Selesai tunai zakat fitrah 2023

Zakat fitrah 2023 di Sarawak ialah RM7. Alhamdulillah saya sudah selesai melunasi zakat tersebut pada Hari Jumaat yang berkat. Ini cerita disebaliknya.

Saya sudah merancang untuk membayar zakat di Masjid Kampung Sindang, Kota Samarahan pada pukul 11 pagi.

Kebetulan pada pagi tersebut; kaunter amil zakat tidak dibuka.

Saya mengalah dan menunda untuk membayarnya selepas solat fardu Jumaat di Masjid Desa Ilmu.

Namun habis sahaja solat fardu Jumaat, kaunter amil pemungut zakat di situ masih belum dibuka.

Kaunter ini dibuka hanya lepas solat Asar.

Dengan rasa dan nada sedikit kecewa, saya kembali ke rumah.

Tepat jam 3.00 petang, saya mencuba lagi untuk membayar zakat fitrah 2023 di tempat lain.

WAJIB BACA :   Aktiviti Blog Bulanan Wajib Kena Buat

Destinasi kali ini ke pejabat Tabung Baitulmal Sarawak, cawangan Kota Samarahan.

Zakat fitrah 2023

zakat fitrah 2023

Alhamdulillah kali ini misi berjaya.

Kaunter dibuka dan saya selesai membayar zakat fitrah 2023 untuk 5 orang.

Ada cerita lucu berlaku..

Ketika membaca lafaz ikrar zakat, saya tersasul sebut.

Sepatutnya saya sebut bayar RM35 sebagai lafaznya tetapi saya sebut RM15.

Pada ketika itu tengah menyimpan baki dari wang RM50.

Kejadian tersebut menyebabkan amil dan dua orang anggota RELA yang bertugas di kaunter tersenyum dan tergelak.

Saya terpaksa mengulangi kali kedua.

Alhamdulillah selesai juga akhirnya proses pembayaran zakat pada petang tersebut.

Dalam masa yang sama, saya bersyukur kerana pihak Tabung Baitulmal Sarawak ada memberi cenderahati berupa dua pakej kecil buah kurma Safawi.

WAJIB BACA :   3 Risiko Jika Bercinta Dengan Suami Orang

Kebiasaannya cenderahati begini akan diberi pada awal Ramadan sahaja untuk pembayar zakat fitrah 2023  dengan syarat selagi tstok masih ada.

zakat fitrah 2023

Kesimpulan

Membayar zakat fitrah adalah sunat pada awal Ramadan dan menjadi wajib pada akhir Ramadan serta menjadi makruh selepas solat sunat Aidilfitri.

Sebab itu jangan berlengah selagi ada masa dan ada kemampuan berbuat demikian.

26 thoughts on “Selesai tunai zakat fitrah 2023”

  1. selain ibadah puasa, membayar zakat fitrah juga menjadi ibadah wajib yang dilaksanakan di bulan ramadan.

    alhamdulillah masih bisa melaksanakan pembayaran zakat fitrah di bulan ramadan

    Reply
  2. saya belum lagi, Minggu depan mau dibayarkan. tapi saya terbiasa kasih langsung ke orang yang membutuhkan di sekitaran rumah, Krn banyak sangat.

    kalo panitia zakat di mesjid saya ga pernah dari situ. biasanya kalo tak kasih langsung, saya bayar melalui lembaga zakat Dompet Dhuafa yang sudah terpercaya di Indonesia utk menyalurkan zakat termasuk zakat fitrah. lebih praktis. dan saya dapat laporan resminya juga

    Reply
    • Bagus juga cara tersebut untuk menyalurkan zakat fitrah terus kepada penerima…namun ada yang selesa menggunakan amil yang telah dilantik khas

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge