Ternyata cara port out Celcom ke Digi sangat mudah…

Sebenarnya cara port out Celcom ke Digi sangat mudah. Saya ceritakan pengalaman sebenar saya tempoh hari.

Saya beralih dari Celcom Postpaid yang saya langgan selama enam tahun. Bayaran dalam RM95.40 sebulan dengan pakej panggilan percuma ke semua rangkaian dan data 40GB.

Memandangkan bukan keperluan saya untuk telefon setiap hari dan data pula jarang habis maka rasa tidak berbaloi untuk membayar komitmen tersebut.

Rumah dan pejabat ada talian WIFI.

Selepas timbang tara, ada baiknya saya menggunakan prepaid kerana lebih murah dan jimat.

Lagipun tiada istilah setia jika ada pilihan yang lebih baik …hehehe. Jangan salah anggap pulak.

Jom saya kongsikan Cara port out Celcom ke Digi dengan ringkas.

WAJIB BACA :   Artikel Bulan Ramadan Berbentuk Cerita

Cara port out Celcom ke Digi

Cara port out Celcom ke Digi

Prosesnya boleh selesai tidak sampai 24 jam. Selepas tempoh tersebut saya sudah menjadi pelanggan Digi.

Atas kertas, Celcom dan Digi bersaudara tetapi secara praktikal masih ada pelanggan yang berbeza.

Pertama sekali pergi ke Digi Centre. Jangan keliru pulak untuk pergi ke Digi Store. Macam sama tetapi ada beza.

Beli kad sim Digi yang berharga RM10. Agen yang berada di Digi Centre bagi cadangan untuk beli reload sekali.

Beli sajalah untuk mereka dapat juga bisnes.

Selepas itu agen tadi akan minta kad pengenalan dan nombor telefon Celcom untuk membuat pendaftaran.

Tidak sampai lima minit, proses selesai.

WAJIB BACA :   Kisah Datuk Blogger Yang Menyedihkan

Namun jangan cabut dulu kad sim Celcom sehingga kita dapat mesej yang akan mengesahkan kita untuk port out Celcom dan port in ke Digi.

Celcom bagi tempoh dalam dua jam sahaja. Jika kita tamat tempoh tersebut, proses port out tersebut akan terbatal secara automatik.

Terpaksa tunggu tiga hari dan pergi semula ke Digi Centre. Sebab itu jangan leka.

Setelah dapat mesej dari Celcom, balas mesej seperti arahan yang diberikan.

Celcom akan bagi pilihan Port Out No dan Port Out Yes.

Jika No bermakna kita tidak jadi dan Yes maka kita setuju untuk proses berpindah Celcom ke Digi.

Tidak sampai 24 jam, isyarat Celcom anda akan hilang. Pada waktu inilah masukkan kad sim Digi.

WAJIB BACA :   Dari Blogger menjadi Youtuber

Selepas itu proses perpindahan telco lama ke baru sudah selesai. Senangkan untuk cara port out Celcom ke Digi.

Semoga ada manfaatnya.

24 thoughts on “Ternyata cara port out Celcom ke Digi sangat mudah…”

  1. Saya pula pelanggan Digi Prepaid ke Unifi Mobile postpaid (tanpa kontrak). Asalnya dari Maxis ke Celcom. Dah banyak kali port in/out. Yang mana menjimatkan, kita pilih. Ini pun dah rasa membazir. Sebab wfh, pakai WiFi rumah. Jarang pula keluar. Better saya pilih unifi mobile prepaid je kan. Jimat separuh. Hmmm..

    Reply
  2. Saya pernah buat dari Maxis ke Digi. Saya juga pakai prepaid. Sebab dah lama prepaid, dia offer tukar ke postpaid. Tak mahulah saya, buat apa bayar bil bulan-bulan. Prepaid sekarang, setiap kali top-up, RM15 je sebulan, tak pernah lebih RM30.

    Reply
    • Celcom dan Digi sudah bergabung namun belum sepenuhnya.

      Keduanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing

      Sekarang Fanny masih guna Digi lagi ke ?

      Reply
  3. Assalamualaikum Saudara Hanafi,

    Saya banyak pengalaman dalam menggunakan talian telko.. dulu saya pernah jadi agen Altel dan port out dia sgt mudah.. since pengurusan Altel diperingkat bawah tidak memuaskan saya bertukar ke Webe (Unifi) sampailah satu tahap tu harga pakej telah diselaraskan berbeza dengan pakej sebelum ini.. So bertukar kepada Wow Digi.. Kini saya pengguna dan agen wow digi.. Saya juga adalah pengguna setia Maxis sehingga kini 🙂
    MYiDEAKiNi Dot Com recently posted…Segmen #SuaraBloggerMy Profile

    Reply
    • Wsalam…saya ada juga terdengar wow digi ini…dan ia cukup bagus..sasaran saya untuk guna prepaid kali untuk elak bayar bil setiap bulan hehehehe

      Reply
  4. Saya da lama meninggakan celcom prepaid sebab rasa tak berbaloi.. Digi pula skrg ini selepas joint celconm dah jadi tak tentu hala taliannya.. sedih.. kikiki..

    Reply
  5. saya juga dulu asalnya pengguna Celcom dgn pangkal 013 dan akhirnya saya memilih utk port out ke Digi.. dan betul prosesnya cepat & mudah.. kini tidak perlu lagi byr bulanan hehehe
    anamizu recently posted…Octopus TakoyakiMy Profile

    Reply
  6. kalau liputan internet ok kalau kita ke sesuatu kawasan yg agak jauh dr bandar, rasanya ok je kalau beralih ke talian lain. service provider pun makin baik saban tahun. x mcm ms memula kita guna hp dulu hehhee

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge