Promosi takaful menggunakan kaunter bergerak adalah lumrah dalam dunia pemasaran. Dengan meja lipat, kerusi plastik, pamplet, dan banner, ia menjadi medium efektif untuk menarik perhatian pengunjung.
Alhamdulillah, mrhanafi berpeluang menyertai promosi kaunter, walaupun hanya separuh hari kerana urusan penting.
Dalam masa singkat itu, mrhanafi bertemu prospek yang bertanya tentang caruman takaful tertunggaknya selama setahun. Saya menasihatkan agar dia menghubungi ejennya atau ke pejabat untuk maklumat lanjut.
Penting untuk diingat, kontrak takaful terbatal jika caruman tertunggak selama tiga bulan. Jika ingin menamatkan (surrender) kontrak, maklumkan kepada wakil takaful anda.
Selain itu, saya juga berbual dengan rakan lama yang bertanya tentang takaful perlindungan luar negara. Jawapannya, ada, selagi ia bukan di kawasan bergolak atau berperang.
Promosi Takaful
Pengalaman ini mengajar bahawa mempromosi takaful mencabar. Ramai yang takut atau salah faham, sedangkan tugas kami hanya memberi penerangan, bukan paksaan.
Kami adalah penghubung antara klien dan pengendali takaful seperti EtiQa Takaful Berhad.
Tips Memilih Wakil Takaful
- Pilih wakil yang komited dan sabar.
- Pastikan mereka memberi penjelasan jelas dan profesional.
- Pilih yang mudah dihubungi dan memberikan perkhidmatan terbaik.
Promosi melalui kaunter masih relevan kerana takaful bukan produk sekali beli, tetapi komitmen sepanjang hayat. Manfaatnya adalah untuk kebaikan klien sendiri.
Kini saya tidak aktif lagi sebagai perunding takaful.
- Kemas kini 26/12/24
Dulu-dulu ada produk yang saya jual saya test bukak booth dekat Jalan Duta. Hasilnya mengecewakan .Mungkin saya sendiri tak pandai tarik perhatian orang. Hari yang sama saya lihat rekod jualan saya di web lebih banyak dari jualan di kaunter ( kaunter tak ada langsung sebenarnya he he ) Jadi rezeki saya lebih di online bukan di kaunter. Redho.
Takaful tu penting sebenarnya sebab sepanjang saya bekerja di bahagian Claims dulu, saya kadang kesian tengok customer datang jauh-jauh nak tanya status claim masing-masing . Siap tunjuk duit dalam poket ada berapa je nak balik ke Perlis. Ada yang rasa agen tipu padahal terms tak di terangkan dengan jelas atau mereka sendiri tak bertanya. Masa ni lah kami yang di Claims Department kena bambu tapi telinga kami dah kebal he he he. Mr Hanafi jagalah client elok-elok once mereka signed up sebab nak dapat kepercayaan orang bukan mudah. I believe you can do it !
Kaunter sangat sesuai kepada mereka yang kebal malu atau imune malu..
ya…produk takaful wajib diterangkan sejelas dan setepat yang mumngkin kepada klien atau bakal klien..
dan memamng betul client yang mencarum dan menjadikan kita wakil kita..maka tanggungjawab kita terhadap mereka dari A sampai Z
pendekatan yang bagus. saya lagi suka open table macam ni daripada berdiri dan main approach je random person. lagi terkejut macam tu hahaha
keberkalian agak rendah sebab secara random..
manusia lebih suka diberi perhatian…
Tahniah dan Good Luck!!
Dah nampak usaha dan inisiatif untuk lebih maju dalam bidang ini… 😉
Anuar recently posted…H&H Guesthouse Homestay di Sitiawan Perak
terima kasih tuan..saya guna pelbagai strategi dan kaedah untuk mempromosi takaful
masih lagi relevan promosi takaful kaunter bergerak.. ada yang kadang2 jumpa sendiri kat meja kita tuh.. kira serah dirilah.. tapi percent sangat sikit
zik recently posted…Tonton live nahu rindu episod1,
kalau diberi pilihan memang saya tak nak kaunter nie…ramai yang buat make donno sahaja..nak sergah ramai pula yang lari
Memang mencabar kalau nak jadi ejen takaful ni..
kena berikan penerangan sebab ramai yang masih blur tentang takaful ni
memberi penerangan yang jelas memang menjadi tanggungjawab wakil takaful…seni memberi kefahaman kepada orang lain sangat penting
Cabaran getir gak rupanya nak promosi produk takaful nie kan…sebab kalo fikir tentang perkara musibah sepatutnya orang mudah jek nak tahu dan minat untuk sertai. InshaALLAH bro boleh lakukannya nanti…ameen
tahap cabaran meningkat dengan cabaran ekonomi yng kita hadapi sekarang ini
ramai agen takaful sekarang ye.. ada kat mana2
nikkhazami recently posted…Tarikh Israk Mikraj 2017 Malaysia
ramai juga yang dah tersungkur disebabkan ujian bidang ini sangat mencabar
Ada dapat free gift tak untuk yang datang ke kaunter tu nanti 😀
sabree hussin recently posted…Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?
tulah yang tengah nak buat..free gift untuk pastikan mereka rasa tak rugi datang ke kaunter..air mineral pun jadilah