan
Ibu bapa acuan akhlak anak-anak. Jika baik acuannya, maka baiklah hasilnya. Begitu jugalah sebaliknya.
Mungkin ada yang setuju dengan kenyataan di atas dan ada juga yang tidak bersetuju.
Saya berharap kita ambil iktibar.Pesan saya kepada diri sendiri.
Jadilahkan saya seorang ketua keluarga yang boleh menjaga ahli keluarga yang penuh kasih sayang.
Aamiin.
Sekian sahaja dan jangan lupa ya untuk follow blog ini.
-mrhanafi-
Semoga keluarga kita dilindungi dari segala perkara buruk…aamiin.
itulah yang kita harapkan dalam hidup ini..
in shaa Allah
Mereka ini perlu bimbingan berterusan dan pada masa mereka mudah untuk kembali menagih kerana ada pihak berjaya menghidu mereka.
akubiomed recently posted…Neffos X1 Max skrin full HD dan gambar pun cantik
kalau dapat dicegah lagi baik..
kalau nak ubati ketagihan memang mencabar la.
tulah keluarga perlu main peranan yang sangat penting.
tulah..
mudah mudahan kita terpelihara dari sebarang musibah
sangat kasihan.
sekali terkena buruk padahnya.
memang wajar dadah dicop sebagai najis
dadah menurut istilah sains ialah drug.
dadah adalah bahan kimia yang semulajadi dan ada juga sintetik..
jika disalah guna jadi najis dadah walaupun dadah untuk tujuan perubatan
sy x dan lg nk hubungi tuan blog
anies call ke sms..
dulu kes dadah nie,zaman-zaman kita
hanya melibatkan HIV je…
sekarang dah melibatkan kes
membunuh….(astahgfirullah)
adik2 bahaya tau dadah tu,
jauhilah dadah utk kebahagian
bersama….
ya…
dadah ini telah melumpuhkan deria rasa seorang manusia
mirip kisah jiran sy. skrg dah arwah. teringat beapa terseksa arwah mak ayah dia ulang alik dr kampung ke tampin semata2 krn anak dia…
tulah..
bahaya najis dadah nie.
orang lain akan terbabit sama.
Majid dadahlah Yang meeosakkan anak muda Dan meeosakkan sistem masyarakat Malaysia. Geram betul la
tulah..
penyalahgunaan dadah..
memang buruk akibatnya.
teringat pengorbanan arwah azean erdawaty nak selamatkan anaknya dari hukuman gantung. Tapi anaknya buat lagi…sia-sia pengorbanan seorang ibu
mungkin begitulah takdirnya..
kita hanya mampu berasa kasihan sahaja.
Semoga dijauhkan anak anak ku dari najis dadah
aamiin ..
mudah mudahan Allah lindung kita semua.
Allah sangat terkesan di hati saya. Sedih sangat bila baca kisah ni. Paling sedih part dia sendiri tidak sedar. 3 nyawa dah terkorban. Allahhu Akbar. Moga si penagih dadah tu tergolong dalam kalangan hambaNya yang bertaubat. Aamiiin.
tulah..
Gara-gara najis dadah..
nyawa orang lain terkorban.