Mengembara atau jalan-jalan bersama keluarga tidak semestinya ketika kaya atau banyak duit.
Cukup sekadar lepas kos minyak, makan minum dan pilih hotel bajet yang sesuai dengan poket.
Pengembaraan marhaen kami dari Samarahan ke Miri bermula pada 26 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 selama enam hari.
Perjalanan pada hari Ahad. Hari orang berehat dan santai di rumah.
Perjalanan dan penggembaraan kami merentasi bandar, daerah dan kampung.
Kami melewati dan menyelusuri jalan utama dan pesisir untuk sampai dari satu destinasi ke destinasi pengembaraan.
Table of Contents
Pengembaraan marhaen
Hari pertama: Bandar Sarikei
Perjalanan dari Kota Samarahan pada jam 7.00 pagi dan selamat sampai ke Sarikei jam 11.30 pagi.
Kami terus check in di Hotel Oyo Payang Puri sebelum jam 12 tengah hari.
Harga bawah RM100 untuk semalam.
Alhamdulillah urusan kami menginap dipermudahkan.
Ketika menginap di hotel ini, saya menggunakan kesempatan yang ada untuk bekerja syif petang.
Sepatutnya saya sudah bercuti tetapi tiada orang ganti, maka saya korbankan sehari untuk bekerja dari jam 2.00 petang sehingga 10.00 malam.
Ahli keluarga yang lain terus berehat dalam hotel dan tidak kemana-mana untuk meninjau panorama bandar Sarikei.
Bandar Sarikei di tepi sungai dan tahap kemajuan belum setara dengan bandar-bandar lain di Sarawak.
Hari kedua dan ketiga: Bandaraya Miri
Seawal jam 8.00 pagi kami check out dari hotel untuk ke Bintulu sebelum bermalam di Miri.
Kami sampai di Bintulu jam 12.30 tengah hari dan sempat singgah di sebuah restoran mamak untuk makan.
Di Bintulu, kami menjemput anak kedua saya yang kini tengah mengambil Diploma Perhutanan di Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu.
Perjalanan diteruskan selama tiga jam sebelum sampai ke Hotel Oyo Telang Usan di Bandaraya Miri.
Bajet hotel bawah RM300 untuk dua malam.
Kami disambut ramah oleh petugas hotel dan dibenarkan check in jam 5 petang selama dua hari.
Memandangkan hari sudah petang, tiada rancangan untuk pergi ke mana-mana.
Cuma selepas Maghrib, kami sempat pusing-pusing dan ronda-ronda dalam bandar tanpa keluar dari kereta.
Orang kata, menikmati pemandangan bandar raya dan kota yang bermandikan cahaya neon yang berkelipan.
Hari kedua di Miri kami mengisi waktu dengan melawat Bukit Canada.
Pemandangan dari atas bukit ini sangat cantik dan menarik.
Atas bukit Canada juga ada Muzium Petroleum dan tugu Grand Old Lady.
Sempat juga posing-posing di bawah panas tengah hari walaupun hembusan angin agak kuat.
Silapnya datang bukan pada waktu awal pagi atau lewat petang.
Turun sahaja dari Bukit Canada kami menuju ke Coco Cabana.
Tempat ini tepi pantai yang diletakkan benteng batu-batu besar.
Agak cantik juga kerana dapat melihat ombak kecil dan deruan angin dari Laut China Selatan.
Setelah hampir sejam, berada di situ kami berangkat pulang ke hotel.
Ya, berehat seketika sebelum menghadiri acara hebat sebelah malamnya.
Tidak lain dan tidak bukan iaitu menjamu selera dengan makanan laut di restoran seafood.
Kami memilih Muslim Seafood yang terletak di Taman Budaya Miri.
Hanya terdapat satu kedai sahaja kedai makanan halal dan selebihnya untuk non muslim.
Harga makanan amat berpatutan, servis juga baik dan rasa makanan tidaklah mengecewakan.
Menu yang kami order dua jenis menu ikan siakap dan kerapu, udang, sotong, sayur dan air sirap hehehe.
Keesokan paginya kami check out dan sempat melawat pasar tamu sebelum bertolak semula Bintulu.
