Menerima hadiah pasti seronok.Lebih-lebih lagi ada hadiah yang bermakna.Misalnya hadiah kucing peliharaan ini cukup istimewa untuk anak saya yang paling bongsu sebagai hadiah Hari Raya Adilfitri.
Kucing ini dah siap diberi nama “Awang” oleh pemilik asalnya.Berusia kurang setahun.Menurut mereka Awang ini adalah kacukan baka Persia dengan baka Siam.Sebetulnya bukan kucing kampung yang biasa-biasa.
Sungguhpun begitu saya tidak kisah asal usulnya kerana binatang kesukaan saya adalah kucing.Mak saya juga suka kucing.Persamaan saya dengan mak saya adalah dua-dua suka kucing yang ada telur diluar.
Dalam erti kata yang lain kucing jantan.Untungnya kucing jantan tak beranak dan tak membiak dengan begitu banyak.Kalau membiak banyak susah juga nak jaga kecuali mereka yang fanatik dengan kucing.
Berikut adalah keistimewaan Awang sebagai kucing peliharaan:
1.Hadiah Hari Raya Aidilfitri
2.Kucing jantan
3.Jinak giler
4.Spesies kacukan
5.Simbolik persahabatan
Cabaran untuk kami semua ialah memberi persekitaran yang boleh diterima oleh Awang.Kasihan ia kerana berpisah dengan pemilik asalnya yang memang suka dengan kucing.
Mengikut perancangan, Awang bukan hadiah pada awalnya.Ada dua anak kucing mereka yang masih kecil.Namun kedua dua anak kucing tersebut telah mati sebelum sempat diserahkan kepada kami.
Oleh sebab sudah berjanji dan tidak mahu menghampakan anak saya maka Awang menjadi mangsa keadaan.Namun jangan khuatir Awang boleh dijaga sebaik pemilik asalnya.Cuma yang berbeza nilai kasih sayang.Tiada ukuran untuk mengungkapkan keadaan yang setepatnya.
Akhir kata selamat datang Awang.Semoga kedatangan Awang membuka pintu rezeki yang seluasnya kepada kami semua.Bak kata orang menyayangi haiwan peliharaan seperti kucing menjadi al sebab rezeki dari Allah SWT datang mencurah-curah.Aamiin Ya Rabbil Alamiin.
In shaa Allah boleh tergolong dalam >>> 5 Amalan Menjemput Rezeki yang tidak disangka.
Hai awang. Hensemlah awak
Awang hensem ke ?
hahahaha..
comel Awang.
DT pon baru dapat anak kucing ni.
rezeki bulan Syawal
kalau dapat anak kucing lagi bagus..
lebih puas pelihara ..
Wah dapat kucing
alhamdulillah saya dan keluarga dapat kucing
murah rezeki bela kucing ni.. saya lebih suka kucing girl hehe
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Spider-Man Homecoming
kita berbeza..
saya suka kucing boy hehehe
Alhamdullilah. Semoga Awang serasi dengan keluarga baharu.
sehingga ke hari ini ..Awang dah serasi juga nie..
hebat hari raya mendapatkan hadiah kucing. lucu lagi kucingnya. semoga menjadi anggota baru yang sangat menyenangkan.
kucing itu ada lucu sikit hahahaha
itu maksudnya bro membaca artikel saya..terima kasih..
saya tahu ada yang ‘scan’ dan komen heheheh..
tak kisah..
janji ada komen.
p/s : pada mulanya saya nak letak testis menggantikan telur..tak jadi hehehe
Jaga kucing memang seronok. Mudah dijaga
Ira recently posted…Selamat Hari Bapa, Abah
perlukan kos juga hehehe
Awang dapat tuan baru ek hihi. Kucing jantan memang ok kalau nak jaga banding dengan kucing betina, sungguh.
sebab itu saya suka kucing jantan..
semoga awang suka dgn tuan baru
raihanah recently posted…Rawat Osteoporosis Dalam 1 Bulan Selamat dan Berkesan
harap-harap begitulah hendaknya..
Semoga Awang gembira dengan tuan barunya.
Kalau Mrs. A sayang nak bagi kucing yang dah dibela lama.
Kalau nak bagi pun kitten ajelah sebab kasih sayang tu belum terjalin lama.
Mrs. A recently posted…Salam 9 Syawal 1438 H
pemilik asalnya dah ada banyak juga kucing
comeynyaaaa kucing. GV pun suka kucing. Kucing ini ibarat mcam pembawa rezeki kita juga. hihi.
ya..itu sudah mestinya..
menyayangi haiwan tanda hati penuh kasih sayang