Apa itu obesiti ? Pasti ramai yang sudah tahu. Sebab ia bukan terlalu asing untuk kita semua. Istilah obesiti berasal daripada perkataan Latin.
Bahasa mudahnya, berat badan berlebihan. Mungkin lebih tepat kepada istilah sangat gemuk.
Baru-baru ini saya ada membaca buku Gaya Hidup Sihat Mengatasi Obesiti. Belum habis baca lagi tetapi isi kandungan sangat menarik untuk dikaji dan diulangkaji.
Buku tersebut hasil tulisan Dr Norsa’adah Bachok.
Menurut buku ini obesiti adalah hasil timbunan lemak dalam badan manusia kerana gaya hidup kurang akif, pemakanan tidak seimbang dan permasalahan hormon.
Saya akan kupas lanjut dalam artikel ini.
Cara mudah memahami obesiti dengan analogi berikut.
Anda cuba masukan barang ke dalam guni lebih banyak daripada barang yang dikeluarkan.
Bayangkan kita masukkan setiap hari dan apa akan jadi. Sudah tentu guni ini akan ‘gemuk’.
Table of Contents
Apa kesan buruk obesiti ?
Obesiti mengundang pelbagai kompilkasi kesihatan yang ditakuti ramai.
Penyakit tiga serangkai seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang.
Dalam istilah kesihatan, obesiti merupakan satu penyakit yang dinamakan sindrom metabolik.
Pendek kata, sebut sahaja penyakit yang tidak berpenyakit ada pada orang yang obesiti.
Malah dengan keadaan semasa seperti Covid-19, ada pesakit obesiti yang terkena virus ini menemui ajal masing-masing.
Bukan bermaksud saya menakutkan anda semua tetapi takutilah kesan dari obesiti itu sendiri.
Apakah penyebab obesiti ?
Makanan adalah penyumbang utama. Rata-rata makanan yang kita makan bergoreng, banyak lemak dan mempunyai kalori yang tinggi.
Apa yang anda makan itulah yang akan menjadi rupa anda.
Ini budaya kita ketika sarapan..
Nasi lemak orang kita suka makan. Selepas itu makan lagi roti canai bersama teh tarik.
Tak cukup lagi dengan kuih-muih yang beraneka rasa yang manis berlemak.
Belum lagi makan ketika coffee break, lunch, tea break, dinner dan supper.
Gaya hidup kita yang kurang aktif seperti duduk menghadap telefon pintar atau laptop dalam tempoh yang cukup lama.
Bayangkan dari terbukanya mata pada waktu pagi sehingga tertutupnya mata pada sebelah malam.
Pergerakan sangat kurang tetapi makan tetap bertambah.
Selain itu kadar metabolisme badan memang banyak mempengaruhi saiz badan seseorang.
Dengan peningkatan umur menyebabkan kadar metabolisma semakin menurun.
Kalau tidak percaya lihat kepada orang muda versus orang tua.
Orang muda makan banyak tak gemuk.
Orang tua makan sedikit terus gemuk.
Ini rasionalnya jika kadar metabolisma badan semakin berkurangan dengan peningkatan usia.
Apakah cara atasi obesiti ?
Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Mesti ada. Begitu juga dengan obesiti.
Obesiti boleh diatasi dengan beberapa cara berikut.
Mulakan dengan mengawal pemakanan. Cari makanan yang rendah kalori, kurang lemak dan tidak terlalu manis.
Makan makanan yang berkhasiat dengan portion yang sesuai dengan keperluan badan.
Selain itu cuba cakna untuk mengatur pola pemakanan.
Kurangkan pengambilan kalori setiap hari.
Sebagai contoh saya bagi angka berikut:
Kalori yang diperlukan Puan A setiap hari adalah 2000 kcal.
Puan A perlu ambil makanan dalam kalori 1800 kcal.
Ini bermakna ada deficit kalori sebanyak 200 kcal. Defisit kalori menjadikan Puan A susut berat badan dengan pengurangan lemak.
Selain itu kuatkan azam untuk bersenam. Hanya senaman yang betul akan memberi kesan yang positif kepada kesihatan.
Penyakit kronik boleh diatasi dapat berat badan ideal.( BMI).
Dalam usaha untuk mengatasi obesiti, senaman paling utama berbanding diet. Senaman membakar kalori dengan cepat dan berkesan.
Bagaimanapun senaman belum menjadi terbaik jika tidak disusuli dengan diet pemakanan yang teratur.
Setelah senaman dan pemakanan sudah dititik beratkan baharulah kita beralih ke kaedah disukai ramai.
Keadah tersebut melibatkan suplimen. Tidak dapat tidak, suplimen yang terbaik dan berkualiti memang mampu mengurangkan obesiti kepada seseorang.
Apakah suplimen yang disarankan ?
Ada banyak suplimen ada di pasaran. Pelbagai jenama dan pelbagai harga.
Dari yang mampu beli sehingga kepada mampu tengok kepada sebilangan orang.
Saya menyarankan teouk dada tanya selera.
Penutup:
Saya berharap dapat menjawab apakah itu obesiti. Malah saya sertakan juga cara untuk mengatasi obesiti tersebut.
Cuba amalkan kaedah yang telah saya kemukakan dan jangan lupa tambah dengan pengambilan suplimen ikut kemampuan masing-masing.
- Kemas kini 14/12/24
Teringin hendak cuba makan kunyit hitam.
halia hitam dengan kunyit berbeza hehehe
apa yang saya tulis tentang halia hitam
Halia hitam? Menarik ni…
sangat menarik tuan..
boleh cuba kalau nak tahu powernya
adoi..takut dengar obesiti ni..saya salah seorang yang obes
cuba bro ikut apa saya tulis tu…
Saya tiada masalah dengan obesiti cuma saya rasa terlalu kurang berat badan haha.. Umur tidak padan dengan fizikal haha
Calrase Patrick recently posted…10 Fakta dan Ciri Menarik Orang Yang Lahir Bulan Oktober
kalau kurang berat badan…perlu makan lebih.
pergi gym bro..nanti nampak tegap dan maskulin