Kami meninggalkan bandaraya Miri dengan 101 memori indah termasuk terkejut dengan kereta yang dipandu laju-laju di sini.
Hari keempat: Bandar Bintulu
Perjalanan pulang dari Miri ke Bintulu menggunakan jalan pesisir.
Agak jauh juga dan mengambil masa lebih tiga jam.
Tepat jam 2.00 petang, kami selamat sampai di Hotel Oyo Utama Inn.
Bayaran semalam di hotel ini masih di bawah RM100.
Ini merupakan kunjungan kedua kami ke bandar Bintulu.
Bandar ini pesat membangun dan kelihatan jalan sesak terutama waktu pagi dan petang.
Sebelah malam, kunjungan ke Bintulu kami diisi dengan aktiviti mengempiskan perut.
Eh..bukan, aktiviti mengempiskan dompet.
Ada dua tempat kunjungan kami pada malam tersebut.
Kunjungan pertama adalah kedai RS Bundle yang tidak jauh dari hotel penginapan kami.
Terdapat ratusan pakaian yang boleh kita pilih dari semurah RM3 sehelai.
Pilih dan bayar dikaunter maka selesailah aktiviti beli-belah kesukaan ramai rakyat marhaen.
Bundle pun bundle la, janji ori..
Selesai shopping sakan pakaian bundle, kami memborong pula makanan di pasar malam Bintulu.
Pasar ini dibuka setiap malam.
Di sini terdapat banyak pilihan makanan yang sudah dimasak, sayur segar, ikan, buah-buahan dan sebagainya.
Walaupun kurang terurus dan tidak tersusun, pasar malam ini dikunjungi ramai penduduk sekitarnya.
Jam 11 pagi kami check out dan sempat pusing-pusing bandar sebelum bertolak ke Dalat.
Hari kelima dan keenam: Dalat
Perjalanan ke Dalat juga mengambil masa tiga jam dari Bintulu.
Sekali lagi kami melalui jalan pesisir melewati Mukah ke Dalat.
Keadaan jalan memang terbaik kerana kawasan ini bertanah-pamah dan rendah
Jalan lurus sejauh mata memandang.
Jam 3 petang kami singgah di Mukah.
Banyak kedai sudah ditutup dan keadaan pasar sangat lengang.
Lepas membeli apa yang patut dan mengisi perut yang mulai kempis, kami terus pecut ke Dalat.
Perjalanan sekitar 45 minit untuk sampai ke rumah ibu saya.
Ya, Dalat adalah tempat kelahiran saya dan saya mulai merantau sejak umur 20 tahun lagi.
Di kampung, kami betul-betul menghabis masa sehari suntuk untuk bersama ibu saya.
Anak-anak begitu teruja bersama nenek mereka biarpun kurang berkomunikasi kerana masalah perbezaan bahasa.
Hari terakhir di kampung, kami bangun awal.
Jam 6.00 pagi kami sudah berangkat balik dan singgah sarapan di pasar Mukah.
Sekitar jam 8.00 pagi kami mula bergerak ke Kota Samarahan dengan menempuh perjalanan selama lapan jam.
Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di beberapa tempat seperti Shell Jakar, Layar Betong Petronas, RnR Temudok.
Alhamdulillah jam 5 petang kami selamat sampai ke rumah di Kota Samarahan.
Kesimpulan
Sejujurnya pengembaraan begini agak seronok walaupun agak meletihkan.
Ia dianggap marhaen kerana perbelanjaan yang menjimatkan dan murah.
Kami mengurangkan makan di luar dan masak menu ala kadar di hotel.
Kami juga kurang membeli belah dan banyak masa hanya digunakan untuk santai begitu sahaja.
Sekian. Semoga ada manfaatnya.
percutian yg sgt mengembirakan walaupun sederhana..smoga ada rezeki lagi untuk pengembaraan seterusnya.
Aamiin…moga murah rezeki dan ada kesempatan waktu lagi
Kisah perjalanan yang sangat best…Yang gambar paling bawah tu baru saja membantai team yang satu tu 7-0 hahaha
Adi Channel recently posted…Cara Daftar Public Bank Online Banking 2023 (pbebank.com)
wah….ini memang peminat tegar Liverpool
makan di kedai ini perlu lupakan pihak lawan dulu hehehehe
Teruja Mrs. A baca pengembaraan Mr. Hanafi sekeluarga. Pendapat Mrs. A lebih menarik jika di setiap tempat lebih banyak gambar dikongsikan di blog hehheeeehee…
Mrs. A recently posted…Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu
terima kasih Mrs A kerana sudi membaca tulisan pengembraan ini…banyak juga gambar tetapi gambar famili dan saua sendiri…segan pulak nak tunjuk gambar
jauh berjalan, mmg penat tapi hati senang…jalan2 bersama keluarga, sentiasa menggembirakan..
dapat balik kpg, ziarah ibu tercinta…
itu yang paling penting walaupun rasa belum puas kerana masa tidak mengizinkan
Jauh berjalan dan jauh juga kampung.
itu yang sepatutnya bila travel begini
Tahun ni akan beraya di Igan lepas 4 tahun tak balik ke Igan. Sebelum tu dari KL akan singgah ke Bintulu dulu. Dari Bintulu akan bermalam di rumah makcik di Mukah.
Semoga urusan kitak sekel;uarga dipermudahkan kelak
tekejut sy tgk2 dah smpi Dalat. setahu sy Dalat kat Vietnamπππapa hal.pulak dr sarawak trs smpi ke vietnam ni?ππππbtw apa nama resto liverpool tu? kami nak terjah nanti!!!
Dalat ini merupakan daerah di Sarawak la dan bukan di Vietnam hehehe
Resto Liverpool itu ilah Shaff Cafe …kalau kesempatan boleh lepak di situ
so, org sarawak x nak claim ke nama Dalat ni?πππππ
Ada tiga tempat di Sarawak yang namanya ada di negara lain.
Dalat – Vietnem
Cebu – Filipina
Bentong – Thailand.
Mahu juga claim nama tu hehehe
BTW kalau lalu highway Pan Borneo nanti akan lebih cepat ke? sy dah berangan nak buat konvoi kat pan borneo once dah buka nnt
Ya lebih cepat kerana laluan dan jalan lebih besar..
jarak juga lebih pendek dan masa perjalanan lebih cepat
kenapa nama bukitnya bukit Canada? banyak orang Canada kah di sana π?
saya belum lagi eksplor Malaysia bagian Sabah Serawak ini. Teringin sangat padahal. nantilah bikin plan utk jalan2 ke sana.
terkadang jalan2 road trip simple seperti ini memang best π. saya sesekali pun kalo ada waktu, road trip naik mobil keliling pulau Jawa. singgah di beberapa kota. itu saja udah happy π
Mengikut sejarah tempatan, ketika itu kawasan berkenaan didiami oleh ramai pekerja dari Kanada…sebab itu digelar Canada Hill.
Sekarang mana lagi dan yang ada tugu besi seperti dalam gambar tersebut
Kalau ada kesempatan pergilah ke Kalimantan Borneo, Sabah dan Sarawak
semua negeri dalam malaysia kawe dah jenguk…sawarawk sahaja belum..
part mancing tu best…mesti byk seafood sekitar kawasan ni
Snapbackpacker recently posted…Percutian 2 Hari 1 Malam Di General’s Lodge Homestay Sungai Sembilang Jeram Selangor
Kalau macam tu…Jom la ke Sarawak.
Ada rezeki boleh kita jumpa untuk bergambar bersama.
Kalau dekat dengan laut…memang banyaklah makanan seperti ikan dan sebagainya
Bagaimana anda menangani situasi di mana anda sepatutnya bercuti tetapi tidak ada orang yang boleh menggantikan tempat anda, dan akhirnya anda memutuskan untuk mengorbankan sehari bercuti untuk bekerja dari jam 2.00 petang hingga 10.00 malam? Apakah pertimbangan atau strategi yang anda ambil untuk menangani keadaan tersebut?
Visit us telkom university
sekarang sudah semakin baik dan dulu memang begitu…sukar untuk mendapat cuti