Gaza mohon doa

Semenanjung Gaza tidak besar. Keluasannya cuma 365KM persegi. Jika buat perbandingan keluasan, Kuching lebih luas iaitu 450KM persegi.

Namun ketika catatan ini dibuat, Taufan Al-Aqsa sudah memasuki hari ke lapan.Untuk makluman Taufan Al-Aqsa adalah operasi serangan pejuang Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 yang lepas.

Kesan daripada serangan tersebut, rejim Zionis bertindak balas dengan membedil Gaza menggunakan serangan udara. Bukan itu sahaja, rejim Zionis telah memutuskan bekalan elektrik, air, makanan dan tenaga ke atas Gaza.

Bantuan kemanusiaan disekat dan akses internet juga diputuskan.

Malah mereka juga mendesak penduduk Gaza di wilayah udara berpindah ke selatan dalam masa 24 jam. Ada yang sanggup berpindah dan masih ada juga yang tetap bertahan di rumah sendiri.

WAJIB BACA :   Panduan mudah atasi rasa sunyi dalam hati

Perpindahan ini atau pengusiran tersebut pernah berlaku pada 50 tahun dahulu.

Ancaman pengeboman besar-besaran di utara Gaza dibuat untuk menakutkan atau sebagai sebagai perang saraf.

Bayangkan betapa berat dan peritnya dugaan penduduk Gaza yang sudah disinonimkan dengan penjara terbesar di dunia.Pintu masuk ke Gaza ditutup terus. Sempadan masuk melalui Mesir dan Israel belum lagi dibuka.

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang penduduk Gaza, Dr Mohamad Kullab meminta seluruh dunia mendoakan mereka.Kini beliau sudah syahid dalam peristiwa terburuk tersebut.

Sehingga kini, serangan darat rejim Zionis belum lagi dimulakan.

Ada laporan menyatakan pasukan tersebut terpaksa menunda operasi serangan darat akibat cuaca buruk.

WAJIB BACA :   Petua Mudah Untuk Tidur Lena [ Edisi kemas kini ]

Ramai penganalisis mengandaikan serangan darat ini sangat ditunggu oleh pejuang Hamas. Mereka lebih kuat berbanding serangan udara.

Boleh dikatakan kemasukan tentera rejim Zionis ke tanah Gaza umpama masuk ke dalam kubur sendiri.

Jadi ada benarnya, orang Gaza atau pejuang Hamas mohon doa kita semua agar mereka lebih kuat, lebih berjaya dan memenangi operasi Taufan Al-Aqsa ini.

Orang Palestin mahu negara merdeka manakala pemimpin rejim Zionis mahu melupuskan tanah Palestin dalam peta dunia.

Sama-sama kita doa untuk Palestin agar mereka dapat nikmat hidup aman dan damai seperti kita.

Aamiin

14 thoughts on “Gaza mohon doa”

  1. Memang sakit hati, marah, sedih tengok apa yang jadi di Palestin sekarang. Hanya mampu doakan Zionis burn in hell forver and the Palestinians happily ever after in jannah. Ameen

    Reply
  2. aaamiiin, saya doakan warga Palestina bisa berdiri di negaranya sendiri nantinya. berharap perang ini bisa berakhir, dan mereka bisa hidup nyaman seperti kita di sini. ❤️

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge