Panduan percuma jemput keajaiban hidup

Keajaiban hidup memang menjadi dambaan semua.Saya sama seperti anda.Saya sangat suka dan amat menginginkan keajaiban berlaku umpama di Syurga.

Yakinlah dengan sebenar-benarnya yakin bahawa hidup ini adalah keajaiban yang luar biasa hebat.Terdetik sahaja hasrat sudah Allah makhbulkan untuk kita.

Namun untuk mendapat keajaiban sebegitu, satu syarat perlu dipatuhi.Tidak lain dan tidak bukan hilangkan perisai rezeki atau hapuskan dosa.

Ada apa dengan perisai rezeki?

Dalam artikel ini saya sertakan video bagaimana kehidupan Ustaz atau Pak Nasrullah berubah dengan keajaiban rezeki.

Diceritakan, beliau menemukan ilmu Magnet Rezeki ini sehingga membawanya kepada kehidupan ini menjadi mudah, enak dan bahagia.

Pautan video pada penghujung artikel.

Mungkin ada yang belum percaya dengan konsep duduk diam rezeki datang sendiri.

Cuba baca balik artikel sebelum ini :

Duduk diam rezeki datang sendiri

Dalam pemikiran kita sudah ditanamkan budaya kerja keras siang dan malam untuk berjaya.Saya juga berpendapat sedemikian sebelum menemui ilmu Magnet Rezeki ini.

Kini tersedar rupanya masih ada jalan pilihan untuk mendapat kejayaan luar biasa dan gemilang ini.

Bukan bermaksud saya menidakkan hukum, manjadda wa jadda atau orang yang berusaha maka dia akan dapat ( in shaa Allah jangan lupa ).

Jalan pilihan yang saya dimaksudkan ialah menghilangkan dosa-dosa dalam diri kita.

Menurut Pak Nas sebagaimana yang diceritakan dalam video tersebut, tujuan kita hidup di dunia ini untuk dimuliakan dan dimanjakan.

Siapa yang muliakan dan manjakan kita semua ?

Tentulah Allah SWT.

Namun untuk mendapat keistimewaan ini kita wajib menghindari dosa.

Mungkin pada kita yang tidak seberapa ini, berhati-hati dengan dosa adalah langkah paling wajar sekali.

Setelah kita semakin berhati-hati dengan dosa maka perisai rezeki semakin rendah dan ke bawah.Jadi bersedialah menikmati hidup penuh keajaiban dan berkah selepas itu.

Mintalah apa sahaja maka Allah akan kabulkan selagi ia memberi kebaikan kepada orang berdoa.

Hajatkan apa sahaja maka Allah akan tunaikan selagi ia mendatangkan manfaat kepada orang berhajat.

Mimpikan apa sahaja maka Allah akan realisasikan selagi ia membuah keuntungan kepada orang berimpian.

Sekarang cuba senaraikan apa sahaja kemahuan dan kehendak kita.

1.Pendapatan lumayan
2.Harta banyak
3.Kereta mewah
4.Rumah besar
5.Isteri cantik
6.Anak taat
7.Banyak lagi

In shaa Allah semua ini terlalu mudah bagi Allah Maha Kuasa, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Kaya untuk diberikan kepada mereka yang meminta kepadaNya.

Ada cara mudah dan percuma dengan melupuskan perisai rezeki yang selama ini kita suka dan setia.

Ayuh.Jangan buang masa lagi.Teruskan menonton video yang saya telah janjikan tadi:

8 thoughts on “Panduan percuma jemput keajaiban hidup”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: