Blogger Menulis Blog Tanpa Merancang

Blogger Menulis Blog Tanpa Merancang …Entah mengapa mrhanafi terfikir tentang perkara ini.Mrhanafi merupakan blogger yang suka menulis blog tanpa merancang.Main suka-suka je.Orang kampung kata hantam sahaja.Apa kan jadi.Mestilah hasil penulisan yang belum berkualiti dan bukan menjadi carian utama di Google.

menulis blog

Ada yang blogger hebat memberi pendapat.Kita tulis sahaja apa yang kita buat setiap hari terutama hal-hal anak,kisah jalan-jalan makan angin dan sebagainya.Memang ada pembaca yang suka nak tahu kisah kita.Mana tahu kisah tersebut ada persamaan dengan mereka.

Bagi mrhanafi tak menentu.Bukan kaki jalan dan segan pulak nak cerita kisah keibubapaan di dalam blog.Mahu tidak mahu mrhanafi tulis bersandarkan idea yang terlintas difikiran.

WAJIB BACA :   Meratah ayam penyek Kedey Kamek Metrocity

Mrhanafi menjalani rutin harian orang bekerja yang sama setiap hari.Pagi kerja dan petang rehat.Jika pagi rehat maka petang akan buat kerja.Masa yang selebihnya mrhanafi guna untuk membaca,menulis dan melayan perasaan.Penulisan orang yang asyik melayan perasaan kadang-kadang tidak menentu.

Boleh jadi berkualiti.Boleh juga tak menjadi sehingga penulisan tarafnya seperti karangan budak tahun enam.Jika nak kata penulisan seperti sampah tak boleh juga.Sebab kerja-kerja menulis blog bukan perkara mudah.Biarpun mrhanafi sudah menulis blog hampir setiap hari sejak 3 tahun yang lepas.Kesukaran menulis masih terasa terutama nak menyampaikan idea kepada pembaca.

Mrhanafi menulis blog mengikut keperluan blog juga.Macam blog ini memang mrhanafi tulis belasah sahaja,Ada idea terus tulis.Kadang-kadang langgar terus hukum SEO.Dah tak kisah sama ada berada di halaman utama Google atau tidak.Yang penting rasa puas selepas menerbitkan artikel tersebut.

WAJIB BACA :   Kenali Hukum Tarikan Bersandar Al-Quran

Bercerita tentang layan perasan best juga nak dikongsikan dengan pembaca.Namun jangan anggap mrhanafi terlalu serius.Anggap sahaja ia sekadar lumrah kehidupan seorang lelaki.Mrhanafi dah macam pelik sekarang.

Orang kata macam tu.Mrhanafi seperti dilamun cinta.Kalau orang rumah tahu pasti perang dunia ke empat,Jangan salah faham pulak.Cinta mrhanafi pada satu ilmu yang hebat iaitu ilmu hipnosis.Jadi segala gerak geri dan tutur kata mrhanafi amat cenderung untuk menghipnosiskan orang.

Sekarang dah suka guna pakaian warna hitam.Rasa curiga berada dikhayalak ramai takut ada yang cuba ambik kesempatan.Mudah prihatin dan ambil berat serta yang paling penting ada impian untuk kahwin lagi berjaya secara luar biasa.

WAJIB BACA :   Beli, kongsi dan jana pendapatan

{sekilas pandang}

Menulis blog tanpa merancang masih boleh dimaafkan.Jika hidup tanpa merancang sukar untuk dimaafkan  kerana perjalanan hidup kita umpama sabut yang hanyut.Tak tahu pulak nak pergi ke mana.

Ingat selalu bahawa sebaik manapun perancangan kita maka perancangan Allah SWT  itu 10 kali lebih baik untuk kita.

Misalnya dalam bab mencari rezeki >>>Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

28 thoughts on “Blogger Menulis Blog Tanpa Merancang”

  1. Betul tuan…suka saya petik pepatah yang mengatakan ” Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan ” dan “Terlajak perahu boleh mengundur, telajak kata buruk padanya…”

    Terima kasih atas peringatan yang bro berikan…

    p/s: Macam blog ini memang mrhanafi tulis belasah sahaja – Tak percaya saya bro main belasah jek…tgk komen2 tegar di blog ini, lain macam jek tulisan belasahan bro…Untung saya jumpa blog belasahan yang hebat seperti ini…:D

    Reply
    • saya jarang merangka isi penting sebelum menulis..dulu-dulu ada dan cara begitu sebenarnya bagus juga..

      komen tegar kat blog ini saya terima sejak dari mula lagi bro..kerana aktiviti saling blogwalking

      Reply
  2. Kalau saya menulos blog belum sampai tahap setiap hari. Dulu ada konsisten setiap hari. Sekarang ni dek kekangan hal-hal diluar dugaan, kadang buat entry ..kadang tidak..jadi tak konsisten. Kalau buat setiap macam mr hanafi kan best …

    Reply
  3. menulis blog tanpa merancang – menarik topik ni… rasanya kebanyakan blogger begitu, melainkan dah ditetapkan niche blog tersebut. Kalau blog peribadi memang niche tertentu melainkan ikut terlintas dalam kepala… Tapi matlamat tu penting… walaupun nak tulis apa-apa pun perlu on track bagi mencapai matlamat… tanpa matlamat seolah-olah kapal yang hanyut di lautan luas tanpa arah tujuan… thank bro, sebab sedang memikirkan peracangan untuk blog peribadi…

    Apa matlamat blog yer?
    saljuhumairah recently posted…Kajian Kes Blogger Buat Duit Dengan PopadsMy Profile

    Reply
    • matlamat yang bagus untuk blog ialah perkongsian ilmu yang bermanfaat..anggap sebagai pahala jariah..lepas tu barulah boleh mendatangkann duit

      Reply
  4. saya kalau buat entri tak ada gambar macam tak syok..ada gambar tak adalah merapu sangat… letak gambar saja pun dah jadi satu story.

    Reply
  5. ya bro. kadang-kadang menulis bukan kerana seo, tapi kita memang minat pada sesuatu perkara. dan lagi pulak, takda pulak niat saya menulis blog untuk dapat rangking yang tinggi

    Reply
  6. kadang-kadang yang kita rasa spontan, tanpa rancangan itu yang orang suka. Orang baca. Cuma kita je yang tak tahu :). Tapi rasanya laras bahasa blog MrHanafi lagi tinggi dari blog Sha. 🙂

    Reply
  7. Saya pun mcm tuan jugak. Terkadang terlintas spontan dalam fikiran saya keluar mcm2 idea nk tulis artikel secara melulu sampai tak boleh nk kawal idea ni datang mencurah-curah. Banyak sampai tak boleh nk fikir mane yang relevan utk diisikan dalam blog saya nih…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge