Ada apa dengan perisai rezeki?

Ada apa dengan perisai rezeki?

Satu pertanyaan yang mudah namun sukar dijawap sekiranya belum faham konsep dasar rezeki itu sendiri.

Kita lanjutkan.

Perisai seperti kita maklumi berfungsi untuk menghalang atau menghadang sesuatu.

Pernahkan melihat filem perang klasik.Para pahlawan yang bertempur dengan musuh menggunakan perisai.Mereka berlindung disebalik perisai untuk elak terkena anak panah, tusukan lembing dan pedang.

Fungsi perisai memang begitu.

Jadi bagaimana pula dengan perisai rezeki.Tentunya telah menghalang rezeki tersebut sampai kepada penerima.

Adakah kita mahu seperti itu ?

Rezeki seperti air bah dari langit.Sayangnya kita cuma mendapat tempias rezeki sedangkan yang lainnya dibanjiri rezeki yang bertali arus.

WAJIB BACA :   Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Mengapa terjadi demikian ?

Seolah-olah rezeki seperti pilih kasih dan salah alamat.

Ada sebab terjadi begitu.

Antaranya kita ada perisai rezeki. Kita sayang dan kita cinta perisai tersebut.Dipeluk dan dicium sehingga kita terus leka dan alpa.

Kita telah menjadikan perisai tersebut sebagai penghalang untuk menerima rezeki dari Allah SWT.

Kita zalimi diri sendiri kerana meletakkan perisai rezeki.Sedangkan Allah SWT yang bersifat Maha Pemberi Rezeki meluaskan rahmatNya dengan memberi rezeki kepada semua makhluknya tanpa terkecuali.Bukan sedikit tetapi melimpah ruah.

Tiada sesuatu pun diabaikan mendapat rezeki melainkan mereka sendiri yang mengabaikan rezeki tersebut.

Apa itu perisai rezeki ?

WAJIB BACA :   Memulakan Semula Kehidupan Selepas Kejatuhan

Perisai rezeki adalah DOSA.

Manusia mana yang boleh terlepas dari dosa.Mungkin dosa kepada Sang Pencipta.

Mungkin dosa sesama manusia.Malah tidak mustahil juga dosa kepada binatang atau benda hidup yang lain.

Selagi nama manusia selagi itu juga akan terdedah kepada dosa.Baik dosa secara nyata atau sembunyi.Zahir atau batin.

Usaha yang istiqomah perlu diletakkan dalam diri agar menurunkan perisai rezeki ini perlahan-lahan ke satu titik yang serendah mungkin.

Bagaimana caranya ?

Apakah langkah yang terbaik?

Mengapa mesti melupuskan perisai rezeki ini sehabis baik ?

Soalan-soalan tersebut saya belum layak untuk saya jawap.Saya serahkan kepada pakar untuk berbuat demikian.

Tanpa membuang masa kita ikutilah penjelasan dan huraian oleh Pak Nasrullah berkaitan perisai rezeki dalam video yang berikutnya.

WAJIB BACA :   Cara Cari Jodoh ( Bahagian 1 )

https://www.youtube.com/watch?v=wceiKLqferM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge