Pada 1 Disember 2021, saya kembali angkat besi.
Sudah lama berehat dari aktiviti angkat besi atau main gym.
Sebab utama kerana PKP dan SOP.
Pelbagai larangan yang telah dikenakan ke atas sukan indoor untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.
Kini saya sudah kembali.
Misi kali ini bukan untuk sado atau badan berotot sana-sini.
Ironinya lebih kepada kesihatan, kecergasan dan networking.
Ya, sebagai ahli perniagaan membuat networking adalah rutin.
Dengan ada networking yang luas dan kuat, urusan peniagaan lebih padu dan maju.
Dalam gym, ramai yang datang kerana mementingkan kesihatan.
Selain membentuk tubuh yang kekar dan perkasa bagi jejaka, mereka ada kuasa membeli yang tinggi.
Ini potensi yang wajar dilihat oleh saya sebagai ahli perniagaan.
Saya hanya berkawan, bersembang dan berkongsi kebaikan.
Selebihnya terpulang kepada mereka untuk menerima atau menolak.
Jika tahu kelebihan dan manfaat, tiada alasan untuk penolakan melainkan bukan rezeki dalam perniagaan.
Semoga urusan untuk menyebar kebaikan ini dipermudahkan selain mengangkat besi sebagai gaya hidup sihat.
Akuilah sihat itu terlalu mahal nilainya.
Akhir kata jangan lupa lanjutkan bacaan —> Kisah pelanggan tak bayar air ?
saya nak pergi angkat besi pun malas tapi merungut bdn dah naik. hehehhe
kalau macam tu…kawal pemakanan rendah kalori dan kurang gula
Ksihatan akan tiptop bila diri bahagia mental dan fizikal…
Mari kita membina kesihatan yang sejati…hiiiii
itu memang wajar…
tidak boleh tidak
Wah..kembali sado la.. stay safe.. yg penting jaga SOP
Hafiza Aizzawa recently posted…Banyak tak jenis ikan kat Blue Coral Aquarium di KL Tower?
hahaha…tak delah nak sado sangat
Selamat angkat berat.
terima kasih.
ia adalah aktiviti sihat
bagus tu tuan…sy entah bila la nak masuk gym spt zaman belajar dulu2 di UM…
abam kie recently posted…Bagaimana cara terbaik menghabiskan sisa usia sebelum mati?
ada masa….boleh kembali angkat besi abe.
tak perlu jadi sado…jadi sihat itu sangat memadai