Penat kerja makan gaji adalah keluhan ramai orang.Malah menjadi alasan untuk berhenti kerja.Tindakan ini merupakan risiko yang besar ketika banyak komitmen untuk dipikul.
Ikuti kisah benar seorang insan yang tidak mahu dikenali ini.Untuk rekod cerita ini berlaku pada bulan Mac 2017.
Ini kisah benar insan penat kerja makan gaji
Saya dah buat keputusan untuk berhenti kerja selepas 20 tahun makan gaji.Sekarang bermula zaman menjadi usahawan.Tiada gaji.Yang ada komisyen yang sifatnya tidak tetap seperti kerja makan gaji.
Bagi mereka yang bukan berjiwa usahawan keputusan tersebut kurang bijak.Keputusan yang bijak ialah letak jawatan ketika ada pendapatan dari komisyen tetap 5 angka sebulan atau simpanan sudah ada 24 bulan.
Wow itulah senario paling sempurna bagi seseorang makan gaji sebelum menceburi dunia keusahawanan.
Kenyataan ini tidak semestinya tepat kerana soal rezeki yang selamat dan terjamin bukan terletak kepada berapa banyak simpanan duit yang kita ada.
Semuanya dalam Qadak dan Qadar Allah SWT. Kalau nak ketenangan masa depan boleh mencarum dalam takaful.Sebab takaful ada tiga dalam satu.Perlindungan,simpanan dan pelaburan.

Sekarang saya berada dalam zon tidak selesa.Dulu makan gaji berada dalam zon hampir selesa.Hujung bulan ada gaji.Tak banyak namun mencukupi untuk keperluan dua minggu.Baki dua minggu terpaksa macam kebanyakkan orang.
Dalam keadaan mencabar memaksa saya berdoa lebih banyak,berusaha berkali ganda dan bersedekah apa sahaja untuk memastikan kecukupan rezeki.Biasanya bersedekah ketika masih kekurangan lebih nikmat dan mengegarkan ulu hati.hehehe
Namun saya sangat percaya dengan meletakkan Allah SWT pada tempat yang paling tinggi In shaa Allah rezeki pasti mencukupi.Soalnya lambat atau cepat.Itu terpulang kerana saya cuma ada kudrat berikhtiar dan bertawakal.Allah SWT sahaja yang meluaskan atau menyempit rezeki seseorang ikut aturanNYA.
Bayangkan dengan pekerjaan yang pendapatannya tidak mencukupi dan memilih pula dengan pekerjaan yang berbentuk komisyen.Jika difikirkan dengan prasangka baik maka akan ada rezeki yang jauh lebih baik.
Sekiranya difikirkan logik didapati dua senario.Boleh jadi dapat dan boleh jadi tidak dapat.Bermain risiko begini boleh mendebarkan jantung dan mengocakkan emosi.
Setelah puas bekerja selama lebih 20 tahun,saya betul-betul nekad.Dah tak nak makan gaji demi memenuhi aspirasi hati untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang takaful.
Apapun terjadi selepas ini saya redha sahaja kerana saya menjadi Perunding Takaful bukan untuk suka-suka atau cuba-cuba.
Saya melakukan semua ini kerana niat kepada Allah SWT untuk membantu orang lain mendapat ketenangan fikiran jika dilanda musibah dikemudian hari atau membantu merancang kewangan mereka supaya lebih baik pada masa yang akan datang.
Semoga perjalanan saya sebagai Perunding Takaful mendapat redha,rahmat dan pertolongan Allah SWT agar usaha yang kerdil ini memberi manfaat kepada insan yang memerlukan.
Paling tidakpun sebagai amal ibadah dalam menegak syiar Islam dalam mu’amalah dan ekonomi masyarakat serta negara tercinta.
Catatan:
Insan tersebut dikhabarkan kembali semula bekerja makan gaji.Pecubaannya dulu tidak berjaya.Bahkan diberi ujian yang lebih besar yakni sudah berpisah dengan isteri.
Kini beliau hidup sebatang kara dengan berbekalkan semangat untuk berjaya yang tidak pernah padam sejak sekian lama.
Cintanya pula semakin membara sebagaimana kisah dalam artikel 5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin
nk bekerja sendiri mmg banyak risiko nya, perlu kan sumber kewangan yg banyak, lagi2 kalau yg dh berkeluarga
kan…
kalau tidak cukup persediaan lebih baik jangan
HIDUP NI SINGKAT SAJA CARILAH PENGALAMAN N ILMU INSYAA ALLAH KALAU BERUSAHA BOLEH IMPIKAN JAYA
in shaa Allah..
itu yang terbaik dan tidak dinafikan kebenarannya
kalau punya hati dan semangat kental, why not bekerja sendiri. jika tak, kerja mkn gaji dan jd lah pekerja bertanggungjawab…
pilihan di tangan sendiri..
pilih yang terbaik dan tersuai hehehe
Kena kuatkan semangat untuk berniaga. Memang benar sumber rezeki tu besar dalam perniagaan tapi kena ingat, besar juga ujiannya. Apa pun jangan pernah putus asa. Kuatkan semangat dan biasakan diri untuk melakukan sesuatu yang di luar bidang.
AhmadiKatu recently posted…Kalah Dalam Menang – Itulah Hakikatnya
logik juga tu…
peluamg dan ujian hampir sama hehehe
hurmmm….nak jadi perunding takaful, perunding unit amanah, dan yang seangkatan dengannya, kena cekal dan banyak berusaha…lagi2 bila sekarang hampir semua orang menceburkan diri dalam bidang ni..
termasuk suami saya – full time takaful & unit trust consultant
wah..suami awak rupannya bekerja dalam bidang yang menaarik ini..
tahniah saya ucapkan..
Jadi usahawan atau kerja sendiri ini kebergantungan pada Allah amat besar. Rasa turun lebih banyak dari rasa naik. Dan perlukan partner yg kuat.
Sayangnya kebanyakan partner skrg tak kuat, mahu ‘hidup macam orang lain’, atau percaya dgn mimpi di awang-awangan yang kononnya lepas 3 tahun jadi usahawan boleh pose pegang Starbuck depan kereta Lamborghini.
Respek pada semua orang yg ada keberanian keluar dari kerja makan gaji, dan lihat samada diri itu kental utk buat sesuatu yg baru.
Respek pada semua yg dalam golongan ini. Moga Allah beri kekuatan, beri jalan.
Iskandar recently posted…20 Things To Do Around the KLCC Twin Towers Kuala Lumpur (For Those Stuck in This Area)
saya selalu mendoakan golongan usahawan nie.
dunia mereka agak dramatik dan sangat mendebar ketika berada di ambang kejatuhan..
masa berada kemuncak kejayaan memang seronok la
Moga dimudahkan segala urusan. Ameen.
aamiin dan terima kasih buat semua
Semangat dan jiwa kena kental kalau serius nak bekerja sendiri.
Rezeki setiap orang itu ada yang penting kena rajin berusaha.
InSyaAllah.
Mrs. A recently posted…MyKori Seremban 2
ya..betul tu.
tidak dinafikan usahawan adalah orang yang cekal
saya masih lagi kerja makan gaji..tak boleh nak buat apa.. usaha masih ada..
zik recently posted…Cara nak semak tracking no pos laju, ninja van, dan semuanya
jangan risau..
selagi itu rezeki yang halal..
on sahajalah
Jadi usahawan adn belerja sendiri perlukan semangat yang kental dan persediaan yg rapi sebelum berhenti daripada pekerjaan makan gaji
Aryn Fadz Lee recently posted…PENGEDAR SHAKLEE AKTIF DI KOTA KINABALU SABAH – 0165879882
persediaan itu sangat penting…
silap persediaan…hahaha..haru biru jadinya
Setuju sangat, saya dah hampir 10 tahun kerja sendiri, sekarang baru merasa nikmatnya. Tapi tak siapa yang tahu 10 tahun sebelum ini… Duit syiling pun simpan rapat2…
-Saya seorang WaterMan Malaysia 😉
Kamal Helmi recently posted…Fikiran Negatif Mengongkong Potensi Diri
alhamdulillah..
saya tumpamg gembira sangat-sangat dengan kejayaan tuan..