Rezeki sentiasa tepat pada alamat sebagaimana jodoh pula sentiasa sesuai pada masanya. Begitulah apa yang saya rasai kini. Syukur dipanjatkan setinggi gunung Everest.
Ya, ada rezeki ilmu untuk saya hadiri dua majlis ilmu dalam masa satu hari.
Tentang jodoh tahun depan kita bawa bincang. hehehe
Sebelah pagi dan petang saya menghadiri bengkel online tentang penulisan rencana dan naratif kendalian Dr Jeniri Amir.
Beliau merupakan bekas pensyarah Unimas, kini penyandang kerusi Felo kanan Majlis Profesor Negara, Ahli Pemikir, Penganalisis politik, penulis profilik tanahair dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media di Sarawak.
Terima kasih kepada penganjur SMA Creative Heritage Innovation Centre. Kursus kami ditaja sepenuhnya oleh mereka yang baik hati dan mulia. Syukur Alhamdulillah.
Banyak perkara tentang penulisan rencana saya pelajari. Sementelahan Dr Jeniri Amir telah mengupas sangat mendalam, terperinci dan teliti.
Terserlah kepakaran beliau dalam bidangnya. Ditambah pula dengan pengalamannya dalam bidang penulisan sudah mencecah 40 tahun.
Bengkel yang bermula dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang itu sangat padat. Bukan sehari tetapi dua hari.
Pengisian bengkel kami diselang seli dengan cerita atau anekdot tentang pengalaman beliau. Ia juga disusuli dengan latihan, tugasan dan sesi soal jawab.
Cuma sayangnya, penglibatan saya dalam bengkel ini kurang aktif. Saya tidak mampu melantun bersuara kerana laptop yang saya guna ada masalah teknikal.
Jika zaman belajar dulu, saya merupakan pelajar yang paling banyak bertanya dan menjawab dalam kelas. Sehingga ada guru yang bagi peringatan supaya bagi peluang kepada pelajar lain pula.
Yang hairan tidak pula saya jadi guru apabila habis zaman belajar. Bukan rezeki saya menjadi guru di sekolah kerana dulu saya bercita-cita menjadi pensyarah. Sayangnya cita-cita belum kesampaian.
Pelajar lain cukup suka jika saya berada dalam kumpulan perbincangan. Mana tidaknya, saya menjadi pembentang dan jurucakap untuk kumpulan mereka.
Berbalik semula ke kisah sekarang. Jangan pulak kita hanyut jauh sangat hahaha
Dr Jeniri mengingatkan para peserta dengan kata hikmahnya yang sinis dan humor.
“Better no hair rather then no knowledge and money”
Ya, saya perasan beliau kurang rambut. Namun inilah kesan dari kerja keras, kesungguhan dan komitmen luar biasa beliau untuk mendalami bidang yang ceburi.
Bukan saya kata, Dr Jeniri yang akui sendiri semasa seminar tersebut.
Ada tiga perkara paling asas untuk berjaya menjadi penulis sebagaimana digariskan Dr Jeniri Amir.
1.Banyak membaca
Baca apa sahaja. Apa yang kita baca menjadikan siapa kita. Baca novel terbaik untuk memperkayakan kosa kata, kemahiran berbahasa dan seni sastera.
2.Konsisten menulis
Untuk menjadi penulis, mestilah menulis. Mana ada cara lain lagi. Menulis perlu dilatih dan kemahiran ini boleh dipelajari. Mana ada dalam dunia ini, lahir sahaja dari perut emak kita, sudah boleh menulis.
3.Sikap positif
Dalam apa jua lapangan, sikap adalah penentu kejayaan. Kemahiran dan kebijakan seseorang tidak akan membawa ke mana-mana jika sikap negatif masih belum ditanggalkan dari tubuh badan kita ini.
Cukupkan perkongsian saya tentang bengkel penulisan bersama Dr Jeniri Amir.
Pada sebelah malamnya pula, saya berpeluang sertai lagi sesi coaching LUA Dreamboard bersama Tuan Zuhairi Nopiah.
Beliau merupakan master trainer, penulis buku , pengasas Law Universal Attact di Malaysia. Pernah menjadi pensyarah dan pemegang Certified NLP Practitioner yang diiktiraf oleh NFNLP, U.S.A.
Ada pengalaman mengajar lebih 20 tahun di dalam dan di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Mesir, Indonesia dan Brunei.
Melihat kepada profil berikut tidak keterlaluan untuk saya mengatakan beliau merupakan mentor terbaik di Malaysia.
Jadi peluang untuk berguru dengan mereka tidak harus saya lepaskan begitu sahaja.
Oh..inilah ceritanya.
Dalam sesi coaching semalam, dreamboard kami dinilai satu persatu. Mana yang salah cuba diperbetul. Mana yang betul dikekalkan.
Alhamdulillah, dreamboard yang saya buat mendapat pujian. Hampir sempurna dan boleh dijadikan contoh terbaik untuk para peserta yang lain.
Biarpun begitu, bukan bermaksud untuk terus saya rasa bangga diri kerana apa yang penting adalah ‘end result’.
‘End Result’ tersebut adalah hajat dan impian saya tercapai untuk beri manfaat kepada seramai mungkin orang lain pula selepas ini.
Buat maklumat semua sesi Coaching LUA Dreamboard ini diperolehi melalui pautan berikut.—-> KLIK SINI
Kami semua diberi panduan dan tunjuk ajar selama 30 hari oleh tuan Zuhairi Nopiah sendiri.
Benar kata beliau dulu,
“Ilmu datang pada orang yang ingin tahu dan hasil dapat pada orang yang bertindak”
Bertindak sama dengan beramal. Sebagaimana pepatah Arab, ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.
Cukup setakat ini dulu. Lain kali kita cerita lagi.
Lagipun saya nak masuk kelas lepas ini…
Semoga bermanfat. Tak banyak lagi banyak pun jadilah hehehe.
alhamdulillah semoga bertambah maju mr h.. bagus student kuat bertanya ni cikgu2 suka
ya memang bagus…student yang suka bertanya ada effort untuk belajar..
tak mengantuk
hebat juak biasa jadi tukang bentang dalam kumpulan..kamek sik suka membentang..hahahhaha
dolok kmk suka bercakap sebab nak rasa glamer dengan kawan-kawan hehehe
melalui penulisan boleh mengubah seseorang yang membacanya…
maka benarlah bahawa pen itu pedang yang mampu menjajah minda tanpa melukakan fizikal…
namun kadang kadang ia mampu melukakan hati jika tidak menjurus ke arah motivasi diri
Snapbackpacker recently posted…Aktiviti, Bajet dan Harga Tiket Di Taman Tema Panorama Langkawi
dengan syarat ada orang membacanya..
kalau ikut trend sekarang ramai yang suka video daripada membaca artikel dan buku
apa-apapun memang benar tulisan boleh menjatuhkan seseorang jika disalah gunakan.
Best dapat berguru dengan mentor yang berpengalaman. Semoga bro dapat mencapai hajat yang dicita-cita..
Laila recently posted…Adakah Tindakan Suami Nadia Brian Memfailkan Cerai Satu Tindakan Betul?
amiim dan terima kasih bagi sokong moral yang hebat
semoga kembali bersemangat untuk menulis..
kalau bukan sekarang bila lagi.kan bro
ilmu ni tak pernah habis untuk kita belajar. moga apa yang kita dipelajari memberi manfaat pada semua hendaknya.
betul…kalau ilmu ditulis dengan air lautan ..boleh kering..
sangat luas konsepnya