Harga Minyak Petrol Ogos 2016…Mrhanafi adalah pengguna minyak petrol RON95 kerana masih guna kereta biasa sahaja.Setakat ini belum memiliki kereta mewah yang menggunakan diesel ataupun RON97.Sebab itu sentiasa hendak tahu berapa kenaikan minyak petrol pada bulan Ogos 2016.
Berita baik kepada pengguna seperti mrhanafi yang menggunakan petrol RON95.Harga kekal kepada RM1.75 sen seliter.Tidak berubah sebagaimana harga pada bulan Julai 2016.
Mrhanafi tarik nafas lega.Itupun sekejap sahaja.Kalaulah harga minyak petrol terus naik mrhanafi akan bercadang untuk tukar sahaja kereta jenis Hybrid.In shaa Allah boleh angkat Toyota Camry Hybrid 2.4V yang berwarna hitam.Impian dulu sebelum menjadi kenyataan.
Harga minyak tentunya akan naik dan belum tentu turun.Kos hidup naik dan sentimen emosi juga bisa naik.Situasi ini mesti dielakkan dari berlaku ke atas diri kita.Caranya kawal perbelanjaan harian,mingguan atau bulanan.Selepas itu pelbagaikan sumber pendapatan.Dah tak boleh harap duit gaji semata-mata.
Jika ada lubuk membuat duit seperti di Wafymobile jangan dilepaskan begitu sahaja.Fikir dan jengok sekali sekala.Rezeki orang berusaha pasti ada.Banyak atau sedikit itu urusan Sang Pencipta menurut pelaturanNya.
Minyak petrol adalah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.Apabila dah habis tutup sahaja cerita.Ada juga yang berpendapat emas hitam atau sumber minyak ini tidak akan habis kerana dalam pengetahuan Allah SWT.
Sebagai orang biasa minda mrhanafi belum dapat memastikan sama ada benar atau tidak.Benak fikiran mrhanafi tengah sibuk menjayakan Cabaran Segmen Sukses 21 Hari seperti yang dihebohkan dalam blog Hero Borneo.
Kita mahu atau tidak mahu,harga bahan api seperti petrol tetap naik.Tiada pilihan untuk kita menurunkan harga tersebut dengan kecaman atau rungutan.Yang pasti senario ekonomi memang begitu.Ada masa terus naik dan naik.Jarang-jarang akan turun.
Harga barang semakin naik dan semuanya akan naik sebagaimana roh kita setelah meninggal dunia akan juga naik ke langit.Roh orang yang berhutang pula akan tergantung antara langit dengan bumi.Naubillah Min Zalik.
Mari kita ambil iktibar dari kenaikan harga minyak setiap bulan.Yang pasti kita tetap meneruskan kehidupan dengan pertambahan.Misalnya bilangan anak bertambah.Ada juga bilangan isteri juga bertambah.Paling tidak pun berat badan bertambah setara dengan bertambahnya iman dan amalan takwa.Aamiin.
Harga minyak petrol naik,turun atau tidak berubah adalah faktor luar yang bukan dalam kawalan.Hadapinya dengan hati yang lapang dan buat keputusan untuk menambah pendapatan dari bulan ke bulan,.
Oh ya.Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Jika sudi teruskan pembacaan pula ke blog .
Harga minyak ni debat banyak kali pun bukan memberi manfaat kepada kita kan, biar la mereka yg diatas tu buat kerja betul2
Noriza Rahman recently posted…Kisah Cancer Survivor Nikmati Kebebasan Masa, Kewangan dan Kesihatan Bersama Shaklee
perkara ini berada diluar kawalan kita sebagai manusia biasa
Alhamdulillah….sib baik minyak tak naik….klau tk budget lari tu….
bulan ini kita semua bernasib baik..lagi
okey la tak naik bulan ni bro hanafi..
baguslah kerana harga kekal..
Alhamdulillah tak naik…tapi diesel plak naik, malaysia negaraku tercinta 😉
siti hazreen recently posted…Terima Cek HSBC Dari Celcom, Bukan Nuffnang
pengguna minyak diesel menghadapi cabaran harga naik..rata-rata van penumpang guna diesel
Boleh jimat belanja jika petrol tak naik harga, kalau turun pun boleh jimat lagi 🙂
Ikhwan recently posted…Gaji Rendah Mampu Beli Rumah
kira masih ok..harga masih kekal
hahaha bab berat badan naik tu,
kalau nak banding awal Julai lalu…
sekarang da naik dalam 5kg.. huuhuuu
Padin recently posted…Wanita Dedah Kisah Sebenar Disebalik Lelaki Ego
naik maksudnya semakin sihat bro..dah kahwin badan lagi cepat naik…hati senang tu
Tapi da lebih sangat dari tahap ideal,
takut nya dari sihat jadi sebaliknya… wuhuuu
itu semua hal dunia..bro..terima sahaja apa yang seadanya
semoga harga minyak akan turun lepas ni
Raihanah recently posted…Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil dan Menyusu
sukar juga nak turun namun tidak mustahil
Kita tengok bulan depan pula harga menaik atau turun pulak…
betul tu bro..rasanya akan naik..paling tak pun ia akan kekal sahaja