Nostalgia Perkahwinan Ke 14 Tahun…Tak terasa masa berlaku begitu pantas.Usia perkahwinan mrhanafi dah melepasi satu dekad.Banyak nostalgia telah tercipta.Ada yang manis.Ada yang pahit.Sebab itu perkahwinan sudah dipakejkan dengan cinta,kasih sayang,tanggungjawab,susah payah dan bahagia serta derita.
Pada tarikh 1 Jun 2002 yang lalu mrhanafi telah diakad nikah dengan sekali lafaz.Bermula saat itu mrhanafi bergelar suami kepada Hajijah Binti Kawi.Umur kami ketika itu baru mencecah 27 tahun.Agak-agak berapa umur mrhanafi sekarang.Nak tahu kira sendiri la.
Majlis perkahwinan kami memang sederhana.Ada juga rasa naik pelamin dan dengar paluan kompang untuk menandakan mrhanafi menjadi raja sehari.Memang seronok.Tak tahu bagaimana nak ungkapkan perasaan tersebut.Siapa yang pernah naik pelamin akan tahu.Yang belum lagi cepat-cepat laksanakan.Tak baik lama-lama.Pernikahan itu sunnah.
Setelah 14 tahun berlalu mrhanafi dan isteri telah dikurniakan 3 cahaya mata.Anak sulung kini melanjutkan persekolahan di MRSM Betong.Anak kedua bakal menduduki UPSR 2016 format baru dan bongsu pula di Tadika ABIM.In shaa Allah mereka boleh menjadi anak yang soleh dan solehah.Aamiin.
Mrhanafi amat bersyukur kerana usia perkahwinan sudah menjangkau 14 tahun.In Shaa Allah dengan berkat doa pembaca semua,perkahwinan mrhanafi akan terus bahagia dan berlanjutan hingga ke jannah.
Terima kasih semua kerana sudi membaca.
Tahniah…. Dah 14 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan…. Semoga ikatan perkahwinan terus kekal sehingga ke akhir hayat..
aamiin dan terima kasih tuan
Yg ke 14 dah. Alhamdulillah.. semoga kekal dan bahagia serta sukses dunia dan akhirat
terima kasih dan aamiin..
selamat ulangtahun encik hanafi
terima kasih kerana memberi perhatian..
Lama dah kawen tu.. msti dah macam2 dugaan dan cabaran pernah dihadapi kan..
biasalah hidup berumahtangga..masti ada rencah-rencahnya..
ada masa tenang dan ada masa bergelora..
wahahah, 14 tahun berumah tangga mesti macam2 perkara dah ditempuh,
saya doakan MrHanafi kekal bahagia akhir hayat, menjadi ketua keluarga dan contoh teladan cemerlang kepada isteri dan anak2..
aamiin dan kata-kata tuan, saya take note..in shaa Allah
tahniah… 🙂
terima kasih..
Wah dh lama bro hanafi kawen..
Nmpak cam muda lg..hehe
masa saya kahwin itu hari rasa macam budak-budak la pulak..sekarang baru rasa remaja..he..he..
Tahniah dan semoga usia perkahwinan dilanjutkan lagi oleh Allah
aamiin dan terima kasih semua..
Tahniah dan semuga berkekalan ke akhir hayat. Tiba-tiba je pulak ada tips untuk poligami bila dah habis baca ye. Tak patut sungguh hu hu.
patut atau tak patut..tu adalah fitrah lelaki..he..he..
bila yang pertama berjaya..pasti yang kedua juga boleh berjaya..in shaa Allah
Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke Syurga.. InsyaAllah..
betul bro..mahligai yang dibina di dunia terus kekal di akhirat..
Semoga terus bahagian lagi 14 tahun dan lagi…
terima kasih tuan..semoga doa tuan dimakhbulkan ..aamiin.
salam ramadhan tuan
salam ramadan juga..dan sama-sama kita ambik berkahnya
Tahniah dan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-14 untuk bro hanafi sekeluarga.
ya..terima kasih ema..semoga ia berkekalan..
Alhamdulillah buat tuan Hanafi dan isteri… syukurlah. Semoga sentiasa diberkati kehidupan sekeluarga dan dikurniakan kejayaan buat tuan, isteri dan anak2 semuanya di dunia dan akhirat… aamiin ya Rabbalalaamiin… 🙂
terima kasih tuan..kerana mendoakan kejayaan saya dan keluarga
tunggu 10 tahun lagi..maka saya dah jadi 24 tahun la pulak