5 kasta pendapatan manusia

Pendapatan termasuk salah satu rezeki yang sangat didambakan manusia tidak kira siapapun mereka.

Ukuran standard pendapatan di Malaysia menggunakan T20, M40 dan B40.

T20 sudah termasuk golongan kaya, M40 golongan sederhana manakala B40 merujuk kepada golongan miskin.

Dalam artikel ini, saya mengklasifikasikan pula kepada lima kasta pendapatan manusia yang mudah dan ringkas.

Namun ianya mudah difahami walaupun tiada angka yang solid.

1.Tiada pendapatan langsung

Golongan ini tiada keupayaan untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Mereka bergantung harap kepada belas ihsan orang lain.

2.Tiada pendapatan tetap yang mencukupi

Cabaran mereka boleh tahan gentirnya. Ada ketika tiada pendapatan. Namun pendapatan golongan ini seperti air pasang surut di sungai.

3.Ada pendapatan tetap tetapi tidak mencukupi

Mereka ada pekerjaan dan ada pendapatan namun tidak mencukupi. Perbelanjaan sentiasa melebihi jumlah pendapatan. Golongan ini berada dalam cabaran hidup yang gentir sebagaimana kasta sebelum ini.

4.Ada pendapatan tetap yang mencukupi

Pendapatan begini cukup disukai ramai manusia. Belum terbaik tetapi lebih baik daripada golongan sebelum ini.

Kehidupan dengan pendapatan mencukupi tidak menyusahkan orang lain.

Cuma tidak banyak memberi manfaat kepada orang ramai.

5. Ada pendapatan tetap yang lebih daripada mencukupi

Inilah pendapatan yang semua orang suka. Bayangkan pendapatan lebih daripada mencukupi dan dalam masa yang sama tidak habis walaupun dibelanja sesuka hati.

Ada yang suka bersedekah kerana kemampuan tersebut dan ini memberi banyak manfaat kepada orang lain.

Kesimpulannya

Bersyukurlah jika berada dalam lingkungan kasta pendapatan tetap yang mencukupi dan lebih daripada mencukupi.

Bawah daripada itu hendaklah berusaha lebih gigih dan jangan berputus asa untuk mencari pendapatan lebih.

Semoga iannya bermanfaat.

Artikel berkaitan

12 thoughts on “5 kasta pendapatan manusia

  1. Kurang setuju dengan klasifikasi Encik Hanafi buat. Kalau pendaoatan tidak cukup boleh sahaja sedekah. Ada baca seorang wali Allah yang hendak ketjakan haji. Kumpul duit susah payah tapi apabila hendak kerjakan haji tengok ada orang susah, dia terus serahkan duit yang dikumpul.

    1. Hahaha..tidak apa cik Na

      Klafikasi pendapatan yang saya buat adalah pendapat yang bersifat subjektif . Rezeki juga tidak diukur dengan pendapatan sahaja. Apappun terima kasih kerana memberi pendapat yang berbeza dengan saya hehehe

  2. dan alangkah baiknya, untuk yang sudah mencapai taraf lebih daripada mencukupi, selalu ingat utk menyisihkan 2.5% (muslim) atau 10% bagi kristiani kepada mereka yang masih kurang.

    di Indonesia pun masih sangat banyak orang2 yang berada di bawah taraf mencukupi.

    1. ramai juga yang belum mencapai tahap lebih daripada mencukupi..

      bila ada berlebihan wajar untuk disimpan atau di zakat ataupun diberi semula kepada masyarakat yang memerlukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge