Loan kereta vs loan rumah: Mana satu perlu dulu ?

Dilema yang bisa menghantui minda ramai orang ialah loan kereta vs loan rumah, yang mana perlu didahulukan. Mari kita bincangkan dalam artikel ini.

Keperluan asasi kita terbahagi kepada empat bahagian.

Makanan, pakaian, tempat tinggal dan pengangkutan.

Jika dilihat pada keperluan asasi tersebut sudah tentu rumah dan kereta.

Hanya segelintir di kalangan kita mampu membeli secara tunai.

Namun majoriti terpaksa pula berhutang atau buat loan dengan bank untuk beli rumah dan kereta.

Tempoh loan untuk kereta rata-ratanya dalam 9 tahun manakala rumah boleh mencecah hingga 30 tahun.

Loan kereta vs loan rumah

Lupakan dulu persepsi dan realiti bahawa tanpa berhutang kita akan hidup tanpa harta.

Ingat, buat hutang merupakan tindakan yang wajib difikir semasak-masaknya.

WAJIB BACA :   Pengalaman Pertama Mencuba Whey Protein Jenama Vital Whey

Komitmen ini jangka panjang.

Ia melibatkan kesan kepada tahap hidup baik di dunia mahupun di akhirat.

Silap jangkaan atau berhutang luar kemampuan akan memudaratkan kehidupan.

Berbalik saya kepada topik loan kereta vs loan rumah.

Loan kereta vs loan rumah

Yang mana patut didahulukan.

Yang mana wajar dikemudiankan.

Loan kereta vs loan rumah

Tiada jawapan yang tetap.

Boleh berubah-ubah dan bersifat subjektif mengikut keadaan kewangan seseorang.

Mari kita lihat kepada senario seseorang individu lepasan universiti dan baharu dapat pekerjaan pertama dengan tangga gaji RM2500.

Dengan pendapatan RM2500 ketika ini sebenarnya tidak besar terutama mereka yang tinggal di bandar utama.

Kalau loan kereta dengan installment bulanan RM500 maka baki sekitar RM2000.

Ini belum termasuk minyak, servis dan sebagainya.

WAJIB BACA :   Mencari Erti Bahagia Dalam Kehidupan Manusia

Apabila ditambah belanja dapur, komitmen PTPTN, telco dan duit elaun untuk ibu bapa, berapa sahaja yang tinggal.

Kalaulah situasi ini berlaku, tentu sukar membeli rumah yang kebanyakkan berharga RM200k seunit.

Installment bulanan dalam RM900.

Bagaimana kalau buat loan rumah dulu dengan pendapatan bersih RM2500 sebulan.

Katakan installment rumah sebulan RM1000 maka wang berbaki salam RM1500.

Wang ini ada pecahan lagi termasuk belanja makan, telco, hutang PTPTN, pengangkutan, elaun ibu bapa dan simpanan.

Berapakah baki yang tinggal ?

Jika baki cukup-cukup makan maka tahap kehidupan berada pada peringkat ‘struggle’.

Oleh sebab itu ramai kalangan anak muda mula mencari pendapatan kedua melalui bisnes sampingan.

Tidak kurang juga menjadi content creator untuk menjana pendapatan tambahan.

WAJIB BACA :   Cinta Hati Ini Hanya Untuk Dia Yang Jauh Dimata

Kesimpulan

Jika melihat kepada perbandingan senario di atas, ternyata buat loan kereta vs loan rumah bukan tindakan bijak.

Tetapi tiada pilihan juga kerana rumah dan kereta adalah keperluan terutama kepada mereka yang berasal dari keluarga yang kurang berada.

Kalau ada ibu bapa yang sudah menyediakan kereta dan rumah siap-siap kepada anak-anak mereka maka satu bonus besar.

Bak kata orang Sarawak,

“nyaman palak”.

Langkah terbaik buat loan sama ada kereta atau rumah berdasarkan Formula 50:30:20.

Artikel berkaitan ada saya tulis dalam artikel ini.

Formula bajet 50:30:20

Paling tidak pun menggunakan pepatah lama. ukur baju di badan sendiri.

Semoga ada manfaatnya.

24 thoughts on “Loan kereta vs loan rumah: Mana satu perlu dulu ?”

  1. Kalau duduk di bandar, tak perlu beli kereta, boleh naik public transport. Tapi kalau dah berumahtangga, pakat² la, suami ambil loan rumah, isteri ambil loan kereta. Takde rasa terbeban sangat.
    Nur recently posted…Biskut bunga gajusMy Profile

    Reply
  2. Dalam kes ibu, loan rumah adalah loan ibu sebab guna loan kerja Kerajaan. Manakala ayah pula buat loan kereta 9 tahun, ayah kerja Swasta. Alhamdulillah! Dah habis bayar pun. 😉 Tak ada istilah ini rumah saya itu kereta awak sebab kami sama2 atur sebaik2nya. Susah senang kita sama2. 😉
    Salina@IbuAqil recently posted…Shoping Raya Biasa-Biasa SajaMy Profile

    Reply
  3. nampaknya generasi mudah lps dpt keje kumpul duit utk kawen dulu. nnt loan rumah share laa dgn isteri. boleh ke gitu?😀

    Reply
  4. setuju , ini sebenernya tergantung kondisi masing2 orang, mana yg lebih dulu diutamakan. yg terpenting hrs liat keuangan juga. jangan dipaksa kalo tak mampu. yg tinggal di kota besar, biasanya transport umum nya sudah bagus, jadi drpd beli kereta/mobil, bisa pilih naik transport umum.

    saya sendiri mendahulukan beli mobil, karena dari awal nikah orang tua suami sudah membelikan rumah buat kado pernikahan 😁. jadi memang kami tak perlu lagi pikir soal itu. tapi mobil wajib ada. makanya itu yg pertama kami beli. untungnya lagi, karena kerja di bank, semua staff dapat benefit car loan, dengan interest yg sangat kecil. jadi pastilah kami ambil. housing loan pun ada, tapi kami tak merasa butuh walopun interestnya juga kecil.

    Reply
    • wah…baharu saya tahu ada kelebihan begitu kalau kerja dengan bank..

      Kereta jadi keperluan dan rumah juga sama.

      Kalau rumah sudah ada, ia merupakan satu bonus yang terbaik kepada sebuah keluarga

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge