Jom fahami maksud, punca dan tanda-tanda burnout 

Mungkin ada di kalangan kita belum faham secara jelas maksud dan tanda-tanda burnout. Mari saya kongsikan serba sedikit.

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan ‘burnout’ ialah keadaan di mana emosi, mental dan fizikal mengalami keletihan.

Dalam erti kata yang lainnya, letih secara total dalam semua perkara.

tanda-tanda burnout 
Hasil AI

Punca utamanya kerana tekanan berlebihan yang tidak mampu untuk ditampung oleh individu berkenaan.

Tekanan boleh datang dari beban kerja yang berlebihan dan tiada keupayaan untuk melaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Terdapat juga persekitaran pekerjaan yang kurang sesuai, tiada kemahiran dan individu kurang berminat dengan bidang yang diceburi

WAJIB BACA :   Kisah Cinta Berprofil Tinggi Penuh Misteri

Selain itu burnout dipengaruhi oleh personaliti yang mahu kerja yang menepati kesempurnaan dan prinsip peribadi yang mahu mencapai kejayaan sangat tinggi.

Bukan itu sahaja kerana ada individu pesimis dengan kemampuan diri dan ada juga yang tidak percaya kepada orang lain sehingga sanggup untuk melakukan seorang diri.  

Apakah tanda-tanda burnout?

tanda-tanda burnout

1.Suka untuk tidur

2.Emosi yang mudah marah

3.Letih sepanjang masa

4.Hilang minat pada pekerjaan

5.Mengundur diri dari tanggungjawab

6.Kerap sakit kepala, otot dan belakang badan.

Kesimpulan

Langkah penyelesaian burnout rujuk kepada beberapa perkara seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

1.Rehat sebentar

2.Meluah perasaan kepada seseorang

3.Urus emosi dengan positif

4.Bermonolog dengan kata-kata positif

WAJIB BACA :   Pekena capati di kedai mamak

5.Makan makanan yang berkhasiat

6.Buat latihan pernafasan teratur

7.Berjumpa dengan pakar kaunseling

8.Berdamai dengan pencapaian sendiri

Semoga info yang ringkas ini bermanfaat buat semua..

30 thoughts on “Jom fahami maksud, punca dan tanda-tanda burnout ”

  1. saya pernah di fase ini, saat tekanan pekerjaan benar2 menekan banget. stress pasti nya. tapi kalo cara saya, udah waktunya saya harus travel jauh, saat sudah burnout begitu. dan itu yg bikin refresh lagi

    tapiiii memang tak semua bisa memakai cara ini. kalopun saat itu saya tak bisa cuti misalnya, saya pakai alternatif, lakukan hobi saya, workout di gym.

    semakin berkeringat, semakin mood saya happy dibuat. itu yg selalu saya rasain selesai workout. karena memang berolahraga itu bikin mood stabil.

    tak suka workout, cobalah cari waktu utk mengerjakan hobi masing2. insyaallah berhasil juga

    Reply
  2. ini kelelahan mental ya… tanda -tandanya seperti di atas, betul memang harus ambil waktu atau jeda sejenak karena kita bukanlah robot , berbicara pada konseling jika terlanjur parah seperti nya cukup membantu.

    Reply
  3. terbaca komen semalam kat FB. katanya, kerja tu biar berpada-pada esp yg makan gaji. once kita sakit or berhenti kerja, majikan dah cari pekerja lain utk replace jawatan yg kita tinggalkan.

    so sayangi diri dan jagalah kesihatan fizikal dan mental jgn smpi burnout…

    Reply
  4. Macam pernah burnout masa kerja dulu tapi sekarang alhamdulilah dah takde burnout ni. Kena uruskan dengan bijak sebab takut membawa kepada perkara yang tak baik pula….

    Reply
  5. Betul..saya kalau stress berkenaan kerja, balik kerja saya tidurrrrr awal, malas fikir. Lps tu saya mengumpat masalah office dengan suami saya. Hehehehe.

    Tetapi ditempat kerja, stress macam mana pun kena act cool..

    Reply
  6. Cara saya biasanya buat aktiviti fizikal macam joging/ hiking. Tapi sekarang bila masuk musim hujan ni, memang mood agak kelaut jugaklah nak cari waktu panas untuk keluar riadah. Kalau riadah dalam rumah memang burnout tak hilang..wajib kena keluar jugak

    Reply
  7. ldy pernah lalui saat pkp 1st dlu… dugaan kami terpaksa kuarantin di office dengan anak2 n suami.. sebab xsempat balik, polis berkeliaran seperti memburu penjenayah.. sampai laman office dipenuhi oleh bunga2.. sebab ditanam disebabkan borng thp yg xboleh dibincang.. nak keluar siram pokok pun nampak polis.. perlu struggle ajar anak waktu pkp, dan jaga baby baru menjengah dunia.. Alhamdulillah penghulu tempat tu menyedari kehadiran kami .. byk bantuan dihantar, tp rs kosong sebab bantuan untuk stress tidak diberikan ( 😛 ) kurang2 ambik anak dua ketul ni tlg jaga sekejap.. dengan kerja office lagi.. lps tu (entahla jika difikirkan mcm2 mslh bile terkurung). rasa time tu nak ‘habiskan’ semuanya… mcm2 terlintas tp cepat2 istifar..
    LadyBird recently posted…Restoran Cha Kuey Tiow Sedap Di Kuala TerengganuMy Profile

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge