Pengalaman lucu buat Mykad 12 tahun untuk anak bongsu

Buat Mykad 12 tahun

Inilah pengalaman buat Mykad 12 tahun yang kali ketiga rasanya untuk anak bongsu. Dia sudah genap 12 tahun kira-kira sebulan yang lalu.

Dengan usia sedemikian, dia layak untuk buat Mykad atau menukar kad sebelumnya daripada Mykid.

Dalam bahasa mudahnya menukar kad merah jambu menjadi kad biru.

Sebelum kejadian ada berlaku beberapa perkara lucu.

Kami pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negeri Bahagian Samarahan sekitar jam 2.45 petang.

Saya ambil nombor giliran di pintu pejabat.

Seperti biasa pejabat tersebut tidak sibuk berbanding pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak di Kuching.

Ketika pegawai bertanya dokumen, saya cuma beritahu ada bawa Mykid.

WAJIB BACA :   Nasi Lemak Bajet Terbaik Sehingga Menjilat Sudu

Dia kata mesti guna sijil beranak atau Cabutan Dari Daftar Kelahiran

Ah…sudah.

Saya dan anak terus bergegas balik ke rumah semula untuk mengambil dokumen keramat tersebut.

Tidak sampai 30 minit, kami kembali ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Kota Samarahan.

Nasib baik jarak rumah dan pejabat tidak begitu jauh.

Ketika ini ada satu lagi peristiwa lucu berlaku.

Pegawai yang bertugas meminta bayaran proses kad sebanyak RM10.

Habislah..!

Saya ketika itu cuma bawa wang tunai RM6 sahaja.

Nasib baik anak bongsu saya ada bawa beg duit sendiri.

Dapatlah pinjam RM10 untuk sementara waktu.

Dalam hati ada juga tertanya-tanya mengapa dikenakan bayaran.

Selidik punya selidik rupanya saya mohon mykad dia selepas 30 hari genap 12 tahun.

WAJIB BACA :   Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Makan Di Luar Selama Seminggu

Kalau mohon mykad  dalam masa 30 hari sebelumnya maka tiada bayaran dikenakan.

Kenapalah saya terlepas pandang perkara ini.

Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan. –JPN

Ada beberapa pengajaran yang boleh saya dan juga anda semua ambil perhatian daripada kisah tersebut.

Buat Mykad 12 tahun

Buat Mykad 12 tahun

1.Jangan menunda untuk buat Mykad 12 tahun setelah genap waktunya.

2.Dapatkan informasi lengkap sebelum keluar rumah walaupun perasan diri macam serba tahu.

3.Bawa wang tunai yang cukup walaupun kebanyakan tempat pembayaran sekarang menggunakan sistem tanpa tunai.( cashless )

4.Datang awal ke pejabat yang berkaitan agar ada masa lagi jika ada berlaku perkara luar jangkaan.

WAJIB BACA :   Ini kesan sebar berita palsu di media sosial…wajib tahu !

5.Sijil beranak masih penting maka simpan atau jaga sebaik mungkin.

Itu sahaja perkongsian kali dan semoga ada manfaat untuk anda semua.

26 thoughts on “Pengalaman lucu buat Mykad 12 tahun untuk anak bongsu”

  1. Saya pula anak yang boleh kata setiap hari ingatkan saya untuk buat mykad..terlalu excited untuk dia,tarikh hari lahir terus pergi ke JPN..tak sempat la saya nak lupa untuk buat mykad hehe

    Reply
  2. Ikutkan situasi ni… kenalah dgn peribahasa sediakan payung sebelum hujan…
    Hahahaha

    Cuya memg sentiasa bawa cash, utk emergency org kata

    Reply
  3. ohh jadi urutannya Mykid, mykad. nanti saat usia 18 THN ganti lagi tak Abang?

    kalo di sini utk anak2 bayi baru lahir sampai usia 5 tahun dibuatkan KIA (kartu identitas anak)

    nanti saat usia dah 5 THN – 17, diganti jadi KIA jenis kedua.

    baru lah setelah 17 THN ke atas ganti jadi KTP (kart tanda penduduk) seumur hidup.

    memang tak boleh lupa bawa dokument penting itu tiap kali nak perbarui kartu atau pasport juga 😄. selalu diminta

    Reply
    • Ya Fanny lepas umur 18 tahun kena ganti lagi

      baru lahir- 12 tahun = Mykid
      12 tahun – 18 tahun = Mykad
      18 tahun – mati = Mykad

      Reply
  4. Hehhehehehe nasib baik anaknya ada bawa beg duit. Kalau tidak kena ulang patah balik ke rumah la ye. Wahhh udah besar anak bongsunya ye. Didoakan menjadi anakanda yang beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Reply
  5. sebab ya kmk masa birthday anak atau selepas birthday ke-12 kmk ambik cuti semata-mata nak molah ic anak.. kira momen penting juak bah mun anak sulung… mungkin sbb ktk dh anak ke-3 ya dah x lalek gilak.. hahaha… surat beranak mun nak nait flight kmk mmg akan embak… mun x embak kelak mak kmk akn remind juak berkali² suruh embak… hahaha

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge