Tagline baharu blog: Imagination Beyond Expectation

Ayat mantera pemukau minda boleh disinonimkan dengan tagline, cogan kata atau kata-kata hikmah. Bertititik tolak dari situ saya sudah ada tagline blog yang baharu. Cumanya dalam bahasa Inggeris.

Ya, sudah tiba masanya saya menukar lagi tagline blog “Bercerita Dengan Cinta” kepada “Imagination Beyond Expectation”

Kewajaran penukaran kerana saya sudah terjebak dengan satu bisnes netcommerce atau bisnes jaringan.

Jadi cara dan rentak penulisan akan bertukar kepada elemen motivasi. Sebelum ini bertemakan cerita yang pelbagai, rojak dan umum.

Kini saya alihkan pula kepada topik kesukaan saya iaitu motivasi dan inspirasi. Untuk siapa perkongsian motivasi dan inspirasi ini kalau bukan untuk saya sendiri?

geralt / Pixabay

Dalam masa yang sama boleh juga diambil manfaat oleh para pembaca yang singgah di blog saya ini.

Blog yang khusus untuk bisnes e-commerce pula sudah saya buat. Yang pasti lebih terarah untuk bisnes dan perkongsian informasi kesihatan.

Alhamdulillah blog tersebut berdomain voltenpower.com sudah ada dan kini dalam proses penambahbaikan. Belum lagi cantik dan belum lagi menarik.

Berbalik kepada tagline baharu blog saya ini.

Mengapa saya memilih tagline “Imagination Beyond Expectation”.

Ada banyak sebab. Antara sebab terkuat saya suka ayat tersebut. Sedap disebut dan enak didengar. Malah maksud juga amat mendalam dan berkesan di jiwa secara peribadi.

Baiklah. Saya jelaskan maksudnya berdasarkan kefahaman saya yang tidaklah bijak sangat dalam bahasa Inggeris ini.

Manusia suka berimaginasi dan berfikir. Berimaginasi menggunakan minda bersama emosi manakala berfikir menggunakan logik akal, pengalaman dan pengetahuan.

Berfikir ada batasan. Berimaginasi tiada batasan. Hanya batasan iman agar tidak terlalu jauh menyimpang sehingga mempengaruhi akidah sebagai orang Islam.

Penggunaan expectation pula adalah jangkaan semata-mata. Masih ada batasan kerana pengaruh logik akal, kematangan dan keilmuan.

Bayangkan kalau imaginasi melangkaui jangkaan. Sudah pasti ramai yang mampu dan boleh buat dalam apa juga bidang yang diceburi. Syaratnya melakukan dengan teknik imaginasi yang betul dan tepat.

Di sinilah letakkan kemampuan dan potensi manusia. Mengapa perlu dibatasi sedangkan boleh pergi jauh dengan kemampuan imaginasi minda.

Sesuai sangatlah saya menggunakan tagline ini untuk membawa potensi diri saya dan pembaca untuk pergi jauh ke depan demi mencapai impian, hasrat dan cita-cita.

Orang berjiwa besar boleh berjaya dengan keyakinan dan kepercayaan. Segala kerumitan dan halangan mampu diatasi dengan meletakkan cara berimaginasi melangkaui jangkaan atau Imagination Beyond Expectation

Cukup setakat ini. Semoga pembaca ada manfaatnya dari blog yang kecil ini.

4 thoughts on “Tagline baharu blog: Imagination Beyond Expectation”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: