Talian Celcom Ada Gangguan Perkhidmatan

Talian Celcom Ada Gangguan Perkhidmatan..Hari yang kurang mengembirakan.Pagi pagi sekitar jam 6.30 am, talian  Celcom ada gangguan.Ramai pelanggan Celcom mengeluh.Tiada isyarat.Panggilan keluar atau masuk langsung tak dapat.Data pun sama.

Saya tak dapatkan bayangkan bagaimana kalau si suami dan si isteri hanya mempunyai talian Celcom.Mereka tidak dapat berhubung untuk menyatakan rasa cinta dan sayang.Bukan sekejap tetapi agak lama juga.

Itu kisah orang.Ini kisah saya sendiri.Saya lebih suka cerita hal sendiri berbanding cerita hal orang lain.

Saya merupakan pelanggan Celcom.Dari dulu lagi sehingga sekarang.Sekali sekala sahaja beralih angin kepada Digi,Maxis dan Umobile.Itupun sebagai talian telefon yang kedua.

Saya membesar dengan Celcom.Sekarang usia pun dah semakin ke tua.Celcom tetap jadi pilihan biarpun Celcom tak bagi duit sebaliknya saya sahaja bagi duit untuk Celcom.Ayat sentap yang boleh diguna oleh usahawan telco.

Kelebihan Celcom kerana rangkaian yang terluas dan agak pantas serta agak baik.Saya kata berdasarkan pengalaman sendiri yang merupakan pelanggan Postpaid.

Talian Celcom

Sebelum ini guna Xpax Burung Hantu iaitu talian Celcom Prabayar paling popular.Lepas tengah malam saya aktif.Saya gunakan kesempatan data tanpa had untuk kerja-kerja blog dan layan Youtube.

Tak lama selepas itu mereka keluarkan syarat baru.Cuma guna data 10 GB .Nak lebih langgan data baru.Tak habis boleh bawa kehadapan.Itupun tak lama.

Macam-macamkan pengalaman saya bersama talian Celcom dan sekarang masih setia bagaikan dua kekasih Uda dan Dara.

Namun pada hari 13 Jun 2017 saya kecewa dan geram.Ada masalah tekniknal yang berlaku.Yang sedihnya dah petang baru tahu.

Akibatnya pagi itu saya perlu reload M8 untuk data backup.Keluar la bajet RM20 untuk dapatkan 1GB data.Blogger punya pasal saya hantam sahaja labu.(agak kasar bahasa nie).

Cuma petangnya barulah saya dapat info dari group Whatsapp

Khas Untuk Celcom User.

TA Broadcast in progress…

Dear Tech Alert Admin,

Below is for your action for Tech Alert.

Severity
• Hi-Critical

Introduction:
• Customers Unable to Make Outgoing Call.
• Celcom Subscribers Nationwide .
• Reference Trouble Ticket: NTT: 1-100429987341)

Service Affected:
• VOICE

User Affected:
CELCOM POSTPAID/PREPAID SUBSCRIBERS

Affected Time:
The affected time is as follows:-
• Date: 13th June 2017
• Start/End Time: 06:45AM until further notice
• Duration: TBA

Technical Details:
· Suspect due to router or switch failure.

Tech teams are working to resolve the issue.

Cerita tentang masalah teknikal Celcom dah selesai.Memandangkan ada yang masih stress dan kurang seronok saya kongsikan  satu cerita yang  boleh mencuit hati.

Kisah lawak Celcom

Cerita ini saya telah ubah suai supaya kena dengan artikel yang saya tulis.Jom gelak sama-sama kalau ianya lucu :

Pada suatu hari seorang cikgu tengah mengajar topik teknologi dan sains kepada anak muridnya.

“Murid-murid, telco apa yang bermula dengan huruf ‘C’?”

Murid paling depan bangun menjawab.

“Celcom, cikgu.”

Lalu dia dipuji oleh cikgu itu dengan penuh bangga.

“Bagus, cerdik jawapan awak.”

“Soalan seterusnya, telco apa pula yang bermula dengan huruf ‘D’?”

Semua murid tidak dapat menjawab, lalu murid yang dipuji tadi bangun lagi.

“Dua dua Celcom, cikgu,” jawapan penuh yakin.

Murid-murid lain tergelak sampai senak perut. Cikgu mula marah.

“Awak berdiri atas kerusi,” kata cikgu.

“Soalan seterusnya, telco apa pula yang bermula dengan huruf ‘M’?”

Semua diam.

Bila tiada yang menjawab, murid yang berdiri atas kerusi bersuara.

“Mungkin Celcom.”

“Awak pergi berdiri luar kelas!” jerit cikgu yang mula stress.

“Soalan terakhir. Telco apa pula yang bermula dengan huruf ‘T’?”

Macam tadi juga, tiada murid yang dapat menjawab. Kelas sunyi sepi.

Tiba-tiba, dari luar kelas, murid tadi menjawab lagi.

“Tahu tahu jelah  Celcom.”

Cikgu menghalau murid berkenaan ke luar kelas. Murid lain yang melihat cikgu tengah marah cuba memujuk hati cikgu. Murid murid pun meminta cikgu bertanya lagi soalan.

Cikgu menyuruh ketua kelas melihat di luar bagi memastikan pelajar tadi tiada diluar kelas supaya pembelajaran tidak terganggu.

Ketua kelas menjengguk dan didapati pelajar yang berada di luar kelas telah tiada hilang entah kemana.

Setelah pasti pelajar berkenaan tidak mengganggu barulah guru bertanyakan soalan.

Telco apa yang bermula dengan huruf ‘ U ‘.?

Seperti tadi semua murid tidak dapat memberikan jawapan. Setelah suasana senyap selama satu minit , tiba tiba terdengar suara di pembesar suara sekolah yang berbunyi,

” Untung la  CELCOM ”

Cikgu pun pengsan sebab walaupun dia pernah menjadi murid nakal ada lagi anak murid lebih nakal dari dia.

Maafkan saya kerana cerita ini lawak semata-mata.

p/s : Soalan bonus apakah F.I.$.H.Jawapan lihat dibawah :

arrow

<<[ Formula Income $eumur Hdup ]>>
FI$H

 

(Visited 76 times, 1 visits today)

6 thoughts on “Talian Celcom Ada Gangguan Perkhidmatan

  1. Saya pun pelanggan Celcom lalu tertarik baca post tuan. terhibur juga di petang ini walaupun coverage celcom di kawasan saya ni kadang2 lembap macam siput.. takpelah saya guna wifi ofis je sementara balik rumah.
    PCL recently posted…HANIS Umairah Birthday !My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge