Kalau ada penyakit hati, ini solusinya !

Saya faham selagi kita hidup selagi itulah ada masalah yang sifatnya silih berganti. Satu masalah selesai maka akan ada dua atau tiga masalah lain yang akan menyusul.

Baik masalah berupa hal dunia mahupun hal akhirat. Isu kecil atau isu besar. Yang pasti masalah itu tetap ada mengiringi kehidupan kita sehingga terhentinya nafas seorang manusia.

Cuma saya lebih setuju dan suka kalau masalah itu ditakrifkan semula sebagai cabaran.

Biarpun maksud sama tetapi sebutan berbeza. Perbezaan sebutan itu menjadikan hati dan jiwa kita lebih positif, bersedia dan mampu menghadapinya.

Hati-hati apabila berbicara tentang hati terutama berkaitan penyakit hati. Apabila hati berpenyakit maka menyumbang kepada banyak masalah atau cabaran sebagaimana isu yang berlaku sekarang ini.

WAJIB BACA :   Artikel Bulan Ramadan Berbentuk Cerita

Ya, cabaran global terkini ialah Perang Israel ke atas wilayah Gaza untuk menghancurkan penduduk Palestin ke tahap paling mudarat. Contoh yang amat signifikan dengan penyakit hati seperti dendam kesumat dan bongkah serta angkuh tahap Gaban.

Dengan tindakan kejam luar kemanusiaan, rejim Israel memutuskan bekalan makanan, air, elektrik dan gas ke atas Gaza.

Bukan setakat itu sahaja, kerahan askar juga dihantar untuk membuat serangan darat ke atas bumi para anbiya di Palestin.

Perang Israel adalah tindak balas ke atas serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober 2023 yang lalu. Operasi Hamas dikenali sebagai ‘Operation al-Aqsa Storm’, telah mengejutkan dunia kerana ia berlaku tanpa disangka-sangka.

WAJIB BACA :   Santai Bersama Buah Hati Di Aeon Mall Kuching Memang Seronok Giler

Baiklah, artikel ini bukan untuk membicara hal tersebut panjang lebar. Saya cuma mahu menunjukkan soladariti ke atas Palestin yang tertindas di bumi sendiri sejak 1948 lagi yakni sudah berlarutan 75 tahun.

Saya ingin berkongsi beberapa penyakit hati dan solusi atau penawarnya.

Ia tiada penjelasan lanjut dan cukuplah anda mentafsir gambarajah dan perkataan yang telah disertakan.

Semoga ada manfaatnya.


Kredit kepada page RacunBelanja

Comments 24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge