Pengalaman gunting rambut semasa PKPP

Sudah hampir tiga bulan saya tidak gunting rambut sejak PKP dan PKPB. Cuma ketika PKPP sahaja dibenarkan kedai gunting rambut beroperasi. Itupun wajib melalui beberapa SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.

Tindakan ini wajar dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pada mulanya rasa kurang yakin untuk bergunting rambut semasa fasa ini. Ikutkan hati mahu sahaja saya biarkan rambut panjang.

Namun rambut panjang menyebabkan saya rasa kurang selesa dan agak merimaskan.

Dari segi rupa memanglah nampak tidak kemas dan tidak menyenangkan mata memandang. Selain tidak hensem. hehehe

Saya sudah tiada pilihan.

Saya terus ambil keputusan untuk mengunjungi kedai gunting rambut yang tidak jauh dari tempat saya bertapa.

Seperti mana kedai yang lain juga, saya perlu merekod nama, nombor telefon dan bacaan suhu badan.

Selesai sahaja SOP tersebut, saya terus mendapat giliran untuk bergunting rambut.

WAJIB BACA :   Panduan Terbaik Guna Grup Whatsapp

‘Timing’ yang betul.

Pada masa itu cuma ada seorang sahaja pelanggan. Kebetulan kedai gunting ini ada dua orang tukang gunting.

Setelah berbincang sedikit bagaimana untuk ‘setting’ rambut saya, dia memulakan tugasnya.

Entah mengapa komunikasi kami kurang serasi. Permintaan saya didapati kurang fahami dengan jelas.

Mungkin saya salah kerana saya kurang pandai untuk menjelaskan apa yang saya mahukan.

Sepanjang proses dia mengerjakan rambut saya, kami tidak bersembang mesra.

Saya beranggapan dia sudah keletihan kerana melayan pelanggan sebelum ini. Lagipun masa saya mengunjungi kedai tersebut selepas waktu maghrib.

Tidak dinafikan kerja-kerja mengunting rambut memang meletihkan kerana faktor berdiri, berdepan dengan orang yang baru dikenali dan banyak lagi faktor yang lainnya.

Hanya orang ada ‘passion’ dalam bidang ini boleh rasa ‘enjoy’ pekerjaan tersebut.  Sungguhpun perolehan dalam bidang ini tidak kurang hebatnya.

WAJIB BACA :   Pendapatan Pasif : Jadikan Aku Yang Kedua

Bayangkan satu hari dapat pelanggan 10 orang yang dikenakan caj RM15 sekepala. Maknanya sehari boleh dapat RM150. Dalam sebulan boleh cecah purata pendapatan lebih RM4000.

Perkiraan ini untuk mereka yang bekerja ‘freelance’ dan bukan makan gaji di kedai tukang gunting.

Kita tinggalkan kisah ini dulu. Saya sambung balik pengalaman saya gunting rambut semasa PKPP ini.

Agak cerewet juga saya semasa gunting rambut kali ini. Jika rasa belum berkenan saya suruh dia ‘adjust’ beberapa kali sehingga menepati apa yang saya mahukan.

Secara jujur saya akui dia masih belum begitu mahir untuk mengunting rambut. Cara dan tekniknya belum menampakkan dia seorang profesional.

Luahan saya ini tidak saya ditujukan kepada siapa dia dan di mana dia beroperasi dengan jelas. Lagipun mengaibkan orang lain dengan niat tidak puas hati bukanlah akhlak yang baik.

Apa yang saya nyatakan ini cumalah ‘feedback’ dalam usaha memperlihatkan peluang memperbaiki diri saya sendiri sendiri dan dia pada masa yang akan datang.

WAJIB BACA :   Admin Group WhatsApp Boleh Ditangkap

Akhirnya setelah beberapa ketika, rambut saya sudah siap digunting, sudah kemas dan sudah kembali segak sebagaimana komen ‘seseorang’ tu.

Kos untuk mengunting rambut ini dalam RM15. Masih berbaloi dan saya bayar RM20 kerana melayan cerewet saya ketika gunting rambut. Saya katakan padanya RM5 sebagai hadiah kerana berjaya membuka kedai gunting rambut pada hari pertama  PKPP.

Cerita berakhir di sini.

Sebelum tu saya belanja beberapa keping gambar saya semasa berambut panjang dan selepas berambut pendek. Jangan pulak gelak. Kalau nak puji jangan pulak berlebihan. hahaha

Semoga ada manfaatnya.

dua-dua macam ok jer
lelaki K-Pop vs lelaki berdahi licin hehehe
nampaknya sudah hensem dengan skala terendah berbanding artis sinetron

Nota pendek:

PKP = Perintah Kawalan Pergerakan

PKPB = Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

PKPP = Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

SOP = Standard Operation Prosedure

KKM = Kementerian Kesihatan Malaysia

Comments 10

Leave a Reply to Sis Lin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge