Cara mencari jodoh terlalu banyak.Buka sahaja internet maka berlambak maklumat cara mencari jodoh untuk mereka yang masih belum berteman dan berpunya.Malah maklumat ini hampir sama dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Dalam artikel ini admin akan berkongsikan cara mencari jodoh yang terbaik.Apapun jadikan ianya satu panduan tambahan kerana cara yang akan dikongsikan ini bukannya 100 betul dan berkesan untuk semua orang.
Table of Contents
Cara mencari jodoh
1.Berdoa
Tidak dapat tidak, doa adalah cara terbaik untuk mendapat sesuatu yang berada diluar pengetahuan kita.Doa perlu bersungguh-sungguh dan tanpa ada rasa sangsi dengan kekuasaan Allah SWT.Keyakinan itu segala-galanya kepada Allah.
Berdoa menggunakan bahasa yang kita fahami.Tak guna berdoa tetapi tidak difahami .Admin selitkan doa cari jodoh untuk pembaca semua.
Doa untuk lelaki,
“Ya Allah, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
Doa untuk wanita,
“Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.”
Senang tak contoh doa diatas.Memang senang.Terpulang dengan kita sama ada yakin,percaya atau istiqamah sahaja untuk terus berdoa dan berdoa.
2.Menyukai orang lain
Ini sangat penting.Kita tidak mampu ubah orang untuk suka dengan kita.Namun kita mampu ubah diri supaya kita suka dengan orang.Ini adalah getaran positif yang akan kita sampaikan kepada orang lain.
Dengan getaran positif secara tidak langsung kita akan disukai oleh lain terutama bakal jodoh.
Percayalah.Jodoh sudah dekat dan berada di mana-mana.Perlu juga ingat kita suka dengan semua orang.Jangan pula suka kepada bakal isteri atau suami semata-mata.Bahkan suka dengan nenek pun boleh kerana cucunya mungkin bakal jodoh kita.
Siapa tahu.Betul tak ?
3.Bersedekah kerana Allah
Kesan sedekah amat luarbiasa.Jadi gunakan pendekatan bersedekah untuk mendapat jodoh yang kita inginkan.Niatkan kerana Allah dan mohon Allah ganti apa yang kita sedekah itu dengan jodoh yang terbaik.
Lagi banyak bersedekah lagi bagus.Pahala dapat dan in shaa Allah jodoh pun dapat.Terpulang dengan percaya atau tidak.Sanggup atau tidak.
“ Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari
kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain…” (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Cari orang susah untuk dibantu.Dengan bersedekah tenaga,wang ringgit,idea dan sebagainya in shaa Allah memberi kelegaan kepada mereka.
Malah ‘kelegaan’ juga boleh dirasai setelah bernikah dengan pasangan idaman kita.
4.Luaskan pergaulan
Jangan salah faham pulak,Bukan pergaulan bebas tetapi perbanyakkan rakan dan taulan.Hebahkan diri kita.Beritahu kawan-kawan kita tengah mencari jodoh terbaik.
Ada kemungkinan mereka juga tahu ada calon jodoh untuk kita.Tidak salah mencuba sesuatu yang nampak seperti ketinggalan zaman.Namun cara ini lebih diyakini untuk menemui jodoh.
Tambahan pula kalau ada rangkaian kawan-kawan yang soleh.Mereka boleh rekemen orang yang soleh atau orang yang solehah untuk kita sebagai pasangan hidup.
5.Daftar diri di portal cari jodoh
Jika pembaca rasa malu dan tiada masa untuk mencari calon jodoh,jangan risau.Dunia digital pada hari ini semuanya berada di hujung jari.Maklumat bakal calon jodoh akan dipadankan dengan maklumat yang kita ada.
Sebelum mendaftar di portal cari jodoh adalah lebih elok senaraikan ciri-ciri calon jodoh yang kita nak ingini dengan lengkap dan tepat.In shaa Allah akan dapat padanan yang tepat juga.
Jika berminat boleh layari laman web Baituljannah untuk menemui bakal jodoh di sana.
Penutup
Cara mencari jodoh yang terbaik sangat bergantung kepada doa.usaha,ikthiar dan tawakal.Tidak semuanya sama dengan individu yang lain.Sebab jodoh,ajal dan rezeki adalah rahsia Allah SWT kepada umat manusia.
Bila rahsia barulah hidup ini penuh kejutan.
Oh ya !
Sekiranya sudah bertemu jodoh jangan malu-malu untuk menempah pakej fotografi perkahwinan.
*kemaskini – 21/4/2020
Moga dikurniakan jodoh yang baik-baik..
aamiin..
itulah impian kita semua..
Iya,betul ….kita harus selalu rajin berdoa agar apapun yang kita inginkan diberi jalan kemudahan.
doa adalah senjata orang Islam..
gunakan untuk kebaikan
Poin ketiga tepat sekali. Bahkan bukan hanya ketika mencari jodoh, dalam banyak hal kita juga bisa menerapkannya… 🙂
alhamdulillah kalau ada kesedaran sebegitu
hahahaha..
kalau mas mau..
apa salahnya dapat yang kedua..
saya cuma share sahaja
no 3 tu mmg betul sy penah bc 1 kisah benar, ada org ni tanya, mcm mn nk dpt jodoh? lalu si alim ni menjawab, bersedekahlah kepada masjid, surau dan sebagainya serta berisitqamah. lalu lelaki ni pun buat seperti yg diberitahu. alhamdulillah slps 3 thn dia berbuat sedemikian, akhirnya dia bertemu jodoh yg solehah…
lepas 3 tahun berbuat begitu…dahsyat.
sedekah hebat dan luarbiasa kesannnya..
makhbulkan hajat antara satunya
Salam bro, dah lama x singgah sini, blog bro memang suka ulas pasal hubungan manusia ya, terbaikkk
wsalam …
begitu ceritanya.
topik feveret bro.
semoga aku pun dapat cepat dapat jodoh. hehe
aamiin..
gunakan mana-mana tip diatas bro..
in shaa Allah
Dulu masa bercinta saya doa spesifik sebut nama bf yang saya nak supaya jadi suami. Bila putus, saya doa beri saya jodoh yang boleh pimpin saya dunia akhirat. Alhamdulillah, rasanya Allah dah perkenankan doa saya. Walaupun tak sempurna tapi in shaa Allah masih mampu memimpin saya 🙂
alhamdulillah…
dengan petunjuk Allah..
Auni dapat jodoh terbaik.
ada tak cara nak tambah jodoh hehehe
banyak cara..
cara yang paling mudah minta dengan Allah
in sha Allah.
kalau dah bertanbah..
tak akan ke mana
hahahaha
berdoa lah selalu
in sya allah
in shaa Allah..
ada kebenaran di situ.