Pejuang Hamas dan Gaza berdarah

Pejuang Hamas

Seluruh dunia dikejutkan berita serangan Hamas ke atas Israel dan serangan balas Israel ke atas Gaza. Hari ini bumi Semenanjung Gaza berdarah, musnah dan ramai penduduk mati syahid.

Pada pukul 6.30 pagi bersamaan 7 Oktober 2023, roket pertama dilancarkan ke sempadan penempatan haram Israel. Itulah detik permulaan serangan terbesar pejuang Hamas melalui udara, laut dan darat sejak konflik Israel-Palestine berlangsung

Agen perisik Israel, Mossad yang dikatakan paling handal di dunia tidak mampu mematahkan serangan mengejut yang tidak disangka-sangka itu.

Ternyata serangan tersebut menjatuhkan maruah dan moral rejim Zionis yang memandang rendah kemampuan orang Palestin.

Hamas atau Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah atau Islamic Resistance Movement” ditubuhkan pada 1987

Pejuang Hamas dipimpin oleh Ismail Haniyeh. Beliau lahir dan membesar di khemah pelarian Gaza. Kini beliau dikatakan berada di Doha, Qatar.

Dalam serangan pada 7 Oktober 2023 itu pejuang Hamas yang dibarisi oleh tentera Al-Qassam mempunyai dua matlamat utama iaitu

1.Sebagai membalas dan menghukum Israel kerana pendudukan, penindasan dan penempatan haram serta pencemaran Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

2. Sebagai tanda protes Hamas terhadap normalisasi negara Arab dengan Israel serta alternatif untuk pertukaran banduan serta tahanan politik lain dari penjara Israel.

Pejuang Hamas mengelar tindakan tersebut sebagai ‘Operation al-Aqsa Storm.

Apa yang menarik juga ialah Hamas telah mencipta roket sendiri dan melatih para pejuangnya sendiri untuk operasi tersebut.

WAJIB BACA :   Tip memikat wanita yang mesti dirahsiakan

Namun natijah serangan ini telah mendapat serangan balas dengan menghancurkan Semenanjung Gaza. Bangunan seperti sekolah , masjid dan tempat tinggal musnah akibat serangan tersebut.

Bukan itu sahaja, penduduk Gaza disekat sumber makanan, elekrik, gas dan air sebagai balas dendam yang tak sudah.

Rata-rata media asing mengelar Hamas sebagai pengganas dan penyumbang keganasan. Media sosial mereka juga menukar nama konflik Israel-Palestine kepada konflik Israel-Hamas.

Secara peribadi lebih tepat kalau digelar konflik Zionis-Hamas. Barulah nampak konsep pengganas sebenar lawan pejuang keadilan.

Tetapi mereka cuba menutup mata bahawa tindakan  serangan balas ke atas Gaza yang dihuni dua juta penduduk itu adalah ibu kepada segala keganasan.

Umum mengetahui keganasan rejim Zionis bukan hanya berlaku pada masa kini sahaja tetapi sejak tahun 1948 lagi.

WAJIB BACA :   Pakej Lelaki Hensem

Ayuh umat Islam seluruh dunia,  mari kita mendoakan keamanan dan kemenangan perjuangan Hamas demi menegakkan keadilan dan hak asasi manusia di Palestin.

Kita ada senjata yang lebih hebat, ampuh dan berkuasa yakni doa. Sebab itu kebanyakan masjid di negara ini sudah mengadakan doa Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat fardu.

Saya sebagai insan kerdil yang anti keganasan dan cinta kedamaian juga berdoa dengan skrip doa di bawah. Mohon diaamiinkan.

“ Ya Allah, Yang Allah, Ya Allah, Engkau Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Kami semua memohon pertolonganMu untuk memberi kekuatan, kemenangan dan kejayaan kepada Hamas dalam perjuangan mereka menegak keadilan di bumi para anbiya Palestin dan mengembalikan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Tanamkan perasaan ketakutan dan kegerunan dalam hati mereka yang memusuhi Hamas.

Ya Allah, sesungguh kami amat cintakan keamanan dan kedamaian sesuai dengan agama Islam yang berintipatikan kesejahteraan untuk dunia dan akhirat. ”

Aamiin Ya Rabbil Aalamiin.

22 thoughts on “Pejuang Hamas dan Gaza berdarah”

  1. Amin, yarabbal Alamin…
    Entah bila, tak berkesudahan perang Palestin ni, dari dulu.. ramai yang dah terkorban. Tapi semangat dia orang memang kuat kan, ramai syahid.

    Reply
  2. entah sampai kapan peperangan di negri ini akan berakhir,sampai akhir zaman? entahlah, semoga saja masih ada kedamaian di bumi ini…pray for Palestine, kami selalu mendukungmu dengan doa 🤲.

    Reply
  3. Bila diserang dialah mangsa pengganas..masa dia menyerang, ohhhh itu tidak mengapa.

    Semoga Allah mempermudahkan segalanya buat saudara kita di bumi Palestine

    Reply
  4. sedih bacanya. kenapalah mereka ini tak habis2 berperang 😭. tak dipikir kah wanita , orang tua, dan anak2 yang menjadi korban dari kedua belah pihak.

    semoga ada kedamaian nantinya . Negara2 arab sendiri kliatannya tak juga mau membantu.. ada teman saya yg tinggal di Dubai, di sana ga boleh membicarakan hal ini. samasekali dilarang. jadi dia ga berani, Krn takut kalo kedengaran oleh perusahaan tempat bekerja, bisa distop kontrak kerja dan deportasi.

    akhirnya mengeluh di grub wa lah.

    Reply
    • Memang sangat sedih…saya pada hari ketiga serangan Israel ke atas Palestine masih tersisa kesedihan..

      Dulu pernah negara Arab membantu namun mereka juga keletihan untuk berperang..

      Yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak akan berputus asa ialah orang Palestin sama ada di Semenanjung Gaza atau Tebing Barat

      Reply
  5. mereka sudah lama dijajah. ibarat org yg dah lama menahan sabar. bila dicuit kesabarannya, maka meletuslah segala yg dipendam.

    jangan berhenti membaca doa qunut nazilah!

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge