Saya ingin mengingatkan dengan tegas bahawa informasi ini adalah amaran serius tentang cara tackle perempuan. Ianya hanya boleh diaplikasi kepada lelaki yang benar-benar serius sahaja untuk mencari pasangan hidup sebagai jodoh mereka.
Jika niat sekadar ‘test market’ atau memainkan hati perempuan lebih baik jangan. Ingat, doa orang yang dizalimi amat mustajab dan janganlah menjadi orang yang menzalimi wanita.
Kehadiran mereka untuk disayangi dan bukan disakiti. Ini syarat paling asas iaitu pastikan juga tackle perempuan yang kalian memang ada ‘feeling’ dengannya
Jom kita selongkar apakah cara tackle perempuan yang ramai terlepas pandang.
Bukan menggunakan wang ringgit, pangkat, paras rupa atau abang sado hehehe
Penafian : Saya cuma berkongsi sahaja..
Table of Contents
Cara tackle perempuan
1.Anggap diri sebagai anugerah untuk mereka
Sebagai lelaki, wajar kita menjadi hadiah atau anugerah dalam kehidupan perempuan.
Hadiah yang dimaksudkan ialah menjaga maruah dan adab, sikap bertanggungjawab dan boleh memberi manfaat.
Bukan sebaliknya yakni perempuan dipergunakan untuk kepentingan lelaki semata-mata. Awas jauhi lelaki seperti memikul biawak hidup atau sang buaya darat.
Kepentingan hendaklah bersifat simbiosis, saling melengkapi dan saling memerlukan.
Jadilah lelaki yang berbeza daripada kebanyakan lelaki. Jika ada, maka kalian pemegang piala pemikat hati wanita.
2.Jangan mendesak atau seperti terdesak
Perempuan memang meluat dengan lelaki yang suka mendesak. Mereka beranggapan seperti dipaksa untuk menyukai lelaki.
Bertindaklah secara semula jadi dan ikut rentak serta tari mereka sebagai kaum hawa yang berjiwa lembut bak sutera.
Berlakonlah seperti lelaki yang sudi dengan tidak sudi. Tidak terlalu mengejar dan sentiasa menyediakan ruang untuk mereka mendekati kita.
Bukan bermaksud ada sikap acuh tidak acuh. Yang terbaik seperti main tarik tali atau tarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Tonjolkan kesabaran dan hemat lelaki yang budiman. Tidak gelojoh dan bersahaja dalam gerak-geri.
Andainya kalian sebagai lelaki yang ada sifat ini, maka tidak keterlaluan perempuan pasti terpaut emosi tanya sedar.
3.Pembuat keputusan tanpa ragu-ragu
Seorang lelaki adalah pemimpin. Nilai diri seorang pemimpin boleh membuat keputusan yang cepat, benar dan tegas.
Perempuan atau wanita memang suka lelaki begini. Ciri-ciri pemimpin yang ada pada mereka akan mengoda rasa dan jiwa.
Lelaki idaman bukan bersifat dominan atau asyik menguasai atau hanya mahu menang.
Sebaliknya boleh membuat keputusan ketika menghadapi kebuntuan. Mereka ada keyakinan dan prinsip diri yang mulia.
Lelaki begini boleh mendengar pendapat orang lain , ada timbang tara serta toleransi untuk dapat keputusan munasabah.
4.Sentiasa menghulur bantuan tanpa teragak-agak
Hati wanita mana yang tidak bisa cair kalau terjumpa lelaki yang ringan tangan. Sikap lelaki yang suka membantu tanpa dipinta atau tidak memang terbaik.
Lelaki begini akan memberi gambaran kepada perempuan bahawa apa yang dilakukannya itu hanya untuk dirinya. Ini cara mereka berfikir dan mentafsir.
Namun jangan keterlaluan seperti ada udang sebalik batu. Buat sesuatu secara ikhlas dan seadanya.
Tidak berlakon atau berbuat sesuatu dengan mengharapkan balasan untuk disukai atau dipuji.
5.Buat sesuatu agar si dia ada kecemburuan
Orang kata cemburu itu tanda sayang. Namun jangan keterlaluan sehingga dicop sebagai cemburu buta.
Cara tackle perempuan dengan membuat mereka cemburu ada taktik dan teknik.
Tujuannya agar kalian seperti lelaki yang mempunyai permintaan tinggi. Perempuan perlu bersaing untuk mendapatkan kalian.
Rasa insecure pada mereka menyebabkan kalian terus jadi perhatian perempuan yang ingin ‘ditackle’ gara-gara kalian diminati ramai.
Realiti hanya perempuan yang dimahukan lelaki tadi ada dalam hatinya.
Rasa kasih dan sayang mereka tidak bisa berubah jika ia memang serius untuk hidup susah dan senang bersama.
Realiti hari ini, tidak ramai pasangan yang benar-benar mahu hidup susah dan senang bersama. Cinta mereka ikhlas, tulus dan sejati.
Yang ramai hanya mahu bahagia ketika senang dan ditinggalkan ketika susah melarat. Itu normal dan bukan sesuatu luar biasa.
Masa terbaik untuk tackle perempuan bukan pada masa senang tetapi pada masa kalian seperti hidup segan mati tak mahu…
Erti kata yang lain, hidup melarat.
Kesimpulan
Cara tackle perempuan yang saya kongsikan ini cuma pandangan peribadi hasil informasi dari pelbagai sumber. Boleh jadi ia berkesan dan mungkin juga tiada kesan langsung. Ia bukan pengalaman peribadi dan bukan juga kisah sebenar.
Hanya usaha, doa, dan tawakal kepada Allah SWT itu terbaik. Sebab ajal, rezeki, dan jodoh hanya berada dalam pengetahuan-Nya.
Ingatlah, hubungan yang sihat dibina atas rasa hormat dan keikhlasan. Jangan hanya mencari kesenangan semata-mata, tetapi cari keikhlasan dalam setiap tindakan.
- Kemas kini 14/6/23
- Kemas kini 30/11/24
yang point no 2 tuh wajiiib lah 😄. jangan terlalu mendesak sangat. saya pernah jumpa laki macam tuh, dan sangat menyebalkan 🤣. tiap jam nelpon, tiap saat bertanya kabar, kalo ketemu selalu nak dekat. risih laah 🤣🤣. yang ada saya bosan, dan tak nak lagi dengan dia 😅
Ya la kan…memang terbukti orang tidak suka.
be natural and follow the flow is still the best
Maklumat berguna.
terima kasih ya…semoga ada manfaat untuk pembaca
wahai lelaki, jd lah diri sendiri kalau nak tackle perempuan. kalau tak dpt, jgn putus asa. cuba lg. kalau kali kedua kena reject, carilah yg lain. perempuan ni kalau dia rasa lelaki tu betul2 tunjuk effort utk mengorat, pasti lama kelamaan dia akan terima. kalau kn reject trs mesti ada sbb yg ketara knapa dia tolak. sbg contoh, dia x suka perokok. anda pulak heavy smoker. so bye2 laa😁
hahahha….komen yang win
semoga ada pembaca lelaki yang berkenan cari awak
off market. bye😂
it okay…hanya untuk mereka yang memerlukan hahaha
Semoga bermanfaat untuk yang tengah mencari jodoh
Kak Sue recently posted…Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Begitlah harapan kita kepada mereka yang memerlukan kan..
bagi yg belum berumahtangga boleh la ikut petua yg disampaikan ini. Yg dah kahwin jgn jadi mcm SOL ye!
abam kie recently posted…Mengepos Bungkusan dari Kelantan ke Sabah Menggunakan J&T Express
hehehehe.
senang cerita, kalau tiada masalah jangan cari nahas
Wahhhhh topik menarik ni lagi-lagi untuk mereka yang di dalam misi mencari pasangan. Good luck untuk jejaka yang menggunapakai semua nasihat ini. Semoga berjaya menjumpai suri hati
semoga mereka berjaya dan ada manfaat untuk mereka
org kg singgah sini kejap, sambil renung renungkan…😁
xsturen recently posted…SCAPES Hotel Genting Highlands
terima kasih kerana sudi singgah ye !