Habis sahaja kerja, saya terus keluar pejabat.
Tak tahu pula nak ke mana. Kalau balik rumah, belum ada orang rumah. hehehe
Kalau lepak di kedai sorang-sorang pulak.
Pergi mall, lagi la saya tidak mahu.
Sebab bershoping tanpa teman wanita umpama makhluk asing berada di planet Marikh. hahaha
Akhirnya ambil keputusan untuk gim sahaja.
Di sana ada orang. Ada muzik dan ada besi.
Sambil-sambil rehatkan minda boleh kuatkan segala otot yang ada dekat badan.
Peralatan di gim tidak pernah menghampakan.
Pegang sahaja besi maka peluh sudah sedia untuk dikeluarkan.
Bila keluar peluh, rasa puas yang sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.
Lama juga saya berada di gim. Habis lecun baju dengan keringat. Nasib baik badan masih berbau harum. Bersyukur kerana badan saya tidak mengeluarkan bau pelik-pelik. Ini pengakuan jujur.
Apabila sudah letih, saya bergegas untuk balik. Rehat dan minum segera whey protein.
Baru-baru ini saya beli whey protein di Lazada sempena Sale 12.12.2020. Pada 19 Disember 2020, barang pun sampai. Tak rasa sangat. Yang penting barang sampai dengan selamat.
Apa lagi saya unboxing produk tersebut.
Saya beli whey protien jenama Vital Whey dengan harga RM148. Kuantiti dalam 2kg dengan perisa vanila. Tekak saya lebih mengemari perisa vanila berbanding perisa cokelat.
Jom kita sangsikan adegan unboxing tersebut:
perghh semakin sado la lepas ni ye tuan
sik dalah mok sado ilak…
just untuk nice to see jak pun memandai.hehehe
dulu pernah sekali ambil whey protein ni…tak habis makan..
pergi mall sorang2 mmg rasa awkward…rasa mcm pathetic je, takde kawan, family, anak2…redho dgn takdir..
whey protien cuma suplimen…bukan benda wajib jika sumber makanan cukup dengan protien
adik saya pun minum whey proteoin perisa vanilla. perisa coklat mungkin hanya diminati wanita je kot. hehe
perisa cokelat sedap juga tetapi vanila lebih sedap kerana warna yang lebih putih
Harga RM148 utk 2kg memang murah tu mr h
produk jenama tempatan..kalau jenama oversea…lebih mahal lagi sebenarnya
Selamat Tahun Baru Mr Hanafi (tinggal bbrp hari saja lagi :D)!
Apa kebaikan minum Whey Protein ni – blh share sikit? Curious….
Zurainny Ismail recently posted…Kelly Sweet Treats
terima kasih sis Zurainny..
nanti saya tulis kebaikan whey protien nie