Kaunter Takaful Di SMK Muara Tuang Samarahan

Selama dua hari mrhanafi dan dua lagi rakan perunding takaful yang lain berada di sekolah SMK Muara Tuang untuk buat kaunter takaful. Lokasi sekolah tersebut berada di kawasan Samarahan.

Kira tak jauh dari kawasan mrhanafi tinggal.

Hari pertama suasana agak kelam kabut. Para cikgu ketika itu kelihatan sibuk. Mereka berkejaran masa.

Sudah tentu tugas kami untuk mempromosi dengan pendekatan langsung kurang menjadi.

Hari kedua pula kami masih mengisi slot kaunter di sekolah Muara Tuang. Memandangkan kami bertiga semua pendatang baru dalam dunia takaful tentunya kami banyak belajar teknik yang sesuai untuk mendekati orang yang tidak dikenali.

WAJIB BACA :   5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin

Mrhanafi agak terkesan dengan salah seorang dari ahli kami. Beliau tanpa berputus asa dan jenis tebal muka.

Usahanya sangat konsisten untuk menjalankan tugasnya. Terbaik usaha begitu.

Secara ringkasnya mrhanafi dapat belajar sesuatu.

Kaunter takaful

Sebelum pergi menjalankan operasi buka kaunter mesti merancang strategi. Nak sergah para cikgu atau nak ‘approach’ secara santai.

Terpulang kepada situasi dan keadaan.

Hari terakhir mrhanafi mencuba makan tengahari di kantin sekolah. Ada lauk ikan kari dan sayur serta air sirap.

Kos dalam RM5.50. Murah lagi la tu. Cuma kalau setiap hari belanja RM5.50 memang besar juga bagi poket seorang pelajar,

IMG_20170302_123346

Akhir kata mrhanafi dan rakan-rakan perunding takaful yang lain mengucapkan terima kasih banyak kepada para guru di SMK Muara Tuang.Layanan PK HEM selaku person in charge kepada kami memang terbaik.

WAJIB BACA :   Terbongkar Cara Sejukkan Bilik Tanpa Air Cond

Sekiranya ada kekurangan mohon maaf dan jumpa lagi.

Kami akan ke sekolah lain lagi selepas ini dengan teknik dan cara yang berbeza.

Sekian.Salam kasih sayang dan jumpa lagi.

  • Kemas kini 26/12/24

10 thoughts on “Kaunter Takaful Di SMK Muara Tuang Samarahan”

Leave a comment

CommentLuv badge