Baru-baru ini ada Promosi Takaful Di SK Dato Traoh Samarahan. Mrhanafi bersama team Agensi Nur Ikhwan berkesempatan untuk berkampung selama dua hari di sekolah tersebut.
Pelbagai kisah dan perkara menarik terakam semasa promosi takaful tempoh hari. In shaa Allah akan mrhanafi kongsikan dalam artikel pada kali ini.
Pada hari pertama, kami berada di sana sudah terasa auranya. Murid-murid sekolah rendah menyerbu kaunter kami. Mereka meminta risalah yang kami sediakan. Bukan itu sahaja.
Ada yang bertanya soalan yang bagus dan sesuai dengan tahap umur mereka.
Dalam masa beberapa jam sahaja,risalah dan pamplet yang kami bawa habis licin. Semasa menyerahkan kepada murid-murid tersebut kami sempat memberitahu supaya serahkan kepada ibu bapa masing-masing dan pesan untuk ibu bapa mereka supaya baca risalah dan hubungi nombor yang tertera untuk makluman lanjut.
Sungguhpun pendekatan begini belum tentu berkesan namun itulah tujuan kami membuat promosi supaya penduduk Samarahan tahu kewujudan Agensi Nur Ikhwan ada menyediakan khidmat takaful keluarga dan takaful am.
Masuk hari kedua aktiviti promosi kami berjalan lancar. Sambutan dari para murid lebih menyeluruh.
Bayangkan kaunter kami sekali lagi diserbu oleh murid-murid pra sekolah.
Mereka sangat teruja untuk mengetahui promosi yang kami dijalankan.
Ternyata golongan sasar yang kami cari kurang menjadi. Ibu bapa yang dijangka mengambil wang bantuan persekolahan pada hari kedua kami membuat kaunter ditunda pada hari lain.
Terlepas peluang keemasan dan kami redha bahawa bukan rezeki kami pada kali ini.
Team Perunding Takaful dari Agensi Nur Ikhwan terpaksa akur untuk tidak ‘sergah’ guru-guru yang berada dalam bilik guru.
Malah kami diingatkan untuk tidak mengganggu guru-guru yang tengah mengajar dalam kelas.Itulah “Do and Don’t “ yang telah dipersetujui dalam surat permohonan ke pihak pengurusan sekolah.
Berpegang kepada prinsip profesionalisme maka kami sebagai perunding takaful bekerja secara berhemah dan beretika.
Kami hanya membuat promosi dan menarik minat serta membuka pemikiran para prospek supaya ada kesedaran betapa pentingnya takaful dalam berhadapan risiko maut,kemalangan dan sakit.
Jika tiada apa-apa berlaku sepanjang tempoh polisi sehingga tarikh matang maka itulah yang sebaik-baiknya.
Duit caruman peserta takaful boleh digunakan untuk pesaraaan,pelaburan,melancong dan sebagai.Ingatlah duit itu adalah duit anda dan kami sebagai sebagai Perunding Takaful cumalah orang tengah antara pencarum dengan pengendali institusi takaful.
[nota mrhanafi]
Kami team Agensi Nur Ikhwan sangat menghargai bantuan dan keprihatinan pihak sekolah SK Dato Traoh yang sudi membenarkan kami membuat kaunter promosi takaful.
Untuk itu jutaan terima kasih diucapkan dan kepada para ibubapa yang menerima risalah dan pamplet kami bolehlah menghubungi sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang takaful.
Kami sedia mendengar dan kami sedia membantu anda.Jangan tunggu sampai esok jika hari ini adalah kesempatan terbaik buat kita semua.
- Kemas kini 25/12/24
n
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Filem La La Land
komen ‘n’ sahaja atau no komen nie..
hehehe
Bagus juga alert takaful ni ke sekolah-sekolah ya
MeqZa Abdul Rahman recently posted…Perlahankan Proses Penuaan? Mudah Aje Caranya…
buat di sekolah bukannya mudah sebenarnya ..
perlu minta kebenaran dengan pihak pentadbir.
wah, good luck pada team mr.hanafi!!
terima kasih..bagi sokongan..
Terbaiklah tuan Hanafi.
Semoga sukses selalu ya.
Elih Japahar recently posted…Cara Pilih Produk Murah Pasti Laku Keuntungan Besar
terima kasih tuan…
semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita nanti
boleh lah nanti klu berminat dgn takaful trus tnya hanafi…
dalam banyak-banyak hanya sedikit sahaja yang berminat..
semoga dipermahkan urusan bro dan team bro
aamiin dan terima kasih bro…
Budak-budak tu nampak seronok ada promosi takaful kat sekolah.. 🙂
dedauncomel.com recently posted…Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di Rumah
budak-budak tak takut dengan takaful sebagaimana orang dewasa..