Ciri Ciri Istri Sudah Tidak Cinta Suami

Perasan tak, syaitan akan  bertepuk tangan ketika mana rumahtangga ada ciri-ciri isteri sudah tidak cinta suami.Bagaimana nak tahu jom baca selanjutnya.

Tujuan perkahwinan antara lelaki dan wanita adalah untuk menyatukan cinta supaya ada hubungan zahir dan batin secara sah.Lebih jelas perkahwinan adalah untuk memberi sakinah,rahmah dan mauwadah antara suami isteri.

Jika tiada salah satu daripadanya atau langsung tiada maka ada suatu yang tak kena.Perlu post mortem dan itulah pengisian topik yang saya tulis pada kali ini.

Antaranya kerana isteri sudah tidak mencintai suami.Cinta sudah luntur dan hilang.Yang berbaki ikatan perkahwinan.Itupun retak menanti belah.

ciri-ciri isteri tidak cinta suami

Berikut adalah ciri-ciri isteri sudah tidak cinta suami.

1.Tiada hubungan intim

Kira bernasib baik kalau suami masih boleh melakukan hubungan intim dengan isteri setahun 6 kali.Paling sadis kalau sepanjang tahun sudah ditiadakan.

Suami ajak.

Isteri elak.

Suami mintak.

Isteri tolak.

Suami merayu.

Isteri buat-buat tidak tahu.

Ahirnya hubungan intim suami isteri sudah tiada dalam perkahwinan.Seolah-olah pasangan suami isteri seperti orang berusia 80 ke atas.

2.Tiada hubungan komunikasi

Masing-masing memendam perasaan.Tidak berbicara seperti mula-mula bercinta.Si suami ke hulu dan si isteri ke hilir.Lama-kelamaan akan wujud tidak persefahaman.

Logiknya.

Tidak bercakap bagaimana nak faham.

Jika suami ingin bersembang tetapi isteri sudah hilang minat untuk berbicara,kesudahan jadikan pasangan ‘bisu’ sepanjang tahun.

3.Tiada perhatian kebajikan

Apa yang ingin saya maksudkan adalah soal makan minum atau sakit demam akan terabai.Dibiarkan untuk diri sendiri mengurusnya.

Lebih parah kalau berlaku kepada pasangan yang sudah menghampiri usia tua.Bayangkan sahaja seorang nenek tidak memperdulikan seorang datuk yang terketar-ketar memasang butang baju.

Dalam hati kecil nenek berkata “lantak kau la atuk”

Jangan ketawa.

Tak baik tau !

4.Tiada belaian mesra

Jangan kata mesra menyampah lagi ada.

Penangan perasaan begini akan menyebabkan si isteri atau si suami lebih rapat dengan anak-anak tanpa penglibatan pasangan masing-masing.

Si isteri suka jejalan bersama anak-anak.Selfie sorang-sorang dan banyak perkara tidak akan melibatkan suami.

Dah tiada kemesraan tentunya tidak seronok lagi untuk sentiasa bersama dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya perkara.

5.Tiada perasaan cemburu

Betul tak cemburu tanda sayang?

Tak cemburu maka tak sayang.Begitulah kejadiannya jika si isteri sudah tidak bertanya itu dan ini kepada suami.Seolah-olah si suami dah tidak wujud sama balik awal atau balik lambat tidak pernah ambik kisah.

Tedah [dialek Sarawak]

Suami dalam situasi tersebut sangat kasihan.Hidupnya tiada perhatian dan kadangkala kecemburuan seorang isteri pasti dirindunya.

Punca dan penyelesaian untuk kembali bahagia

1.Suami kurang berduit

Ada duit abang disayang dan tiada duit abang kena tendang.Itukan lumrah kepada kehidupan dunia.

Mungkin suatu ketika dahulu suami berduit dan berharta maka cinta isterinya hangat membara.Namun ujian kehidupan umpama roda.

Ada masa berada diatas dan ada masa jatuh berdebuk ke bawah.

Ketika suami berada dalam situasi tidak berduit, berlakulah pengikisan perasaan cinta dan sayang antara sedar dengan tidak sedar.

Mungkin ada betulnya kenyataan dibawah ini.

“Ketika mana suami tiada memiliki apa-apa maka ujian cinta kepada isteri manakala ketika isteri tiada memakai apa-apa maka ujian nafsu kepada suami”

Panduan Rahsia Rezeki Tidak Disangka  amat wajar dibaca untuk mengatasi rezeki yang asyik semput je.

2.Solat kurang sempurna 

Setiap masalah ada penyelesaiannya.Jangan terlalu dibeban fikiran dengan berfikir perkara yang negatif.

Entah betul.

Entah tidak.

Marilah bersangka baik.Perbaiki hubungan dengan Allah dan secara tidak langsung hubungan dengan manusia bertambah baik.Sama juga dengan hati isteri.

Masih ada ruang dan peluang untuk kembali dicintai isteri dengan menjaga kualiti solat supaya lebih sempurna.

Saya syorkan pembaca untuk dapatkan panduan Solat Secara Khusyuk.

3.Suami kurang perkasa

Sekiranya cinta si isteri kurang menyerlah disebabkan masalah kamar tidur jangan terburu-buru untuk mengakhirkan perkahwinan.

Ada banyak jalan penyelesaian yang boleh diambil.Pembaca yang berkenaan boleh mencuba satu produk terbaik untuk keharmonian rumahtangga.

Saya amat mengsyorkan pembaca untuk dapatkan produk Turbo Gel Mango

Tak perlu saya ulas panjang produk tersebut.Nak tahu boleh sahaja klik link yang telah saya sertakan tersebut.

Sebagai kesimpulannya.

Tangani punca dan selidiki penyebabnya mengapa isteri tidak cinta suami.Si suami boleh menyelamatkan bahtera rumahtangganya.

Ingat perkara dibawah ini sebagai pedoman.

Apabila sudah kehilangan barulah terasa kesannya.Pada masa itu sudah terlambat dan kita perlu menunggu samaada terbukanya peluang kedua.

Sekiranya betul-betul isteri sudah tidak cinta lagi suami dan pelbagai ikthiar serta usaha telah dilakukan maka redhalah bahawa jodoh suami dan isteri tersebut setakat itu sahaja.

Jalan terakhir dan tiada pilihan lain selain bercerai.Maafkan saya kerana itulah penyelesaian yang dihadapi sebagai ujian kehidupan.

Selamat membaca dan jumpa lagi.

p/s :Jangan lupa bagi sokongan untuk saya melalui cara berikut:

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Bagi komen ikhlas

4.Tularkan konten ini

mrhanafi

(Visited 286 times, 1 visits today)

34 thoughts on “Ciri Ciri Istri Sudah Tidak Cinta Suami

  1. penyelesaiannya adalah kembali kepada ajaran islam. bukan nak tunjuk pandai, tetapi kebanyakan berlakunya perkara sebegitu disebabkan salah suami yang tidak menerapkan nilai Islam dalam diri isteri.

  2. saya baru berkahwin, ada yang bro tulis tu semuanya saya setuju, memang itulah apa yang perlu kita buat untuk kekal semasa suami isteri. mudah cerita masing masing kena jalankan tanggungjawab dan belajar memahami kelebihan dan kekurangan

  3. Part solat tak sempurna tu memang betul… Kalau dah suami pun solat tunggang langgang… Macam mana nak pimpin isteri… So husband wife kena la slalu berjemaah kalau ada masa…

Leave a Comment

CommentLuv badge