Motivasi hidup bahagia dengan melatih minda

Motivasi hidup bahagia ada kaitannya dengan menjadi insan penyayang dan cara melatih minda.

Wah hebat ini.

Saya memang suka bab penyayang yang dikaitkan dengan bahagia.

Dua perkara ini sangat berkait rapat.Bagaikan aur dengan tebing atau seperti isi dengan kuku.

Orang yang bahagia biasanya jenis penyayang.Jiwa mereka lembut,mudah tersentuh untuk membantu orang lain dan paling penting baik hati.

Pendek kata mereka ingin menjadi orang baik.Malah berbuat baik akan menghasilkan rasa bahagia dan damai dalam hati.

Kita sayang kepada agama,bangsa dan negara.Bukan itu sahaja rasa sayang kita perlu diterjemahkan kepada tindakan dan perbuatan.Tidak sekadar hanya di mulut atau di hati.

motivasi hidup bahagia

Paling bagus jadikan amalan.

Bahagia adalah teras kepada penarikan segala perkara yang positif.Allah SWT memang suruh kita ada rasa bahagia biarpun ada masalah besar yang melanda.

Kita tiada pilihan selain untuk menjadi insan penyayang jika nak bahagia.Berat mana pun masalah tolonglah jadi insan penyayang.Jika ada masalah sekalipun saya yakin ada penyelesaiannya.

Dalam bahagian berikutnya saya kongsikan pula ilmu yang disampaikan oleh Influencer Media sosial yang tidak asing lagi iaitu Tuan Afnan Rosli.Topik yang dibincangkan oleh beliau tidak jauh beza dengan bahagia, minda dan kejayaan.

WAJIB BACA :   30 Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik

Jom kita belajar sesuatu …

Dalam kepala kita, ada suatu object Mistery seberat 1.3kg ke 1.4kg yang mana ia bertindak sebagai Command Center atau pusat arahan.

Ia terbentuk dari puluhan Billions cabang Neurons yang mengawal siapa diri anda, apa yang anda buat, apa yang anda rasa, cara anda bercakap dan sebagainya. Basically seluruh hidup anda di kawal di sini.

Apa yang anda lihat dalam gambar ini ialah Neuro mapping of brain connections. Cell-cell otak kita sentiasa berhubung antara satu sama lain. Setiap kali kita belajar benda baru, new connections akan berlaku. Lebih banyak cell berhubung lebih Powerful otak anda.

Jadi, jika anda nak hidup anda sepanjang hari jadi Legendary, jadi Extremely Powerful, perkara pertama anda kena buat setiap pagi ialah pastikan cell-cell otak anda berhubung sebanyak mungkin. Anda kena wujudkan neuro Highway yang banyak dalam otak.

Ini perkara yang anda boleh buat supaya lebih banyak connections terbentuk waktu pagi :

1. GRATITUDE / BERSYUKUR :

Mengikut kajian, mereka buat brain scan, Bersyukur akan nyalakan bahagian hadapan otak yang di panggil prefrontal cortex. Bahagian ini sangat crutial yang mengawal emotional expressions, cognitive skills kita, percakapan kita dan sebagainya.

WAJIB BACA :   Tiga Hari Berjaya Bangun Pagi

2. GOSOK GIGI :

Gosok gigi dengan tangan berlainan atau tangan yang less dominant. Kalau selalu kita pakai tangan kanan, sekarang pakai tangan kiri. Banyak brain connections akan terbentuk.

3. ALTERNATE SHOWER :

Alternate shower ni saya dapat dari Anthony Robbins. Di mana anda mandi tukar-tukar suhu, sekejap anda hot shower, kemudian switch pada cold shower, kemudian hot balik, cold balik. Begitu seterusnya. Supaya otak keep firing & wiring.

4. MEMBACA :

Setiap perkara baru kita belajar, kita build new connections. Bila kita kongsi dengan orang lain, connection tu jadi makin kuat. Bila kita letak Emotions pada benda tu, connections tu akan terus kekal dalam otak. Macam status ni, anda belajar, nanti share dengan orang lain, supaya kuat connections.

5. TILAWAH ALQURAN :

Bacaan tajwid dalam Quran ni sangat power, sebab setiap ayat dia buat otak kita mengira, calculations panjang pendek bacaan, baris bawah, atas depan, dengung tak dengung, semua tu mathematical calculations yang kena berlaku dalam otak untuk kita membaca Quran. Hebat kan?

WAJIB BACA :   Wow….ini memang betul-betul punya ! Kuasa tindakan beri impak luar biasa

6. SUJUD :

Sujud dengan betul akan activate kan bahagian depan otak kita. Yang akan menyebabkan kita rasa Bahagia dan buat keputusan dengan baik sepanjang hari.

Saya harap anda dapat sesuatu pagi ni. Boleh mula amalkan start pagi esok. Semua ni perlu berlaku sebelum Subuh. Lepas Subuh dah tak valid dah.

Jika anda terasa cells otak anda sedang berhubung asbab baca status ni, belajar something new harini. Please #Share Moga orang lain turut terima Manfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Kesimpulan

Motivasi hidup bahagia boleh diusahakan hadir dalam hidup kita.

Kita pilih.Kita tentutan.Ada pelbagai cara dan kaedah yang telah Tuan Afnan Rosli kongsikan.

Terpulang kepada kita untuk mengaplikasikan dalam kehidupan sendiri.Berani berubah bermakna bersedia untuk berjaya.

Jika belum.

Usaha dan kuatkan iktikad.

Semoga semuanya berjaya dan jangan segan segan  untuk terus baca Bisnes Tudung Je Tapi Income RM15 Ribu Sebulan..Betul Ke Nie ?

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge